Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Jangan bermusuh, pengganti Taib'

$
0
0

MALAYSIAKINI


 
 
 
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pengunduran Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai tunjang kerajaan negeri.

Bagaimanapun, bekas perdana menteri yakin, dengan perpaduan mantap yang dimiliki, PBB akan terus cemerlang, lapor Bernama.

"Saya fikir PBB masih kuat. Kita seharusnya ambil kira soal parti juga, tidak kira siapa pemimpinnya,” beliau dipetik sebagai berkata ketika ditanya pendapatnya berhubung kemungkinan itu.

Beliau juga yakin pengganti Taib dapat meneruskan pembangunan di bawah pentadbiran tokoh politik Bumi Kenyalang itu.

Agensi berita nasional juga melaporkan Dr Mahathir (atas) sebagai berharap tiada permusuhan berlangsung antara bakal pengganti Taib.

"Saya harap siapa jua yang ganti (Taib) nanti akan dapat sokongan yang sama dan tidak ada permusuhan antara bakal pengganti," beliau dipetik sebagai berkata di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya hari ini.

Taib, 78, presiden PBB dan pengerusi BN Sarawak, mengumumkan hasrat berundur sebagai ketua menteri ketika mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) PBB dua hari lepas.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722