Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Raja Kamarul Bahrin, dulu langgar undang-undang, kini pembuat undang-undang

$
0
0
OLEH YISWAREE PALANSAMY

Perjuangan mendapatkan hak penjagaan anaknya di Australia membantu dirinya untuk membela minoriti di Malaysia, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Disember, 2013.Perjuangan mendapatkan hak penjagaan anaknya di Australia membantu dirinya untuk membela minoriti di Malaysia, kata Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, . 

























Ahli Parlimen sepenggal bagi Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad adalah seorang yang tenang. Tetapi, di sebalik wajah itu tersembunyi sifat dan peribadi sebagai ahli politik, arkitek yang rapat dengan warisan Melayu dan ayah penyayang dan kasih sayang seorang datuk.

Beliau melalui saat kelam suatu ketika dahulu yang mencuri perhatian dunia. Sesuatu yang tidak dijangka akan dilakukan kerabat diraja Terengganu ini apabila menculik dua anaknya, Raja Shahirah dan Raja Mohamad Baharuddin (Iddin) daripada bekas isterinya, Jacqueline Pascarl-Gillespie di Australia.

Raja Kamarul mengambil tindakan drastik tersebut selepas letih dengan layanan drakonian Mahkamah Keluarga Australia.

Beliau yang kini mendirikan rumah tangga dengan artis jazz tempatan, Datin Noryn Aziz bagaimanapun tidak pernah menyesal dengan tindakan berkenaan.

Raja Kamarul berkata, pengalaman dalam hidupnya 20 tahun lalu itu yang membantunya menyelesaikan segala masalah yang dilabel minoriti di dalam negara.

"Perjalanan yang saya lalui untuk menyelamatkan dua anak selepas terpisah dengan mereka adalah pengalaman bermakna.

"Lebih teruk adalah cara mahkamah Australia membuat keputusan hak penjagaan terhadap anak-anak saya.

“Saya letih, saya cuba menerima hakikat berjauhan dengan anak untuk tujuh tahun. Setiap tahun saya ke Australia untuk melihat mereka,” katanya.

Raja Kamarul berkata, keadilan semakin pudar baginya untuk perjuangan mendapatkan hak penjagaan terhadap anak-anaknya disebabkan beliau beragama Islam.

Pada Januari 1986, Raja Bahrin terbang ke Australia untuk mendapatkan permohonan mahkamah mengarahkan Pascarl-Gillespie mengembalikan anak-anaknya ke Malaysia dan membolehkan Raja Bahrin mendapatkan hak penjagaan daripada Mahkamah Tinggi Malaysia.

Keputusan berkenaan bagaimanapun diubah ketika rayuan oleh Mahkamah Penuh Keluarga Australia, dan memberikan hak penjagaan mutlak kepada bekas isterinya.

"Tahun 1980-an adalah ketika zaman revolusi di Iran dan beragama Islam tidak akan membantu rakyat Malaysia kerana kita dilayan seperti warga Iran ketika itu," katanya sambil menggeleng kepala.

"Mereka menentang kami dan saya terpaksa menyerahkan passport, kad kredit dan kad pengenalan setiap kali saya ingin bertemu anak-anak saya. Masalahnya bukan bekas isteri saya, tetapi sistem,” katanya.

Beliau turut mengaitkan beliau dilarang daripada membawa anak-anaknya ke masjid bagi mengajar asas solat.

“Banduan pun mendapat layanan lebih baik. Saya dipaksa mengikut undang-undang regressif. Saya dilarang membawa anak-anak saya ke masjid,” katanya.

Kejadian yang berlaku pada 1992 itu menjadi panduan kepadanya ketika bergelar ahli Parlimen.

"Saya berjaya hanya apabila menerima bantuan seorang ayah warga Australia yang hilang hak penjagaan dua anak perempuannya dan tidak dapat melihat mereka selama antara 15 hingga 17 tahun," katanya merujuk kepada Bryan Wickham yang membantunya membawa dua anaknya lari dari Australia.

Wickham ditahan pada 1993 kerana membantu melarikan kanak-kanak berkenaan dan dipenjara selama 18 bulan. Beliau dibebaskan selepas menjalani hukuman sembilan bulan.

Kisah berkenaan berlaku dua hari selepas hari lahir ketujuh Shahirah di utara Australia.

"Ketika saya memeluk mereka di dalam bot selama 17 hari melarikan diri, saya berkata kepada diri saya untuk tidak akan membiarkan ia berulang. Jangan sesekali melepaskan milik saya. Dan saya masih lagi berpegang kepada janji itu untuk kebaikan negara saya," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Golongan minoriti perlu dipertahankan. Sama seperti saya,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kekecewaan terhadap layanan media arus perdana yang mengejek Islam.

"Ia mengingatkan saya ketika saya di Australia. Kenapa kita tidak memaklumkan orang ramai tentang Islam? Kenapa ia berlaku di sini, dengan PAS dilabel sebagai ekstremis,” katanya.

Malah, katanya, isu penggunaan kalimah Allah juga tidak diuruskan dengan baik.

"Jika hanya tahu separuh, kita hanya akan membenarkan separuh maklumat, namun buat Muslim yang mengetahuinya bukanlah masalah besar.

"Kalau kita gelar diri kita pereka, kita kena persembahkannya, kata pereka Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung di Terengganu, dan Istana Melawati di Putrajaya, istana kedua agung termasuk binaan lain di dalam negara.

"Saya tiada jenama tertentu. Cukup persembahkan untuk mata kita dan orang lain," katanya.

Beliau yang kini bergelar datuk mendapati pengembaraannya itu membawa satu makna dengan kehadiran cucunya.

"Noryn, isteri saya amat menyayanginya,” katanya.

Anak lelakinya kini mengembara menghasilkan dokumentari dan Shahirah, seorang pelajar pereka fesyen, berhenti sekolah untuk memberikan perhatian terhadap anaknya.

"Saya masih berhubung dengan bekas isteri, namun kami ada kehidupan masing-masing. Apa yang berlaku menjadikan saya manusia lebih baik dan saya kini ingin membantu rakyat,” katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722