THE MALAYSIAN INSIDER
Image may be NSFW.
Clik here to view.
Mazlan Aliman di depan Pejabat Imigresen Lapangan Terbang Sibu selepas dihalang memasuki Sarawak. Gambar Facebook Mazlan Aliman.Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sekali lagi tidak dibenarkan memasuki Sarawak, dan kali ini beliau ditahan di Lapangan Terbang Sibu.
Beliau ditahan di Pejabat Imigresen Sarawak kira-kira jam 11.25 pagi sebaik sahaja sampai ke lapangan terbang itu.
Dalam laman Facebooknya, Mazlan yang juga AJK PAS Pusat menulis:"Saya ditahan oleh imigresen setibanya di Airport Sibu jam 11.25 pagi ini. Alasan, arahan Pejabat Ketua Menteri Sarawak.
"Saya tidak dikehendaki oleh kerajaan Sarawak,” katanya seperti dikatakan oleh seorang pegawai imigresen kepada beliau.
Mazlan berkata, beliau yakin penahanannya ada kaitan dengan Himpunan Tanah Sarawak yang akan dirasmikan Presiden PAS di Beting Maro esok.
Sebelum ini beliau ditahan atas alasan yang sama.
Presiden PAS, Datu Seri Abdul Hadi Awang dijangka merasmikan Himpunan Tanah Sarawak yang akan diadakan esok.