Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'EIA tak sebut Lynas boleh eksport klorida'

$
0
0

MALAYSIAKINI



 


MP Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan kepatuhan syarikat pengusaha loji pemproses nadir bumi Lynas susulan penemuan bahan kimia yang tumpah di satu kawasan lebuh raya hari Jumaat lalu

Fuziah berkata bahan separuh siap tersebut dikenali sebagai PnRD klorida atau dydimium klorida, semalam tidak tersenarai sebagai bahan yang dibenarkan untuk dieksport oleh Jabatan Alam Sekitar.

Sedangkan, bahan kimia yang dibenarkan untuk dieksport Lynas seperti disenaraikan dalam laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) adalah bahan yang sudah siap diproses dan berunsur oksida sahaja, katanya.

"Laporan awal EIA tak sebut tentang mengeksport (bahan) klorida. Ia hanya sebut tentang mengeksport (bahan) oksida.

"Bagaimana Jabatan Alam Sekitar tidak sedar tentang Lynas mengeksport bahan separuh siap ini?," soalnya dalam sidang media di bangunan Parlimen petang ini.

Justeru, beliau menuntut menteri teknologi, sains dan inovasi menjelaskan tentang persoalan itu dan juga sebab bahan tersebut perlu dieksport sehingga ke Pelabuhan Klang sedangkan Kuantan juga mempunyai pelabuhannya sendiri.

"Saya harap semua soalan ini menteri tidak elak," katanya lagi.

Dalam kemalangan yang berlaku di kilometer 149 jalan Kuala Lumpur-Kuantan semalam, sebahagian daripada tong membawa bahan kimia tersebut jatuh dari sebuah lori menyebabkan cecair berkenaan tumpah.

Menurut polis, cecair tersebut boleh menyebabkan kematian hidupan air dan kegatalan pada kulit manusia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722