AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mustapa Mohamed digesa memahami masalah yang dialami para petani terlebih dahulu, sebelum mencadangkan agar perbincangan diadakan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan, berhubung penukaran status kawasan bendang kepada kawasan perumahan.
Pengerusi Lajnah Asas Tani PAS Pusat, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, cadangan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu memang baik, tetapi ia tidak memberikan makna sama sekali jika masalah yang dialami oleh para petani tidak diselesaikan terlebih dahulu.
Menurut beliau, sebelum cadangan itu dibuat, Mustapa selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kerajaan Persekutuan di Kelantan sepatutnya mesti memahami realiti sebenar yang berlaku di Kelantan yang turut mencetuskan kebimbangannya dengan kawasan penanaman padi semakin terhakis di negeri itu.
Katanya, setiap petani khususnya penanam padi, sumber pendapatan mereka pasti bergantung kepada penanaman padi dan tanah-tanah mereka yang berstatuskan pertanian tidak akan ditukarkan kepada perumahan atau status lain jika tidak kerana terpaksa.
"Tetapi dengan keadaaan sekarang, dengan harga lantai padi yang terlalu rendah, harga belian padi dari pihak pengilang yang tidak selaras di seluruh negara serta subsidi harga padi yang tidak pernah dinaikkan sejak 23 tahun lalu, bagaimana para petani khususnya penanam padi hendak hidup?" katanya.
Ketika menghubungi Harakahdaily hari ini, beliau menggesa Mustapa mendesak Kerajaan Persekutuan menaikkan harga lantai padi, menyelaraskan harga belian padi di seluruh negara dan menaikkan kadar subsidi harga padi terlebih dahulu sebelum membuat cadangan itu.
"Itulah sebenarnya masalah yang dituntut diselesaikan terlebih dahulu. Tuntutan ini sudah lama disuarakan oleh PAS, khususnya Lajnah Asas Tani PAS Pusat berserta NGO-NGO berkenaan dan para petani sendiri di seluruh negara.
"Jika tuntutan ini dipenuhi, tidak mungkin para petani akan menukarkan status tanah mereka kepada status perumahan atau status lain. Sebaliknya, tanah-tanah mereka pasti akan terus dikekalkan kepada pertanian bagi membolehkan mereka terus menanam padi di atas tanah-tanah itu," tegasnya.
Menurut beliau, harga padi atau harga lantai padi yang ditetapkan oleh kerajaan kini hanya RM0.75 sekilogram atau RM750.00 bagi satu tan, manakala subsidi harga padi yang diberikan oleh kerajaan kini hanya RM0.2481 sekilogram atau RM248.10 satu tan.
Lajnah Asas Tani PAS Pusat, jelasnya, sejak dulu konsisten dengan tuntutannya agar pihak kerajaan menaikkan harga padi atau harga lantai (harga belian) padi kepada RM1.50 sekilogram atau RM1,500 satu tan, manakala subsidi harga padi pula dinaikkan kepada RM1.00 sekilogram atau RM1,000 satu tan.
Beliau turut kesal kerana selain berhadapan masalah itu, para petani turut tertekan dengan langkah terbaru kerajaan yang menetapkan harga siling padi sebanyak RM1,200 satu tan seperti yang diumumkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.
"Dengan penetapan harga siling padi itu bermakna para petani akan terus rugi dan tertekan lagi terutama petani di Selangor kerana harga belian padi yang dibeli oleh pihak pengilang di Selangor kini ada yang sudah mencapai RM1,300 satu tan," katanya.
Datuk Seri Mustapa baru-baru ini mencadangkan agar satu perbincangan diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Kelantan bagi mengelakkan kawasan penananam padi di negeri itu semakin terhakis, ekoran semakin ramai petani menukar tanah pertanian mereka kepada kepada status perumahan.
Kawasan penananam padi di Kelantan kini seluas 34,000 hektar, meliputi 29,000 hektar kawasan penananam padi yang berada di bawah Kada dan 5,000 hektar di kawasan yang berada di bawah IADA iaitu di Kemasin dan Semarak.
Menurut Amiruddin, kawasan penanaman padi di Kelantan itu agak luas dan ia sememangnya perlu dijaga supaya tidak terhakis untuk membolehkan bidang pertanian terus berkembang maju di negara ini, bagi kepentingan bekalan padi negara.
"Jadi sekiranya benar Datuk Seri Mustapa dan Kerajaan Persekutuan ingin melihat bidang pertanian terus maju di negara ini, kebajikan para petani mestilah dijaga, tuntutan mereka seperti yang kita suarakan itu mestilah dipenuhi.
"Di negara-negara maju seperti di Jepun, Korea dan Amerika, subsidi yang diberikan oleh kerajaan kepada para petani bagi tanaman strategik mereka cukup tinggi. Sebab itulah pertanian di negara mereka itu boleh maju.
"Di negara kita pula bagaimanana? Lihatlah masalah petani itu jika mahu pertanian di negara kita juga maju. Janganlah hanya nak bincang masalah itu sahaja, tetapi selesaikanlah masalah yang dialami oleh para petani dulu," ujar beliau.