Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ulul Albab dan Ahmad Albab

$
0
0

Oleh H FANSURI 


BETAPA gelapnya hati Umno hari ini sehingga mereka sudah meminjam nama Ulul Albab lalu menjadikannya Ahmad Albab secara tidak disengaja dan tidak disedari mereka. Jika ‘produk’ itu dinilai baik sekali pun, tetapi tetap ada sekelumit kekotoran di dalamnya.

Semua rakyat tahu isi kekotoran Umno, luaran serta dalaman mereka, iaitu keghairahan mereka untuk terus kekal berkuasa menyebabkan mereka perlu menjelma watak agama. Ini kerana, agama adalah sebaik-baik modal dan bekal untuk terus berkuasa.

Terlepas daripada semua itu, maka soalan pertama sekali, kita wajar bertanya, siapa Ulul Albab? Dan siapa pula Ahmad Albab? Seperti yang kita sedia maklum, ada 16 tempat di mana istilah Ulul Albab itu disebutkan di dalam karya sastera persuratan al-Quran.

“Dan, dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertakwa,” firman Tuhan di dalam al-Baqarah, ayat 179.

Jadi, hukum Qisas, hudud tentu sahaja tidak ditolak oleh Ulul Albab. Yang menolaknya, pasti sahaja golongan kapitalis Ahmad Albab dalam kalangan pertubuhan Umno itu.

Sementara itu dalam surah yang sama, ayat 197 Allah berfirman, “(Waktu mengerjakan) Haji itu ialah beberapa bulan yang dimaklum. Oleh itu, sesiapa yang mewajibkan dirinya (untuk mengerjakan) ibadat haji itu, maka tidak boleh mencampuri isteri dan tidak boleh membuat maksiat, dan tidak boleh bertengkar, dalam masa mengerjakan ibadat Haji.

“Dan apa juga kebaikan yang kamu kerjakan akan diketahui Allah; dan hendaklah kamu bawa bekal dengan cukup sebab, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah menjaga diri (daripada aib meminta sedekah) dan bertakwalah kepada-Ku wahai orang yang berakal.”

Selebihnya, adalah ayat-ayat di bawah yang memerlukan lebih banyak kupasan daripada masa ke semasa ~ Al-Baqarah: 269 / Ali ‘Imran: 7, 190 / Al-Ma’idah: 100 / Yusuf: 111 / Ar-Ra’du: 19 / Ibrahim: 52 / Shad: 29, 43 / Az-Zumar: 9, 18, 21 / Al-Mu’min: 54 / Ath-Thalaq: 10. Kegagalan Umno menelaah Ulul Albab menatijahkan kegagalan yang besar.

Kalau kita gagal mencetak generasi Ulul Albab, maka, kita akan hanya meneruskan satu kitaran sifar di mana watak generasi Ahmad Albab dilahirkan dengan tujuan menjadikan generasi ini sebagai alat yang mengaut keuntungan bagi pihak kapitalis yang berkuasa.

Watak Syawal menarik dikaji dalam hal ini. Setelah pengembala kambing itu menyedari bahawa anaknya adalah sumber kekayaan, maka dia terus mengambil anaknya di tangan ayah mertuanya, lalu diserahkannya kepada jin penunggu gua. (Rujuk filem Ahmad Albab) Arakian, pada zaman ini, kita menyaksikan banyak keuntungan dikaut atas nama agama. Terkini, projek 1Malaysia Spiritual Tourism (1MST) mahu dibina berhampiran Kuantan.

Anehnya, dalam perancangan ‘pelancongan kerohanian’ itu, ada pula padang golf, kedai, karaoke dan lain-lain hal yang bersifat keduniaan. Sedangkan, dalam latihan kerohanian agama apa pun, kekosongan jiwa ke atas keduniaan itulah yang paling diutamakan.

Selain khalwat dan uzlah, lihatlah latihan meditasi, amalan yoga dan lainnya, semuanya menjurus ke arah usaha mengosongkan jiwa daripada pengaruh hiruk-pikuk keduniaan.

Maka, kapitalis Cina menjadikan benda perlambangan kerohanian sebagai produk niaga.

Demikianlah pula kapitalis Melayu (Umno) seolah-olah menjadikan Ulul Albab sebagai alat bagi menunjukkan bahawa Umno cinta agama. Ketika rakyat melihat Umno sebagai pencinta agama, maka undi rakyat jadi berharga kerana itulah modal supaya Umno terus berkuasa. Pada tahap inilah Ulul Albab menjadi Ahmad Albab di tangan Umno.

Syahadan, adapun Pahang itu, adalah negeri kelahiran kapitalis Najib Razak. Manakala projek 1MST tajaan cukong kapitalis Cina itu ingin dibina di Pahang juga. Mungkin, itu hikmah banjir di Pahang. Penduduk langit pun tidak rela Ulul Albab jadi Ahmad Albab.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722