KAJANG - "Masa dalam Umno, semua orang cium tangan, keluar Umno terus orang label pengkhianat, demikian respons segelintir orang terhadap saya," kata Bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar selepas tindakannya menyertai PKR baru-baru ini.
Jelasnya, tindakan beliau keluar Umno bukanlah sebagai satu tindakan pengkhianat sebaliknya satu tindakan 'mulia' kerana sedar bahawa Umnolah yang sebenarnya menjadi pengkhianat kepada rakyat.
"Saya dilabel sebagai pengkhianat, itulah jolokan yang saya dapat oleh kerana saya lawan Umno-BN.
"Dianggap pengkhianat sebab tidak bersama perjuangan umno.
"Bagi saya Umno bukan macam dahulu,bela Melayu, Islam dan negara kita,kini perkara itu sudah tinggal sejarah.
"Sekarang yang senang bukan rakyat, sebalik pemimpin atasan Umno/BN,oleh itu rakyat meluat saya pun meluat, sebab itulah saya kata mereka pengkhianat bukan saya,sebab mereka yang abaikan negara dan tidak jaga negara dengan betul," katanya ketika menyampaikan ceramah Karnival Usahawan Selangor di Bandar Kajang semalam.
Oleh itu, jelasnya pengundi Kajang perlu menghantar 'signal' kepada Umno/BN supaya berhenti daripada terus membuat sesuatu yang tidak baik kepada negara.
"Pengundi Kajang perlu beri tanda amaran, kita tolak calon BN, MCA dalam PRK Dun Kajang nanti.
"Undi Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, lenyapkan terus usaha-usaha ini," katanya.
Wan Azizah akan menentang calon BN Datin Paduka Chew Mei Fun pada PRK kali ini.
Sementara hari pengundian jatuh pada 23 Mac ini.
PRK Kajang diadakan susulan peletakan jawatan secara mengejut penyandangnya Lee Chin Cheh, daripada PKR pada 27 Januari lalu.