Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Zahid Hamidi: Umno hormat keputusan Taib Mahmud, perubahan ikut acuan Sarawak

$
0
0

THE MALAYSIAN INSIDER


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) memakaikan pangkat kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Majlis Sambutan Ulang Tahun Rela ke-42 di Kuching, malam tadi. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 11 Februari, 2014.Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) memakaikan pangkat kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud di Majlis Sambutan Ulang Tahun Rela ke-42 di Kuching, malam tadi. – Gambar oleh The Malaysian Insider, 





























Sebagai sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN), Umno menghormati keputusan yang dibuat Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk mengundurkan diri sebagai ketua menteri Sarawak.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, berkata parti komponen dalam BN sentiasa menghormati setiap keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan parti komponen.

"Umno sebagai salah sebuah anggota komponen BN menghormati setiap keputusan pemimpin daripada parti komponen lain, dalam hal ini PBB yang dipimpin oleh Taib yang juga ketua menteri Sarawak.

"Sebarang keputusan yang dicapai melalui rundingan dalam parti itu harus dihormati oleh Umno," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Ulang Tahun Rela ke-42 peringkat negeri di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), semalam.

Turut hadir Naib Presiden Kanan PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan yang juga menteri perancangan sumber dan alam sekitar II Sarawak.

Ahmad Zahid yang juga menteri dalam negeri berkata, beliau yang juga menganggotai Dewan Tertinggi BN turut mengambil kira serta memahami keputusan dibuat untuk kepentingan kerajaan negeri Sarawak.

"Apa yang berlaku memperlihatkan kematangan politik Sarawak sendiri dan sebarang perubahan pucuk pimpinan tentunya mengikut undang-undang tubuh kerajaan negeri Sarawak," katanya.

Ahmad Zahid berkata, peralihan kuasa yang bakal dilakukan mengikut tradisi berdasarkan acuan politik Sarawak, maka semua harus menghormati keputusan dibuat.

"BN sebagai organisasi yang memayungi 13 parti dalam organisasi itu harus terima hakikat bahawa Taib akan melakukan pengumuman secara rasmi.

"Ketua menteri maklumkan beliau akan menghadap Yang diPertua Negeri Sarawak pada 15 Februari ini. Saya fikir apa yang dilakukan harus dianggap hak peribadi sebagai ketua menteri dan pemimpin sebuah parti komponen BN," katanya. – Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722