MALAYSIAKINI
Kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor penting bagi menghadapi kemungkinan krisis kewangan global yang dijangka tahun ini.
Anggota Parlimen Kuala Langat Abdullah Sani berkata, pengalaman Anwar semasa menjadi menteri kewangan semasa krisis kewangan 1997 amat diperlukan kerajaan Selangor.
"Sebab kehadiran Anwar pastikan gelombang krisis kewangan 2014, Insya-Allah Selangor akan selamat.
"Kerana apa? Ketika zaman beliau telah melalui fenomena begitu. Dan kita yakin yang menerajui Selangor perlukan bantuan Anwar," kata Abdullah di Kajang malam tadi.
Abdullah bagaimanapun tidak menghuraikan lanjut peranan spesifik Anwar dalam isu itu. Anwar sekarang turut menyandang jawatan penasihat ekonomi Selangor.
'Anak Melayu dapat anugerah dunia'
Abdullah juga dalam ucapannya turut menghamburkan puji pujian melambung tinggi kepada Anwar, yang disifatkannya tokoh hebat yang diiktiraf dunia.
Bahkan, katanya lagi, bekas perdana menteri Tun Mahathir Mohamad juga tidak layak menerima pengiktirafan sebegitu.
"Orang Kajang patut bersyukur mempunyai tokoh hebat mewakili Kajang diiktiraf dunia.
"Kita lupa ketika Anwar dapat Anugerah Pengerusi Bank Dunia, (seorang) anak Melayu, orang Malaysia mana lagi yang dapat?
"Mahathir dapat tak? (Tun) Daim (Zainuddin) dapat tak? (Mereka) tak layak!” katanya lagi.
Misteri doa 'bla bla bla'
Sementara itu, Abdullah turut berdoa dalam ucapan Anwar supaya dinobatkan sebagai “bla bla bla”, sekali gus menimbulkan persoalan sama ada terdapat hasrat supaya ketua umum PKR itu menjadi menteri besar baru.
"Semoga Allah beri kekuatan kepada kita.
"Semoga Allah memberikan keyakinan dan bersatu padu untuk memastikan sosok tubuh yang bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim ini dinobatkan menjadi 'bla bla bla'.
"Dan Insya-Allah selepas (hari pengundian) 23 Mac 2014," doanya.
Tindakan Abdullah itu mendapat reaksi positif daripada hadirin, termasuk jentera pilihan raya PKR yang hadir sama.