Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

LFL gesa AG semak keputusan bebaskan penembak Aminulrasyid

$
0
0

KEADILAN DAILY



PETALING JAYA : Peguam Latheefa Koya menggesa Peguam Negara memohon Mahkamah Rayuan menyemak semula keputusan kes Aminulrasyid Amzah yang mati ditembak pada 26 April 2010.

keluarga_aminulrasyid3

Menurutnya dokumen Arahan Tetap Ketua Polis Negara (IGSO jelas mempunyai bukti kukuh untuk kes ini dibuka semula.

“Kita desak Peguam Negara (AG) yang bertindak sebagai pendakwaraya mendapatkan satu penyemakan semula keputusan dalam mahkamah rayuan berdasarkan bukti dalam IGSO tersebut.

“Sebelum ini mahkamah rayuan membuat tafsiran bahawa (Koperal Jenain) boleh menembak kerana dia sedang bertugas dan tembakannya kononnya tanpa niat.

“Tetapi tafsiran mahkamah adalah bercanggah dengan IGSO ini.

“Sepatutnya bila mahkamah rayuan sudah membuat keptusan, memang tidak boleh apa-apa rayuan lagi, kecuali kalau ada apa-apa yang berlaku atau pun ada bukti yang kukuh.

“Dalam kes ini kita bawa bukti dokumen IGSO yang membawa kepada satu keputusan berlainan dengan tafsiran mahkamah sebelum ini. Mahkamah rayuan perlu menyemak semula bukti tersebut,” kata Latheefa.

JUSTICE FOR AMINULRASYID

Tambahnya, satu kempen kesedaran mengenai kes Aminulrasyid akan diadakan ke seluruh negara dengan bantuan daripada kerajaan negeri Selangor

“Bermula sidang media ini kita akan bergerak ke seluruh negara memberi penerangan untuk pengadilan terhadap Aminulrasyid.

“Kes ini wajar diadili dan diterangkan kepada umum kerana ia akan memberikan kesan terhadap keselamatan masyarakat awam dimana undang-undang dilihat membenarkan penyalahgunaan senjata api oleh pihak polis,”katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722