THE MALAYSIAN INSIDER
Penganut Kristian Sabah dalam pertemuan mamangkis mereka baru-baru ini di Nabawan menyerang pemimpin Kristian yang berdiam diri terhadap "ekstremis politik Islam yang mensasarkan penduduk miskin di pedalaman negeri berkenaan untuk diIslamkan."
Biskop Katolik, Datuk Cornelius Piong dalam ucapannya di hadapan lebih 24,000 etnik Murut berkata, sikap berdiam diri mereka serupa ketika Ketua Menteri Tun Mustapha Harun mengumumkan polisi "satu agama, satu adat, dan satu agama" pada 1 Ogos 1972.
“Pemimpin politik yang kita pilih, walaupun 'anak negeri' dan beragama Kristian, mereka membisu," kata Piong.
Beliau berkata, ketika pembentukan Perlembagaan Negeri dan menjadikan Islam agama negeri, selari dengan perjanjian 20 perkara pembentukan Malaysia, mereka masih lagi membisu.
"Kita setuju Islam agama Persekutuan dan bukannya Sabah dan Malaysia akan jadi negara secular,” katanya.
Piong berkata, kesannya hari ini selepas 42 tahun satu bahasa, satu budaya dan satu agama, anak negeri dilayan seperi rakyat kelas kedua di negeri sendiri.
"Ini sejarah kita, sejarah mengkhianati rakyat.
"Jika kita lupa, kita khianat masa depan kita," katanya.
Piong, berbangsa Kadazan dan biskop Bumiputera pertama di Malaysia turut memberi amaran kepada penganut Kristian di negeri tersebut.
Beliau berkata:"Musuh bukan sahaja di depan kita, tetapi dalam kalangan kita."
Piong bagaimanapun berkata, "musuh" yang dimaksudkannya bukanlah saudara Islam yang hidup bersama mereka sejak beberapa generasi.
Katanya, beliau merujuk kepada kumpulan di Semenanjung yang didakwa terlibat dalam pengislaman beberapa penganut Kristian sejak beberapa bulan lalu.
"Jelas elemen ekstremis politik Islam mensasarkan rakyat Sabah yang miskin untuk diislamkan.
Piong berkata, perkara itu menjadi racun kepada hubungan Islam dan Kristian Sabah.
Katanya, mamangkis adalah untuk "menghadapi cabaran yang dihadapi gereja yang dibawa oleh ekstremis politik Islam dan bukan menyemai benih kebencian terhadap Islam dan kerajaan.
"Kita di sini untuk menghimpunkan orang ramai terhadap ancaman kepercayaan kita.
"Kita tidak membuat tuntutan. Kita hanya meminta mereka menghormati apa yang termaktub dalam Perlembagaan dan hak asasi manusia untuk mengamalkan agama tanpa campur tangan negeri.
"Mamangkis adalah sebahagian budaya kita, identiti kita sebagai masyarakat pribumi Sabah," katanya.