Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah akan melancarkan kempen awam untuk mendapatkan keadilan bagi pemuda 15 tahun yang ditembak mati oleh polis dalam kejadian 15 tahun lalu.
Ibu kepada Allahyarham, Norsiah Mohamad berkata beliau tidak berpuas hati kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak memenuhi janji untuk “keadilan dan ketelusan” dalam kes melibatkan pembunuh anaknya itu.
“Adakah anak saya seekor kucing liar – cuma tembak dan buang sahaja?,” soalnya ketika bercakap kepada pemberita di pejabat peguamnya di Petaling Jaya hari ini.
“Jika anda tidak rajin memenuhi janji, bagaimana anda boleh jadi perdana menteri?,” soalnya lagi.
Norsiah mendakwa, kerajaan gagal mencari pihak yang bertanggungjawb dalam kes berkenaan memandangkan satu-satunya pihak yang boleh dipertanggungjawbkan dalam kes kematian itu, Kpl Jenain Subi, dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan bulan lalu.