Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Zahid: BN tumpu golongan 'kesal' di Kajang

$
0
0

MALAYSIAKINI




Naib presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata BN mensasarkan untuk meraih sokongan dari golongan pengundi yang didakwanya mula menyedari kesilapan mengundi PKR di DUN Kajang dalam pilihan raya sebelum ini.

Katanya, ia bagi menambah sokongan kepada BN kali ini, yang turut berjaya meningkatkan jumlah undi di DUN tersebut dalam pilihan raya umum lalu.

"Kajang kawasan saya, saya tinggal di sini. Kita akan guna pendekatan ofensif untuk menarik kumpulan sasaran di sini.

"Mereka (pengundi) sudah sedar mereka buat satu kesilapan bila mengundi PKR pada pilihan raya lalu," kata beliau dalam sidang media sempena pameran anti dadah di Pejabat Pendidikan Hulu Langat hari ini.

Zahid menyambut saranan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang memumumkan BN akan menggunakan pendekatan ofensif dalam berhadapan isu yang bakal dibangkitkan PKR.

Muhyiddin berkata sekalipun dilihat sebagai 'underdog', suhu politik ketika ini tidak memungkinkan BN hanya perlu bertahan, sebaliknya kelemahan parti lawan juga perlu didedahkan untuk pengetahuan umum.

Kempen pilihan raya kecil DUN Kajang akan bermula pada hari Selasa minggu depan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722