Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Khalid Nafi Bakal Tanda Tangan Surat Letak Jawatan Pada Hari Mengundi

$
0
0

Rakyat News
 
Mahirah Zakaria 
 
 
KUALA LUMPUR  - Menteri Besar selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan akan menandatangani surat perletakan jawatan bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jawatan tersebut sekiranya menang dalam  pilihan raya kecil (PRK) Kajang.
 
Menurut sumber tertingi yang diperolehi The Star, Khalid dijangka akan menandatangani surat tersebut pada 23 Mac iaitu pada hari mengundi di Kajang.
 
"Tidak, laporan itu tidak benar. Tidak ada perkara seperti itu kerana matlamat kami adalah untuk memenangi pilihan raya kecil Kajang.
 
"Tidak ada surat atau apa-apapun," katanya kepada pemberita.
 
Surat perletakan tersebut disediakan oleh kepimpinan PKR namun Khalid enggan menandatanganinya.
 
"Ini adalah soalan spekulatif dan ianya tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat kita," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722