Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Sistem komunikasi dimatikan secara 'manual'

$
0
0

MALAYSIAKINI





Sistem komunikasi pesawat MH370 Malaysia Airlines yang hilang dari radar awam Sabtu lalu mungkin sengaja dimatikan, demikian menurut laporan yang memetik penyiasat Amerika Syarikat.

Pegawai AS itu percaya dua sistem komunikasi penerbangan itu telah "dimatikan secara sistematik", menunjukkan bahawa kehilangannya mungkin tidak disebabkan oleh kegagalan lain, lapor ABC News.

"Mereka percaya, sistem pelaporan data, telah dimatikan pada jam 1.07 pagi. Transponder - yang menghantar maklumat lokasi dan ketinggian - ditutup pada jam 1.21 pagi ," kata laporan itu.

Sementara itu, Washington Post juga memetik sumber AS sebagai berkata seseorang dalam kokpit mungkin telah mematikan transponder dengan sengaja, sebelum meneruskan penerbangan.

"Hakikat bahawa pesawat moden itu mungkin menukar haluan pada masa yang sama transponder dimatikan, membayangkan orang lan mengambil alih kapal terbang itu, seperti penceroboh atau salah seorang juruterbang," kata seorang pegawai AS yang pakar mengenai insiden nahas udara.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722