Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Dakwaan buang air kotoran ke laut disiasat

$
0
0

MALAYSIAKINI


Syarikat pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam SWM Environment Sdn Bhd (SWM) sedang menyiasat dakwaan jentera pembersih miliknya membuang air kotoran ke laut.
  
Menurut kenyataan syarikat itu hari ini, mereka yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan tegas.
  
"Pihak SWM memandang serius perkara ini dan tidak boleh menerima perbuatan itu tidak kira sama ada melibatkan anggota SWM atau subkontraktor yang dilantik," kata kenyataan berkenaan.

Kenyataan itu juga menyebut SWM memohon maaf kepada orang ramai jika benar insiden tersebut berlaku.
  
"Kami amat menghargai maklum balas orang ramai dan mempunyai pasukan yang berdedikasi untuk menangani aduan awam seperti ini. Sekiranya orang ramai terlihat insiden yang tidak menyenangkan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-7472," kata kenyataan itu.
  
Gambar jentera Ultra Whack Vacuum Cleaner yang dikatakan milik SWM membuang air kotoran ke laut di Batu 1, Port Dickson itu disebar menerusi media sosial dan kejadian didakwa berlaku semalam.    - Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722