Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Rakyat Malaysia harus lawan sengketa kaum dan agama, kata Ambiga

$
0
0
OLEH EILEEN NG


Bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap di Forum Legasi Bapa Kemerdekaan - Tunku Abdul Rahman di Universiti Kolej New Era, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 11 Februari, 2014.Bekas Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap di Forum Legasi Bapa Kemerdekaan - Tunku Abdul Rahman di Universiti Kolej New Era, Kajang, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.






























Rakyat Malaysia seharusnya bersatu untuk “melawan secara aman” persengketaan kaum dan agama yang melanda negara, kata Datuk Ambiga Sreenevasan malam tadi, mengenang legasi bapa kemerdekaan negara, Tunku Abdul Rahman.

Bekas pengerusi bersama Bersih 2.0 itu berkata, sesiapa yang mahu melawan perkauman dan ketaksuban mesti bersatu dan bersama mereka yang tertindas.

Ketegangan politik di Malaysia meningkat beberapa bulan lalu dengan gereja diserang bom buatan sendiri berhubung isu kalimah Allah dan ancaman terhadap ahli Parlimen pembangkang kerana mengeluarkan video satira.

“Bagaimana kita hentikan kumpulan yang cuba memisahkan kita? Apabila mereka bercakap dalam bahasa perkauman dan ketaksuban, kita harus jawab dengan bahasa perpaduan dan kebersamaan.

“Apabila mereka bercakap dalam bahasa kejahilan, kita harus jawab dengan bahasa keilmuan. Apabila mereka serang saudara dan saudari kita, kita harus pertahankan mereka.

“Kita harus respon dengan cara berilmu apabila kita melihat kejahilan. Apabila mereka menakut-nakutkan kita, kita harus respon dengan keberanian, apabila mereka memisahkan, kita mesti bersatu.

“Kita harus sampaikan mesej ini dengan kuat dan jelas – lebih kerap mereka cuba pisahkan kita, kita akan lebih bersatu,” kata Ambiga disambut dengan tepukan gemuruh dalam satu forum legasi Tunku Abdul Rahman di Kajang malam tadi.

Forum tersebut dianjurkan untuk menyambut ulang tahun kelahiran Tunku Abdul Rahman ke-111 yang jatuh pada 8 Febuari. Beliau meninggal dunia pada 1990.

Bekas presiden Majlis Peguam dan peguam kanan itu berkata, kumpulan ektremis sedang cuba untuk memperovokasi sehingga menerima tindak balas dengan tindakan mereka tetapi rakyat diingatkan agar tidak terjerat dengan perangkap itu.

Sebaliknya, Ambiga berkata, rakyat Malaysia harus memberi respon positif dengan bersama mereka yang tertindas dan tidak berhenti berharap.

“Mereka harus terima mesej kita dengan jelas, kita tidak akan ke mana-mana. Ini negara kita, keluarga saya turut melakukan sesuatu untuk negara. Kita harus serahkan negara ini kepada anak-anak kita dengan sesuatu yang mereka boleh banggakan. Kita tidak akan biarkan sesiapa menghalau kita keluar,” katanya.

Sebagai penghargaan kepada Mejar Zaidi Ahmad daripada Angkatan Udara Malaysia yang sedang berhadapan dengan tujuh pertuduhan kerana membantah penggunaan dakwat kekal semasa Pilihan Raya Umum ke-13 tahun lalu, Ambiga menggelar sesiapa - bersamanya sebagai “golongan berani” dan “hero rakyat Malaysia”.

“Lelaki ini dihukum kerana bercakap benar dan kita mesti bersamanya. Kita harus pada bila-bila masa menyokongnya kerana berani bercakap benar,” katanya.

Majoriti rakyat Malaysia mahu keamanan, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam Forum Legasi Bapa Kemerdekaan - Tunku Abdul Rahman di Kajang, malam tadi.Majoriti rakyat Malaysia mahu keamanan, kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam Forum Legasi Bapa Kemerdekaan - Tunku Abdul Rahman di Kajang, malam tadi.Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang merupakan salah seorang ahli panel forum malam tadi berkata, sudah sampai masa golongan sederhana dalam negara bersatu menentang kumpulan ektremis yang mengugut untuk menggembalikan rusuhan kaum 13 Mei, 1969.

Dengan menggelar kumpulan ektremis itu sebagai “pengkhianat”, ahli politik veteran itu berkata, tiada sesiapa yang waras dan cintakan negara mahu rusuhan kaum kembali.

“Kita perlu rakyat Malaysia untuk ke depan dan berkata, ‘kamu semua pengkhianat dan kami tidak mempunyai masa untuk kamu’,” katanya.

Beliau berkata, majoriti rakyat Malaysia dalam negara ini hanya mahukan keamanan, keharmonian dan kemajuan berbanding rusuhan kaum atau ketegangan antara agama.

Minggu lalu, kira-kira 50 individu yang menggelarkan diri mereka Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia menyembelih dua ekor ayam dan menawarkan RM1,200 sebagai ganjaran kepada sesiapa yang berani menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok daripada DAP kerana dikatakan menghina kepimpinan Melayu dan Islam.

Mereka kemudian melumurkan darah ayam kepada sepanduk yang tertera gambar Kok, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng; Kit Siang dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Machang Bubuk daripada PKR, Lee Khai Loon.

Fokus badan tersebut adalah Kok dan klip video Tahun Baru Cina bertajuk, 'Onederful Malaysia CNY 2014'.

Ketua kumpulan itu, Zulkifli Sharif, berkata, tindakan menyembelih dan melumurkan darah ayam adalah sebagai simbolik kepada tragedi 13 Mei, 1969.

Katanya, tindakan bantahan itu sebagai amaran keras kepada pemimpin terbabit untuk menghentikan segala provakasi yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

"Empat ayam yang kita bawa mewakili empat pemimpin cauvanis itu di mana kita hanya dapat menyembelih dua ekor sahaja. Ia adalah amaran untuk tidak lagi mempermainkan isu agama dan bangsa dan tidak mempertikaikan titah sultan," katanya kepada The Malaysian Insider.

Kok yang bimbang dan enam lagi penyokongnya membuat laporan polis berhubung tindakan NGO itu dan menggesa polis bertindak terhadap kumpulan tersebut kerana melibatkan keselamatannya tetapi dinafikan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang berkata ia bukan ancaman.

Episod terbaru ini merupakan rentetan daripada siri insiden perkauman di Malaysia.

Bulan lalu, ahli Umno Pulau Pinang memberi amaran satu lagi rusuhan kaum sebagai bantahan kepada Adun PKR, Lee kerana mengadakan flash mob kangkung dan menyumbat sayur itu ke dalam mulut efigi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketegangan meningkat apabila dua bom molotov cocktails dicampak ke perkarangan Gereja Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang akhir bulan lalu.

Salah satu bom meletup dan satu lagi tidak berjaya dalam insiden yang berlaku pada pagi Isnin. Siasatan awal polis mendapati ia dilakukan dua lelaki menaiki motosikal.

Sehari sebelum itu, beberapa kain rentang tertulis “Allah adalah Hebat, Isa adalah anak Allah”, tergantung di luar beberapa gereja di Pulau Pinang seperti di Victory Lutheran Church, St John Britto Catholic Church, Church of the Immaculate Conception dan Church of the Assumption di sebelah pulau dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth.

Semua gereja tersebut menafikan mereka menggantungnya dan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722