Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Fitnah perkauman, Tian Chua akan ambil tindakan

$
0
0

Oleh Amirul Azhan


KUALA LUMPUR : Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebaran fitnah jahat berunsur perkauman seperti didakwa laman facebook ‘Anti DAP Club’ baru-baru ini.

Pihak tidak bertanggungjawab itu memuat naik foto yang tertera tulisan, “Tindakan Ketua Menteri Pulau Pinang menaikkan harga air adalah keputusan yang amat tepat dan ini kerana sebelum ini rakyat terlalu banyak melakukan pembaziran, terutamanya pada hari Jumaat”.

Katanya, penyebaran foto dan tulisan berkenaan boleh mewujudkan perselisihan kaum dan agama yang berpotensi menjadi serius.

Tian“Ini satu taktik dan fitnah jahat untuk burukkan pimpinan Pakatan Rakyat dengan mewujudkan isu perkauman,” tegas Ahli Parlimen Batu itu.

“Saya tidak pernah komen mengenai kenaikan harga air di Pulau Pinang apatah lagi cerita yang mewujudkan isu perkauman dan agama,” kata Tian pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Ekoran itu, beliau mahu pihak berkuasa segera menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan ke atas pihak yang terlibat.

“Saya dapatkan nasihat peguam dan gesa kerajaan serta polis ambil tindakan tegas ke atas individu yang mencabar perpaduan dan keamanan di kalangan kaum dan agama di Malaysia supaya budaya fitnah ini tidak berleluasa,” kata Tian.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722