Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kesihatan Orang Asal terjejas dengan penerokaan kuari

$
0
0

 
Penduduk kampung itu juga menghadapi pelbagai masalah kesihatan sejak kerja-kerja tanah telah dimulakan sejak dua bulan lepas.





SEREMBAN : Aktiviti penerokaan kuari berhampiran Kampung Gebok, Mantin mengundang pelbagai masalah kesihatan kepada lebih 120 penduduk kampung tersebut yang terdiri daripada Orang Asal.

Semalam FMT mengutarakan permasalahan di Kampung Gebok apabila difahamkan ada sebuah syarikat yang telah memulakan kerja-kerja awal untuk membuka sebuah kuari tidak jauh dari perkampungan Orang Asal tersebut.

Penduduk kampung mengadu bahawa akibat daripada penerokaan tersebut mereka kehilangan punca pendapatan apabila tanaman mereka seperti getah, durian, nangka, petai dan jering musnah.

Tetapi selain daripada itu penduduk kampung itu juga menghadapi pelbagai masalah kesihatan sejak kerja-kerja tanah telah dimulakan sejak dua bulan lepas.

Tok Batin (Ketua Kampung) Kampung Gebok, Razali Onchum, 33, mendakwa sumber air untuk minuman, masak, mandi dan untuk pelbagai kegunaan penduduk kampung adalah dari air bukit.

“Sejak penerokaan ini berlaku di bukit sana, sumber air kami juga terjejas apabila air kadang kala menjadi keruh terutama sekali selepas hujan.

“Pada hari cuaca yang panas dan kering, rumah kami berhabuk,” kata Razali.

Ali Asum, 57, pula mendakwa sejak penerokaan itu bermula, beliau sering menghadapi masalah batuk dan selsema.

“Sejak dua bulan ini saya selalu batuk dan selsema. Walaupun saya telah pergi ke klinik, mendapatkan rawatan dari doktor dan mengambil bekalan ubat, tetapi masalah batuk dan selsema ini tetap berulang.

“Selain itu saya juga sering mengalami masalah cirit-birit, mungkin disebabkan air bukit yang menjadi sumber air kami kini tahap kebersihannya terjejas ekoran daripada penerokaan ini. Mata kanan saya juga kadangkala sakit.

“Saya percaya ini berpunca daripada masalah habuk yang melanda kampung ini selepas tanaman kami di atas bukit itu telah dibersihkan oleh syarikat kuari itu,” ujar Ali.



Seorang surirumah, Lidya Botek, 25, pula mendakwa masalah habuk ini menyebabkan rumah dan pakain penduduk menjadi kotor.

“Baju yang disidai diampaian menjadi kotor. Lantai dan dinding rumah juga berhabuk walaupun saya telah menutup pintu.

“Tingkap rumah juga berhabuk. Katalah saya lap tingkap hari ini, esoknya akan berhabuk semula,” keluh Lidya.

Tanah persendirian

Sementara itu Pegawai Daerah Seremban, Hasnul Mohamed menjelaskan pihaknya hanya bertindak sebagai orang tengah dengan harapan penduduk kampung dan pemaju tanah dapat mencapai persefahaman.

“Kita tidak boleh buat apa-apa kerana tanah terbabit milik persendirian. Awal Disember lalu kita sudah memulakan perbincangan dan sekarang kita sedang mencari tarikh baru untuk mengadakan perbincangan untuk kali kedua agar mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak,” katanya.

Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Sembilan, Haslin Abdul Razak berkata pihaknya sama sekali tidak setuju aktiviti kuari dijalankan di situ kerana boleh mengundang pelbagai risiko kepada penduduk kampung.

“Pegawai saya ada menghubungi wakil pemilik kuari terbabit pada November lepas dan mendapat respons positif, di mana syarikat tersebut akur dengan arahan pihak berkuasa tempatan,” ujar beliau

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722