Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pakatan akan ‘gagal dan merana’ kerana berbohong tentang GST, kata Ahmad Maslan

$
0
0
OLEH YISWAREE PALANSAMY






Pembangkang akan “gagal dan merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015 kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Menurut ketua penerangan Umno itu, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

“Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,” kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu Innovatif di Kuala Lumpur hari ini.

“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

“Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan ‘Barang Naik’ tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun,” katanya sebagai respons kepada kempen PR dan badan bukan kerajaan untuk menentang GST.

Kempen PR menentang GST akan menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara menurut Koordinator Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin dalam satu program pada Jumaat.

SAMM adalah NGO yang menjadi pengerak utama kempen tersebut.

Salah satu objektif adalah untuk melawan kempen media kerajaan yang cuba meraih sokongan rakyat terhadap GST, kata Badrul Hisham.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722