Hafiz Roslan
KUALA LUMPUR - Naib Pengerusi Bersih Semenanjung Selatan, Thomas Fann mendakwa persempadanan semula yang ditentukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) adalah berat sebelah.
Fann berkata, beliau mengajak orang ramai menyertai projek Pasukan Tindakan dan Penyelidikan Persempadanan (DART) agar kuasa persempadanan diberikan kepada pengundi untuk menyatakan bagaimana sempadan pilihan raya mereka perlu digariskan.
"Jika kita memaksa perubahan dalam persepadanan kawasan pilihan raya kita akan memaksa perubahan dalam wacana politik di negara ini, kerana kawasan pilihan raya pada masa ini ditentukan secara berat sebelah mengikut garisan kaum yang juga berkait rapat dengan agama di negara ini.
"Jika sempadanan ini berubah, ahli politik akan terpaksa mengalihkan tupuan mereka kepada isu-isu perkauman dan agama kepada dasar serta idea mereka untuk negara," kata kepada pemberita pada satu sidang media hari ini.
Jelas Fann, permulaan projek DART untuk memantau pemilihan menyediakan bantahan orang ramai terdiri daripada mensyuarat orang ramai yang diadakan di bandar-bandar raya utama.
"Mesyuarat awam seluruh negara ini juga akan berfungsi untuk mengenal pasti kumpulan teras seramai 5 hingga 10 orang sukarelawan yang berdedikasi untuk membentuk pasukan DART. Kumpulan teras inilah yang akan mengatur dan memimpin perwakilan 100 pemilihan di kawasan mereka.
"Pasukan teras juga akan dilatih dalam bengkel kerja DART selama 30 hari dimana mereka akan diberi sumber-sumber seperti pengetahuan undang-undang dan pilihan raya serta peta-peta yang diperlukan untuk mengukuhkan bantahan mereka." ujarnya.
Tegas Fann, projek DART akan memberi tumpuan pada negeri-negeri utama yang tertakluk kepada amalan pengarisansemula kawasan pilihanraya , seperti Selangor, Johor, Pahang, Kedah ,Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang, dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Pelncaran DART akan dibuat di Johor Baharu pada sabtu ini dan pelancaran peringkat Kebangsaan 9 Mac di Petaling Jaya serta akan dibuat di bandar-bandar utama di seluruh negara.