Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kos RM20 bilion hanya satu andaian, kata MB Selangor

$
0
0
OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


Khalid Ibrahim menjawab soalan media selepas merasmikan bilik gerakan PKR di Sungai Sikamat, Kajang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 2 Mac, 2014.Khalid Ibrahim menjawab soalan media selepas merasmikan bilik gerakan PKR di Sungai Sikamat, Kajang hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) hari ini menyifatkan kenyataan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang mendakwa perjanjian persefahaman (MoU) penstrukturan semua air Selangor boleh mencecah sehingga RM20 bilion sebagai hanyalah satu andaian.

Menteri besar Selangor itu berkata, bagi mengelak lebih banyak andaian dibuat berhubung MoU berkenaan, beberapa sesi penerangan terbuka akan dibuat bagi memberi pencerahan berhubung perjanjian tersebut.

"Saya ingat angka ini berdasarkan andaian yang dibuat. Oleh sebab itu kita akan membuat beberapa penerangan terbuka tentang perkara ini.

"Angka itu tidak sama dengan angka yang kita buat bersama Suruhanjaya Pengurusan Air Negara maka saya rasa tidak perlu komen sekarang kerana selepas MoU akan timbul perjanjian antara dua belah pihak," katanya dalam satu sidang media selepas merasmikan bilik gerakan PKR di Kajang hari ini.

Rafizi hari ini membayangkan penstrukturan air di Selangor dengan kerjasama Putrajaya boleh mencecah RM20 bilion, bukan seperti anggaran awal RM9.65 bilion.

Beliau yang sudah melihat kandungan MoU tersebut mendakwa penstrukturan air juga melibatkan pembinaan loji rawatan Langat 2, bukan semata-mata pengambilalihan empat syarikat konsesi.

Katanya, MoU tersebut juga tidak terikat secara sah di sisi undang-undang, melainkan bersabit kelulusan Projek Langat 2 yang serta-merta diberikan kelulusan merancang (DO) selepas MoU tersebut dimeterai.

Dengan kelulusan pembinaan Langat 2, Rafizi berkata kerajaan negeri Selangor kehilangan satu-satunya senjata yang dimiliki untuk berdepan dengan kerajaan pusat dalam isu air.

Khalid berkata bagi membolehkan kandungan perjanjian itu boleh diakses rakyat, satu pertemuan bersama kerajaan persekutuan akan diadakan esok.

Katanya, akta kebebasan maklumat yang ditandatangani bersama Putrajaya akan membuka peluang ke arah itu selain tarif airnya juga dapat diketahui.

"Kita akan meminta kerajaaan persekutuan untuk melepaskan dokumen tersebut. Esok saya ada perjumpaan dengan kerajaan persekutuan untuk berbincang pelepasan dokumen tersebut.

"Kita telah menandatangani akta kebebasan maklumat maka kita mahu dokumen itu boleh dilihat umum. Dokumen itu mengandungi semua tarif air. Sebab utama kita mahu penstrukturan semula air adalah kerana mahu membatalkan kenaikan tarif air Syabas,” katanya.

Dalam sidang media hari ini, Rafizi mendesak Khalid supaya menjelaskan semua persoalan yang timbul daripada MoU yang ditandatanganinya, termasuklah menerangkan bagaimana keempat-empat syarikat konsesi tersebut secara tiba-tiba menerima tawaran pengambilalihan "sedangkan mereka menentang selama ini".

Minggu lalu, Khalid menandatangani MoU berkenaan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih empat syarikat konsesi air di negeri berkenaan dengan suntikan dana RM2 bilion oleh Putrajaya bagi pengambilalihan saham syarikat konsesi.

Menurut MoU tersebut, kerajaan Selangor akan membenarkan Putrajaya meneruskan Loji Rawatan Air Langat 2, manakala ia juga akan memberikan pampasan bernilai RM9.65 bilion kepada empat syarikat konsesi air di Selangor.

Satu konsortium air untuk menguruskan industri air di Selangor akan dibentuk di bawah seliaan Kumpulan Darul Ehsan Berhad.

Kerajaan negeri Selangor menjangkakan pengambilalihan syarikat konsesi tersebut akan selesai dalam tempoh tiga bulan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722