Basyar Abkadir
PETALING JAYA : Peguam N Surendran mendedahkan kes tembakan seorang anggota polis, Koperal Jenain Subi yang menyebabkan kematian Aminulrasyid Amzah bercanggah dan melanggar Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO)
Menurut Surendran, mengikut undang-undang dalam Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO, Jenain menggunakan senjata api dengan cara yang salah.
“Korporal Jenain dan anggota polis lain yang mengejar Aminulrasyid ketika dia sedang memandu kereta tidak mempunyai hak untuk menembak secara berulang-ulang kali kearah kenderaan yang dipandu oleh Aminulrasyid.
“Jelas termaktub di dalam IGSO ,’senjata api hanya boleh digunakan hanya apabila nyawa polis ataupun masyarakat awam diancam’.
“Aminulrasyid tidak mengancam nyawa sesiapa pun,” kata Surendran pada sidang media di pejabat Lawyers for Luberty, hari ini.
Sebelum ini, Mahkamah Rayuan Putrajaya melalui panel hakim yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi 26 November lalu membebaskan Koperal Jenain Subi.
Jenain kekal bebas daripada sabitan dan hukuman penjara lima tahun atas dakwaan menyebabkan kematian Aminulrasyid tiga tahun lalu selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya menolak rayuan daripada pendakwa raya.
Aminulrasyid Amzah mati ditembak anggota peronda polis berhampiran rumahnya di Jalan Makyong, Seksyen 11, Shah Alam, Selangor kira-kira jam 2 pagi 26 April 2010.
Polis peronda mengejar dan mengarahkannya berhenti, namun Aminulrasyid memandu kereta Proton Iswara milik kakaknya ketakutan dan melarikan diri awal pagi kejadian.
Keluarga Aminulrasyid Amzah pada 17 April lalu memfailkan saman kelalaian terhadap Koperal Jenain Subi dan empat yang lain, antara lain menuntut ganti rugi am sehingga RM50 juta daripada defendan.