Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pekerja bank teraniaya, Menteri Sumber Manusia gagal – Nube

$
0
0

KEADILAN DAILY

NUBE



KUALA LUMPUR - Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam gagal membela nasib kakitangan bank di negara ini, kata Setiausaha Agung Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) J.Solomon.

Katanya, Subramaniam gagal bertindak terhadap aduan disuarakan kesatuan tersebut berhubung tindakan Hong Leong Bank memecat 27 pekerjanya yang enggan terlibat dengan program penghuban dan pemusatan.

“Sedangkan Menteri Sumber Manusia mempunyai kuasa di bawah Akta Perhubungan Perusahaan 1967 untuk mengambil tindakan atau berkaitan bagi maksud penyelesaian pertikaian seperti dalam kes ini,” kata Solomon.

Seramai 27 dari 49 orang kakitangan Hong Leong Bank diberhentikan kerana tidak mahu mematuhi arahan pemindahan fasa 2 penghuban dan pemusatan oleh institusi perbankan berkenaan yang disifatkan menzalimi mereka.

“Tindakan menyusahkan pekerja. Kita telah bawakan perkara ini ke pada pengetahuan Menteri Sumber Manusia.

“Malah isu ini turut disuarakan enam ahli parlimen 2 Disember lalu,” ujarnya.

Kata Solomon, Kementerian Sumber Manusia seharusnya memanggil ketiga-tiga pihak bermesyuarat bagi menangani isu-isu ini kerana kerajaan telah meratifikasi Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 144.

“Kementerian tidak melakukan apa-apa bagi memastikan kesemua pekerja yang terbabit mendapat pembelaan,” kata Solomon.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722