Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

EU bimbang 'pendakwaan terpilih'

$
0
0
MALAYSIAKINI





Wakil Hal Ehwal Luar dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah (EU) melahirkan kebimbangan terhadap pendakwaan terpilih ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesimpulan terburu-buru dalam rayuan pendakwa.

Catherine Ashton, dalam satu kenyataan hari ini, menyuarakan sentimen yang kuatnya berkaitan pembalikan penghakiman terhadap Anwar.

Katanya, perjalanan perbicaraan berprofil tinggi itu telah menimbulkan beberapa kebimbangan mengenai proses undang-undang yang sewajarnya.

"EU memandang berat apa yang kelihatan sebagai pendakwaan terpilih terhadap Anwar dan kesimpulan terburu-buru prosedur rayuan yang memberi impak secara langsung terhadap penyertaannya dalam proses demokrasi," katanya.

Bagaimanapun, katanya, EU maklum penangguhan pelaksanaan hukuman dan ikatjamin dibenarkan sementara menunggu rayuan.

EU, tegas Catherin, akan mengikuti kes itu dengan teliti.

Minggu lalu, Anwar didapati bersalah terhadap tuduhan meliwat selepas Mahkamah Rayuan sebulat suara membenarkan rayuan pendakwa dan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskannya sebelum ini.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722