Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Penamaan calon 11 Mac: Cubaan sabotaj Ketua Pembangkang berucap di Parlimen?

$
0
0
Oleh : NAZLI IBRAHIM


KAJANG  : Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan Barisan Nasional (BN) dan sekutunya akan menjalankan pelbagai kerja sabotaj bagi memastikan beliau sebagai bakal calon Pakatan Rakyat (PR) gagal dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang pada 23 Mac nanti.

Kata Anwar, antara tindakan yang boleh dilihat sebagai cubaan mensabotaj adalah seperti mana tindakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 11 Mac bagi hari penamaan calon yang bertembung dengan giliran beliau membahaskan titah ucapan DYMM di Pertuan Agong di Parlimen.

Anwar“Kita jangkakan sabotaj dari luar itu nanti sangat kuat. Sekarang pun, kita tengok tarikh, mana ada tarikh pilihan raya begitu lama di mana hari pengundian begitu jauh sekali yang tidak pernah berlaku pun sebelum ini.

“Tindakan melewatkan PRK Kajang ini dan juga menetapkan tarikh penamaan calon pada 11 Mac ini semuanya disebabkan mereka tahu Anwar Ibrahim yang akan bertanding di sini,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Bagaimanapun Anwar memberitahu, usaha sabotaj itu tidak akan berjaya menghalang beliau sebaliknya beliau akan bergegas ke Parlimen sebaik selesai urusan penamaan calon untuk menyampaikan ucapan beliau sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen nanti.

“Sebaik selesai penamaan calon saya akan bergegas ke Parlimen untuk serang dasar-dasar kerajaan yang menekan rakyat.

“Walaupun pada masa itu saya baru jadi calon, saya akan bawa isu Nasional di Kajang ke Parlimen,” ujar Anwar sambil disambut tepukan gemuruh kira-kira 200 hadirin di Taman Impian Murni di sini malam tadi.

Anwar turut menyeru agar jentera pilihan raya PR tidak terlalu yakin dan berkerja keras bagi memastikan kerja sabotaj yang dijalankan BN dan sekutu mereka nanti dapat dipatahkan.

Sementara itu dalam program sama, Anwar turut menyempurnakan perasmian pelancaran Jentera Daerah Mengundi (JDM) Saujana Impian.EZY

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722