Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Mungkinkah Kit Siang akan ditahan di bawah SOSMA?

$
0
0

MALAYSIAKINI





Pemimpin DAP Lim Kit Siang ingin tahu sama ada wujud perancangan untuk menahannya di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Satu petanda ke arah itu, menurut Lim, adalah label anti-Quran oleh cybertrooper Umno terhadapnya.

Respon itu tercetus ekoran kenyataannya pada 1 Februari mengkritik Jabatan Pembangunan Islam Malaysia ( Jakim) berkaitan teks khutbah Jumaatnya yang mempersalahkan perpecahan umat Islam kerana lemah akidah, ditambah dengan hasutan orang Kristian dari Yahudi.

"Saya tidak merujuk kepada mana-mana ayat Al-Quran atau hadis tetapi saya kini dituduh sebagai anti-Quran," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ini membuat beliau tertanya-tanya sama ada wujud plot untuk memerangkapnya sepertimana (MP Seputeh) Teresa Kok pada 2008 supaya beliau boleh ditahan atas alasan anti-Quran dan menghasut ketidakkeharmonian kaum dan agama.


Pada September 2008 Teresa telah dituduh menandatangani petisyen bahawa laungan azan di masjid Kinrara telah mengganggu ketenteraman dan telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Dia dibebaskan seminggu kemudian ekoran bantahan awam .

Lim juga bertanya sama ada terdapat seseorang yang bermain dengan idea yang beliau patut ditahan di bawah SOSMA atas alasan beliau anti-Quran dan merbahaya dan menjadi ancaman kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara.

SOSMA menggantikan ISA selepas ia dimansuhkan pada tahun 2012.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722