Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

KJ: Beban kewangan tak naik kerana BR1M

$
0
0

MALAYSIAKINI




 
 
 
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menafikan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan meningkatkan beban kewangan negara sepertimana yang disebut oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam laman Twitternya hari ini, Khairy yang juga ahli parlimen Rembau berkata hal demikian disebabkan ada penjimatan dari segi pengurangan polisi subsidi pukal.

"Sistem subsidi pukal di mana semua (tak kira pendapatan) menikmati petrol yang disubsidi perlu perbelanjaan kerajaan yang lebih banding BR1M.

"BR1M diperkenalkan untuk membantu rakyat yang layak menerimanya di samping sistem subsidi pukal dikurangkan.

"BR1M adalah polisi targeted assistance (bantuan yang disasarkan) yang akan ganti blanket subsidies. Kerajaan juga sedang kaji kaedah lain seperti fuel card (kad minyak) dan lain-lain," katanya dalam laman blog mikro itu.

Dilaporkan Mahathir (kiri) dalam blognya, mengingatkan pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar tidak menipu diri sendiri dalam isu bantuan itu kepada golongan berpendapat rendah.

Bekas perdana menteri juga berkata, kerajaan tidak harus terus menanggung beban hingga RM8.4 bilion, yang menurutnya tidak memberi kesan kepada sokongan pengundi.

Sementara itu, Najib dalam ucapannya di perhimpunan Jabatan Perdana Menteri mempertahankan langkah berkenaan, yang disifatkannya sebagai subsidi khusus kepada golongan sasaran dan untuk membantu memacu ekonomi dalam negara.

“Melalui BR1M dan BR1M 3.0, lebih 7 juta isi rumah (menerima bantuan) berjumlah RM4.6 bilion," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722