Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Article 6

$
0
0

Wanita KEADILAN: Chua Tee Yong jangan sibuk cari populariti

(Azuan Ab Rahman)
Zuraida1


KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Chua Tee Yong sibuk mencari populariti apabila menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu kenaikan kadar tol, kata Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin

Kata Zuraida, anak bekas presiden MCA itu perlu belajar untuk tidak menjadi hamba dan sida-sida kepada tuan politiknya.

““Seperti bapanya, Tee Yong tidak memperdulikan keperluan rakyat, tapi hanya mahu mengejar populariti.

“Jika dia betul-betul mengambil berat kebajikan rakyat Malaysia, dia sepatutnya menyuarakan isu kenaikan harga gula, petrol dan tarif elektrik.

“Dia sepatutnya bertanya kepada Perdana Menteri tentang janji-janji yang gagal ditunaikan dan faedah tidak munasabah yang dinikmati oleh syarikat-syarikat konsesi,” kata Zuraida dalam kenyataan medianya.

chua-tee-yong

Tambah Zuraida, Tee Yong ( atas ) harus mengambil pengajaran daripada kenyataannya dalam isu Talam, sehingga dia disaman RM324 juta oleh Talam Transform Bhd (sebelum ini dikenali Trinity Corp Bhd)

“Isu Talam belum cukup untuk mengajar. Dia harus memeriksa fakta terlebih dahulu,” kata Zuraida.

Tee Yong dalam ucapan penggulungannya dalam Perhimpunan Agung MCA 2013 pada 22 Disember menyalahkan Anwar tentang kontrak berat sebelah diantara kerajaan dan syarikat pemegang konsesi.

Anwar dalam satu sidang media minggu lalu menyatakan situasi tuntutan kenaikan pernah dihadapinya ketika menjadi Menteri Kewangan, namun tuntutan pemegang konsesi tidak pernah diterimanya bulat-bulat.

“Tee Yong perlu belajar asas-asas menjaga rakyat dari cuba menjadi popular dengan menyerang Ketua Umum KEADILAN,” kata Zuraida.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722