THE MALAYSIAN INSIDER
Ada kebarangkalian kawasan nahas pesawat tidak dijumpai, kata pakar penerbangan.
Jika usaha mencari pesawat hilang MH370 gagal setelah memasuki minggu kedua, ada kebarangkalian kawasan nahas tidak akan dijumpai, kata bekas penulis keselamatan penerbangan.
Merujuk kepada nahas 1972 melibatkan pesawat Pan Alaska Airways, Sylvia Adcock menerusi laman sesawang CNN berkata, pesawat Cessna berlepas dari sempadan Anchorage ke Juneau dalam cuaca buruk namun pesawat itu tidak mendarat.
Pencarian pesawat itu diperluaskan mencakupi kawasan seluas 325,000 kaki persegi dengan 3,600 jam penerbangan untuk kerja pencarian. Namun usaha tersebut menemui jalan buntu setelah 39 hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan.
Berhubung pesawat Malaysia Airlines 777-200ER yang hilang pada Sabtu dengan membawa 239 penumpang dan anak kapal, Adcock berkata, satelit China dapat mengesan imej yang dikatakan kawasan nahas.
Namun pesawat Malaysia dan Vietnam yang melakukan kerja pencarian di Laut China Selatan semalam mendapati tiada tanda pesawat Boeing 777 berada di kawasan itu.