keratan portal


WASHINGTON - Bekas Timbalan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Strobe Talbott mendakwa kehilangan pesawat MH370 yang disyaki angkara pengganas mungkin akan untuk melakukan serangan menyerupai 9 September di India.

Berikut adalah  dakwaannya menerusi Twitter, semalam:

‘Misteri pesawat Malaysia: Faktor arah, kapasiti minyak menjurus kepada rampasan pesawat, perampas mungkin merancang melakukan serangan menyerupai 9 September di India’.

Beliau berkata, pesawat itu mungkin terhempas seperti rampasan pesawat UA 93 pada 2001.

Terdahulu, beliau menjelaskan menerusi tweet bahawa terdapat spekulasi pesawat itu mungkin terhempas dalam perjalanan ke India seperti berlaku pada pesawat UA93.

Pesawat UA93 dirampas di Pennsylvania dengan kesemua 44 anak kapal dibunuh dan dua hari kemudian dua lagi pesawat dirampas sebelum melanggar Pusat Dagangan Dunia. - Times of India