Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PAC: 41 pegawai Kementerian Pendidikan dikenakan tindakan kerana cuai memberi kontrak

$
0
0
OLEH DIYANA IBRAHIM

Seramai 41 pegawai daripada Kementerian Pendidikan dikena tindakan tatatertib kerana atas kesalahan gagal mematuhi garis panduan dalam memberi tender perkhidmatan kawalan keselamatan di sekolah kata Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Pengerus PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar) berkata Ketua Setiausaha Pendidikan, Datuk Dr Madinah Mohamad memaklumkan bahawa 41 pegawai itu akan dikenakan tindakan tatatertib sekiranya didapati bersalah.

"Beliau menjelaskan tindakan akan diambil keatas 41 pegawai tersebut seperti pegawai negeri, peringkat daerah juga termasuk guru besar di mana bentuk hukumannya mungkin turun pangkat atau pemotongan gaji .

"Mereka ini didakwa tidak merekodkan dengan baik kontrak dan cuai dalam tugas mereka serta tidak melakukan pengesahan bayaran dengan baik," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Petang tadi satu perbincangan PAC mengenai kelemahan perkhidmatan kawalan keselamatan di dalam sekolah dimana ia turut dihadiri Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh.

Nur Jazlan menyifatkan kesanggupan menteri untuk hadir dalam perbincangan sebagai bukti ketelusan yang ditunjukkan dalam menangani kelemahan sistem kawalan perkhidmatan ‎keselamatan di sekolah.

Katanya, ketua setiausaha pendidikan juga mengakui bahawa wujudnya kelemahan dalam sistem tersebut .

"Beliau beri jaminan selepas ini akan mengetatkan syarat kontrak dan akan menamatkan mana-mana syarikat yang tidak mematuhi perjanjian maka akan ditamatkan perkhidmatan," katanya.

Beliau juga berkata ‎kementerian akan terus menyiasat dan membuat aktiviti susulan dengan pemantauan perolehan kontrak kawalan keselamatan.

"Kerana itu kementerian juga mengalu-alukan penyiasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya dakwaan ketirisan itu benar," katanya.

Laporan Ketua Audit Negara tahun lalu menyatakan kementerian gagal mengikut prosedur dan panduan hingga menyebabkan kawalan keselamatan yang teruk di sekolah-sekolah seluruh negara.

Bajet kementerian bagi kawalan keselamatan adalah sebanyak RM3.689 bilion bagi tempoh 2010 hingga 2012.

‎Nur Jazlan berkata perbelanjaan yang diperuntukkan bagi kawalan keselamatan untuk keseluruhan sekolah di negara ini memakan kos RM800 juta setahun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722