Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Nasib PERKASA pun Umno yang bela'

$
0
0

 

Anggota Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Isa Samad tidak yakin dengan kemampuan kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, yang berhasrat untuk menggantikan Umno dalam membela nasib orang Melayu.

Katanya, tanggungjawab menjaga kepentingan Melayu yang digalasUmno selama ini bukan tugas yang mudah.

NONEMalahan, PERKASA sendiri pun banyak menerima bantuan Umno selama ini, katanya.

"Ini cuma satu pandangan yang terlalu emosional. Nak ambil alih Umno bukan satu perkara yang mudah.

"Dia pun nasib dia, kita yang bela dan mereka banyak terima nikmat dari kita. Macam mana mereka nak ganti kita?," soalnya.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya pada sidang agung tahunan keempat pertubuhan itu semalam menawarkan untuk mengganti Umno dalam membela nasib orang Melayu.

Dalam ucapan yang sama Ibrahim turut menyatakan yang pertubuhan itu akan mengukur prestasi perdana menteri dan jemaah menteri dalam membela nasib orang Melayu dengan menetapkan beberapa penanda aras prestasi utama (KPI) bagi tujuan itu.

Mengulas perkara ini, Isa berkara sebarang KPI yang mahu dibuat oleh PERKASA perlulah dilakukan dengan teliti dan mengambil kira situasi ekonomi semasa dan sebarang peristiwa di luar jangkaan.

Tegasnya, mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu menggagaskan Wawasan 2020 menetapkan sasaran pertumbuhan Malaysia sebanyak enam ke tujuh peratus pada tahun 2020.

Namun katanya, Dr Mahathir sendiri tidak menjangka krisis ekonomi tahun 1997 akan melanda negara.

"Jadi yang hendak beri kita KPI kena faham perkara ini dahulu. Kita pun boleh beri KPI pada dia.

"Jadi nak beri KPI ini dia kena ada jawatankuasa dahulu untuk menelitinya. Jangan dalam ucapan dia tiba-tiba sahaja beri KPI pada kita," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722