Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live

Tarif air mahal, lebih baik minum minyak

$
0
0
OLEH AFIX REDZUAN




PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PAKATAN) sudah membuktikan kewibawaan mengurus pentadbiran Selangor menerusi salah satu kejayaan mengekalkan tarif air, pada harga RM1.39 sejak 2009.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, tarif itu boleh meningkat sehingga RM3.19, pada 2018 jika Selangor diperintah mengikut gaya Barisan Nasional (BN).

Malah, katanya, BN bertanggungjawab menswastakan industri air, di Selangor ketika memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri, sebelum 2008.

“Apabila diswastakan industri air Selangor, dia beri kepada syarikat kroni UMNO. Saya beri contoh ini bukan berita palsu (fake news) tetapi berita sebenar (real news).

“SYABAS milik Tan Sri Rozali Ismail, Bendahari UMNO. Syarikat Puncak Niaga, syarikat UMNO.

Dalam perjanjian konsesi, UMNO memberikan kuasa mutlak kepada Tan Sri Rozali, setiap tiga tahun dia boleh menaikkan tarif air,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Cermah Perdana Amanat Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali kepada pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dan Seri Setia di PJS2, Taman Medan, malam tadi.



Katanya, tarif itu bakal mengatasi harga runcit minyak semasa, pada kadar RM2.20 bagi RON95 jika tidak dikawal Kerajaan Negeri.

Mohamed Azmin berkata, Kerajaan Negeri turut membelanjakan RM180 juta setahun bagi memberikan air percuma 20 meter padu, pada kadar RM11.40 kepada hampir enam juta rakyat Selangor menerusi Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

“Kalau saya ikut cara UMNO urus air, tahun ini tarif meningkat kepada RM3.19, sekali gus lebih mahal daripada minyak.

“Lebih baik kita minum minyak, mandi minyak, jadi orang minyak, kita cekik BN.

“Tetapi saya dan PAKATAN, pada 2009 apabila rakyat beri sokongan, kita panggil (Tan Sri) Rozali Ismail, (minta) hentikan, kami tidak benarkan kamu menaikkan kadar tarif air di Selangor,” katanya.


Muhyiddin jaga kawasan sendiri, jangan sibuk!

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BAGAN  DATUK: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin sewajarnya hanya memberi tumpuan kepada kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan bukannya melemparkan pelbagai tuduhan tidak berasas terhadap Barisan Nasional (BN).
 
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dakwaan Muhyiddin bahawa BN akan melakukan apa sahaja bagi menghalang rakyat di negara ini keluar mengundi pada 9 Mei depan merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab.
 
"Tidak munasabahlah. Dulu dia (Muhyiddin) pernah berada dalam kedudukan saya. Janganlah sudah tidak ada dalam kerajaan buat dakwaan-dakwaan begitu, jagalah pengundi (Parlimen) Pagoh dan (Dewan Undangan Negeri) Gambir elok-elok," katanya.
 
Ahmad Zahid bercakap kepada pemberita selepas Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kampung Sungai Sumun dekat Hutan Melintang di sini, Khamis.
 
Beliau mengulas dakwaan Muhyiddin kononnya BN akan melakukan apa sahaja termasuk kemungkinan menumbangkan pokok di atas jalan selain menawarkan wang kepada pengundi untuk mengundi parti itu.
 
Dalam pada itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, tindakan Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berterusan melemparkan pelbagai dakwaan konon dirinya sering disabotaj bagi mengagalkan beliau bertanding pada PRU14, adalah tidak bertanggungjawab.
 
Beliau berkata, taktik sama pernah digunakan Dr Mahathir semasa menjadi perdana menteri bagi meraih simpati rakyat pada ketika itu dan terus menggunakan taktik sama walaupun kini tidak lagi berada dalam pentadbiran kerajaan.
 
"Itulah taktik yang digunakan orang itu dan saya pun sudah tidak mahu gelar apa pun lagi kepada beliau kerana kita pernah tertipu dengan taktik yang digunakannya semasa menjadi pemimpin dan taktik sama masih digunakan tapi pendekatan berbeza," katanya.
 
Ahmad Zahid mengulas mengenai dakwaan terbaru Dr Mahathir bahawa beliau disabotaj Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Subang sejurus tiba dari Terengganu, Selasa lalu.
 
Sebelum ini, Dr Mahathir mendakwa pesawat yang sepatutnya dinaiki beliau ke Langkawi disabotaj oleh pihak tertentu.
 
Justeru itu, Ahmad Zahid berharap rakyat di negara ini tidak tertipu dan perlu menolak taktik Dr Mahathir yang hanya sekadar mahu meraih simpati.
 
 

Polis: Jangan percaya video warga Bangladesh pakai topi parti politik

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Polis Selangor menjelaskan rakaman video viral di laman sosial memaparkan sekumpulan warga Bangladesh yang kononnya memakai topi sebuah parti politik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk mengundi di negara ini bagi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei depan adalah tidak benar.
 
Pegawai Perhubungan Media PRU14 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, ACP Nordin Manan berkata siasatan polis sebaliknya mendapati topi biru yang dipakai warga Bangladesh itu memaparkan logo agensi yang menguruskan kemasukan mereka ke negara ini.
 
“Siasatan mendapati mereka tidak memakai topi mana-mana parti politik dan polis juga tidak menerima apa-apa laporan polis berhubung kes viral ini sehingga kini,” katanya dalam sidang media mengenai isu-isu semasa PRU14 di pusat media IPK Selangor hari ini.
 
Nordin menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi maklumat yang tidak pasti kesahihannya, lebih-lebih lagi dalam musim kempen PRU14.
 
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sepanjang tempoh berkempen PRU14 bermula 28 April lepas sehingga semalam, sebanyak 1,074 ceramah politik diadakan di Selangor.
 
Katanya, sejumlah 22 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan kempen PRU14 dibuka dalam tempoh itu iaitu masing-masing 2 kes di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 143/447 Akta Penerbangan Awam, Seksyen 24 Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (7 kes), Seksyen 427/435 Kanun Keseksaan (sembilan kes) dan masing-masing 1 kes di bawah Seksyen 504 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
 
“Polis ingin menasihatkan semua pihak terlibat supaya berkempen secara tertib dan tidak melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
 
“Secara keseluruhannya, situasi keselamatan di Selangor tenang dan terkawal tanpa sebarang insiden menggugat keselamatan berlaku sepanjang tempoh berkempen lima hari ini,” katanya.
 
 

Tian Chua hanya boleh cabar SPR lepas PRU, kata SPR

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhujah menghalang Tian Chua mengambil tindakan undang-undang berikutan penolakan kertas pencalonan beliau untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu dalam pilihan raya umum ke-14 (PRU14) minggu depan.
 
Peguam kerajaan, Amarjeet Singh berkata, naib presiden PKR itu perlu memfailkan petisyen pilihan raya selepas pilihan raya umum diadakan seperti diperuntukkan di bawah Perkara 118 Perlembagaan Persekutuan.
 
“Hanya Ketua Hakim Malaya atau mana-mana hakim yang dilantik oleh beliau berhak mendengar petisyen pilihan raya,” katanya yang memetik beberapa kes undang-undang bagi menyokong pendirian SPR.
 
“Ini undang-undang yang jelas, dan mahkamah mesti mengikutinya,” katanya dipetik FMT.
 
Tian Chua memohon untuk membatalkan keputusan pegawai pengurus bagi kawasan pilihan raya Batu yang menolak borang pencalonannya atas alasan beliau dikenakan denda sebanyak RM2,000 oleh mahkamah bulan lepas.
 
Perbicaraan berjalan di depan Hakim Nordin Hasan. Beliau dijangka memberikan keputusannya esok sama ada Tian Chua layak bertanding.
 
Tian Chua yang memfailkan sebuah afidavit bagi menyokong tindakannya berkata, adalah undang-undang jelas bahawa denda sebanyak RM2,000 tidak membatalkan kelayakan seseorang sebagai calon.
 
Katanya, pada PRU13 2013, pegawai pengurus di kawasan pilihan raya itu telah menerima kertas pencalonan beliau walaupun beliau disabitkan dan didenda sebanyak RM2,000 oleh mahkamah sebelum itu.
 
Peguam Tian Chua, Gurdial Singh Nijar berkata, semua kes undang-undang yang disebut oleh Amarjeet adalah berkaitan dengan cabaran terhadap keputusan pilihan raya.
 
“Kami hanya mempersoalkan status kelayakan Tian Chua,” katanya.
 
Beliau berkata, anak guamnya bukan mencabar tindakan pegawai pengurus pilihan raya itu.
 
 

Kerajaan PKR Selangor gagal tangani isu air Balakong

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Lebih 560,000 penduduk serta pengusaha industrial kecil dan sederhana di Balakong menderita dan terpaksa berdepan dengan krisis air sejak 10 tahun lalu ketika berada di bawah pemerintahan kerajaan PKR Selangor.
 
Calon Parlimen Barisan Nasional (BN) Parlimen Bangi, Datuk Liew Yuen Keong berkata, ramai penduduk mulai bosan dan mengadu mengenai masalah itu yang gagal ditangani kerajaan negeri sejak sekian lama sehingga mengganggu urusan harian mereka.
 
Malah, paling membimbangkan, katanya, loji penyimpanan air di Batu 11, Cheras juga menunjukkan tahap penyimpanan air pada kadar sifar.
 
Selain penduduk, menurut Yuen Keong, Balakong yang merupakan pusat perusahaan kecil dan sederhana antara yang terbesar di Selangor turut terkesan kerana operasi mereka sering terganggu.
 
“Krisis air yang berlaku di Balakong kerap kali berlaku dan kadangkala ia berpanjangan sehingga seminggu lamanya.
 
“Jika rakyat memberi mandat kepada BN, kami bersedia dan komited untuk segera menangani masalah tersebut dengan bekerjasama bersama kerajaan Persekutuan,” katanya dalam sidang akhbar di Pusat Gerakan Pilihan Raya Umum Ke-14 Kampung Baru Batu 11, Cheras di sini, Khamis.
 
Turut sama hadir ialah calon BN Dewan Undangan Negeri Balakong, Ir. Lim Chin Wah.
 
 

Kajian Kajidata menunjukkan BN akan terus berkuasa

$
0
0
THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR- Satu kajian persepsi rakyat terhadap Pakatan Harapan (PH) pada masa ini yang dijalankan oleh Kajidata Research menunjukkan mandat Barisan Nasional (BN) akan diperbaharui pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Temu bual yang dilakukan melalui telefon dari 12 hingga 27 Mac melibatkan 1,021 responden di seluruh negara mendapati 39 peratus daripada responden bersetuju yang BN akan membentuk kerajaan negeri masing-masing berbanding 32.8 peratus bagi PH.

Juga 40.3 peratus daripada responden berpendapat BN akan membentuk Kerajaan Persekutuan, dengan peratus yang lebih kecil (29.9) berpihak kepada PH.

Apabila ditanya parti mana yang akan dipilih mereka jika pilihan raya diadakan keesokan hari, tinjauan mendapati peratusan bagi BN dan PH hampir sama dengan bilangan mereka yang masih tidak pasti untuk memilih pihak mana juga tinggi (40.8 peratus).

Penasihat Kajidata Profesor Syed Arabi Idid yang telah menjalankan banyak kajian berkenaan pilihan raya di negara ini berkata mereka yang masih tidak pasti inilah merupakan pengundi atas pagar yang BN, PH dan PAS sedang berusaha menawan hati mereka.

Lebih kurang 45 peratus daripada responden Melayu berpendapat bahawa sokongan masyarakat itu bagi PH akan meningkat tetapi menurut Syed Arabi, yang juga mantan rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, sama ada akan berlaku tsunami undi Melayu seperti yang dijangkakan oleh pihak tidak dapat dipastikan.

Apa yang menarik, tinjauan Kajidata juga menunjukkan para responden termasuk orang Melayu akur DAP (33 peratus) lebih popular daripada PKR (31.2 peratus) dalam gabungan PH diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) (18.8 peratus) dan Parti Amanah Negara (Amanah) (17.0 peratus).

Sebanyak 64.2 peratus daripada responden juga bersetuju bahawa sokongan masyarakat Cina masih bersama dengan PH dan sokongan mereka khasnya bagi DAP akan meningkat pada PRU14.

Sementara itu, 16.7 peratus daripada responden bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon bagi jawatan perdana menteri selepas PRU14 dengan 13.3 peratus memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bagaimanapun, Datuk Seri Najib Tun Razak (20.5 peratus) merupakan calon pilihan utama bagi jawatan perdana menteri daripada tiga nama itu.

Kajian itu juga menguji populariti beberapa pemimpin lain bagi jawatan perdana menteri termasuk Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Rafizi Ramli, Lim Guan Eng, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir, dan beberapa orang lagi bagi jawatan perdana menteri tetapi para responden tidak menunjukkan minat dengan nama-nama yang diutarakan itu.

Para responden juga bersetuju bahawa agenda reformasi PH menempuh kegagalan ekoran langkah Dr Mahathir mewujudkan kolaborasi bersama PKR. Juga para responden kurang berminat dengan agenda-agenda yang diutarakan dalam manifesto PH kecuali penghapusan GST.

Syed Arabi meramalkan BN akan terus memerintah dengan majoriti mudah, seperti kebanyakan parti pemerintah di dunia sekarang ini. Kekuatan BN terletak pada pengundi luar bandar, satu yang tidak dapat disaingi PH dan dengan itu BN masih mempunyai kelebihan pada PRU14.

Juga, Syed Arabi semasa lawatan dua harinya ke dua buah negeri yang akan menyaksikan persaingan sengit iaitu Kelantan dan Terengganu untuk memerhatikan realiti politik akar-umbi selepas hari penamaan calon mendapati persiapan BN dan PAS lebih teratur dan lancar dalam menghadapi PRU14.

Bagaimanapun, bukan mudah untuk meramalkan keputusan di kedua-dua negeri yang pengundinya rata-rata daripada masyarakat Melayu selain parti-parti yang bertanding juga juga mewakili masyarakat itu yang akan menyebabkan perpecahan undi.

Kajidata merupakan sebuah syarikat penyelidikan pasaran yang mengkhusus dalam mengumpul maklumat balas awam, komersial serta sosiopolitik.– Bernama

MUNAFIK : MAHATHIR FAHAM KE?

$
0
0



Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak layak untuk menghukum seseorang sebagai munafik atau sebaliknya kerana beliau bukanlah ahli agama yang layak berbuat demikian.

Sebaliknya, Presiden PAS itu meminta bekas Perdana Menteri itu merujuk maksud munafik dengan mufti terlebih dahulu sebelum menggelarkannya dengan panggilan terbabit.

“Patutnya saya tak jawab. Biar dia tanya mufti yang tahu agama, apa makna munafik itu… biar munasabah takrifnya,” katanya kepada media selepas program Ceramah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) di Kedah, Rabu malam.

Abdul Hadi berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Mahathir yang menyelarnya sebagai munafik apabila didakwa menjalin kerjasama dengan UMNO.

Sementara itu Abdul Hadi berkata, beliau tidak melabelkan sesiapa sebagai kafir sebaliknya hanya menyebut tentang batas-batas iman dan kufur pada orang Islam.

“Dalam ucapan saya tidak pernah kata si anu, si anu kafir. Yang disebut hanya tentang batas-batas iman dan kufur pada orang Islam, itu sahaja.

“Mereka yang membawa budaya kafir-mengkafir dalam PAS masuk UMNO. Yang mana dalam politik kita tak bermusuh selama-lama, berkawan selama-lama. Cuma kita diajar berkawan ada batas, bermusuh ada batas.

“Kerana suatu hari akan ada perubahan. Sebab itu saya nasihatkan orang PAS kalau berkelahi ada batas, politik matang dan sejahtera,” ujarnya.


TSUNAMI MELAYU TELAH DIRANCANG SEJAK PRU13 – SHAHRIR

$
0
0



Tsunami Melayu yang diuar-uarkan oleh pembangkang dilihat lebih bertujuan untuk memusnahkan institusi Melayu yang telah bertapak berkurun lamanya di negara ini.

Jelas Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Johor Bahru, Tan Sri Shahrir Abdul Samad pembangkang telah merancang tsunami tersebut sejak PRU13 lagi dan sememangnya ia disasarkan ketika pilihan raya umum (PRU) sebagai usaha strategi jangka panjang dalam memusnahkan Melayu.

Beliau yang juga Pengerusi FELDA berkata, tsunami po­­litik yang dirancang pembangkang sebenarnya bermula sele­pas PRU13 dengan serangan kepada badan institusi-institusi Melayu, badan-badan yang penting kepada orang Melayu seperti Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji), Lem­baga Tabung Ang­katan Tentera (LTAT) dan FELDA.

“Dia (pembangkang) serang LTAT, satu institusi yang dekat dengan hati orang Melayu kerana ramai bangsa ini berkhidmat dengan angkatan tentera, (lepas tu) serang pula FELDA, buat tuduhan macam-macam, kata FELDA bankrap dan sebagainya.

“Mereka (pembangkang) se­rang ba­­dan-badan yang ada kepentingan Melayu, maknanya yang dipanggil tsunami ini bukanlah hanya pada PRU sahaja tetapi bermula secara terancang untuk me­nyerang dan memusnahkan keyakinan orang Melayu kepada pemerintah sedia ada de­ngan langkah pertama, menyerang badan atau institusi Melayu,” katanya yang dipetik sebuah portal berita.

Shahrir, yang juga Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru itu berkata demikian ketika mengulas mengenai strategi pembangkang yang pada mulanya dikhabarkan mahu meletak pemimpin besar menentang beliau bagi merampas kerusi Parlimen Johor Bahru.



MAHATHIR KATA HADI MUNAFIK

$
0
0



Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai munafik dengan menuduh parti pembangkang itu bersekongkol dengan UMNO.

“Dulu beliau marah UMNO dan kafirkan parti itu. Sekarang, kata tidak pernah kafirkan (UMNO) pula, sedangkan di Terengganu masih wujud senario itu.

“Kita lihat Abdul Hadi banyak berbohong, mungkir janji dan khianati amanah. Beliau umpan semata-mata untuk undi dengan kata kalau tidak masuk PAS maka kafir,” katanya ketika berucap pada Sesi Santai Negarawan di FELDA Bukit Goh, di Kuantan, pada Rabu.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, Abdul Hadi sebelum ini pernah mengkafirkan UMNO dan turut menjalin kerjasama politik bersama DAP melalui konsep Tahaluf Siyasi.



Mahathir yang juga calon pembangkang di Parlimen Langkawi berkata, Abdul Hadi dilihat menjalin kerjasama dengan UMNO apabila cuba menarik pengundi yang bencikan Barisan Nasional (BN) untuk mengundi PAS pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

“Dengan cara itu, apabila semua yang bencikan Najib (Datuk Seri Najib Razak) undi PAS, secara tidak langsung BN akan menang pilihan raya ini.

“Bila sudah ada kerjasama ini, maka UMNO Islam baliklah, bagi Hadi senang saja nak Islam, tak payah nak bersunat, tak payah syahadah, kata aku masuk parti PAS, maka Islamlah,” katanya.


Kroni Mahathir Bongkar Skandal

$
0
0
 
 

LIHAT VIDEO DI SINI
BAGI generasi yang lahir pada 1990-an, kisah jutawan Melayu kelahiran Kedah ini, Tan Sri Tajudin Ramli mungkin kurang diketahui apatah lagi dijadikan topik perbualan penyokong pembangkang!

Namun, bagi mereka yang pernah merasai zaman pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad pada dekad tersebut, cerita Tajudin pasti diingati sebagai antara ‘drama’ skandal mantan perdana menteri itu dan tidak dapat dilupakan.

Ia menyaksikan gergasi telekomunikasi tempatan, Celcom hampir muflis akibat dipaksa menyelamatkan syarikat penerbangan kebangsaan, Malaysia Airlines (MAS) yang nazak susulan kes forex Bank Negara Malaysia (BNM).

Kisah Tajudin kemudian lenyap ditelan zaman tetapi ekoran tindakan Mahathir, 92, yang kembali semula dalam arena politik tanah air, video temu bual eksklusif hartawan Melayu ini muncul semula dan tular sejak semalam.

Ini mengimbau semula skandal korporat terbesar di negara kita sehingga pernah dibongkar wartawan Australia, Barry Wain menerusi bukunya, Malaysian Maverick pada 2009 yang mendakwa Mahathir ‘songlap’ RM100 bilion.

Klip yang dikongsi melalui media sosial itu memaparkan bekas pengerusi MAS dari 1994 hingga 2001, mengimbas kembali perbualan balik tabir dengan Tun Daim Zainuddin, bekas menteri kewangan yang rapat dengan Mahathir.

Tajudin berkata pernah suatu hari Daim menemuinya dan meminta beliau mengambil alih MAS melalui pembelian 32 peratus kepentingan dalam syarikat berkaitan kerajaan itu sebelum dipaksa berbuat demikian oleh Mahathir.

“Saya cakap dengan dia, kalau nak beli MAS, harga RM3 (seunit saham) lah.” Daim tidak bersetuju dengan tawaran itu, menyebabkan Tajudin menaikkan kepada RM5 seunit, pada jumlah sekitar RM1.1 bilion untuk 224 juta saham.

Tajudin mengingatkan Daim nilai saham MAS di pasaran ketika itu hanya RM3 seunit, pada jumlah sekitar RM600 juta. Beliau diarahkan memegang MAS dengan membeli 32 peratus saham BNM untuk RM1.8 bilion pada 1994.

Malangnya masalah kewangan yang melanda operator udara negara itu menyaksikan kerajaan menerusi Khazanah Nasional mengambih alih MAS pada tahun 2001 dan kemudian dipulihkan sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAB).

“Lebih saya kena bayar itu: RM400 juta. Kerajaan nak pergi berhutang di luar negeri pun, pada masa itu, nak dapatkan RM400 juta, ‘bercalar kaki’ (sukar). Jadi saya bagi RM400 juta dengan kamu juallah pada saya RM5.”

Tajudin kata selepas membuat tawaran pelik tersebut, Daim menemuinya sekali lagi, kali ini dengan pesanan khas daripada Mahathir, perdana menteri ketika itu, meminta beliau membeli juga saham MAS pada harga RM8 seunit.

“Saya diamlah. Saya kata ‘tak boleh beli’. Lepas itu baru keluar: ‘kamu tak boleh kata ‘tidak’ pada PM,” luah Tajudin yang terpaksa membuat pinjaman RM1.79 bilion daripada beberapa bank untuk membiayai pembelian saham MAS.

Kekecohan berlaku tujuh tahun kemudian apabila pihak kerajaan tiba-tiba bertindak membeli kembali saham-saham miliknya pada harga RM8 seunit, mencecah RM1.79 bilion, lebih tinggi daripada nilai sebenar ketika itu.

Bagaimanapun ekoran isu itu mendapat perhatian umum, setahun berikutnya, syarikat pengurusan aset kerajaan, Danaharta, yang ambil alih pinjaman tidak berbayar itu, mahu mendapatkan kembali RM1.6 bilion dari Tajudin.

Beliau kemudian terpaksa melepaskan segala kepentingannya bernilai kira-kira RM700 juta dalam Celcom, syarikat yang kemudian diambil alih oleh syarikat kerajaan, Telekom Malaysia dan kini dikenali Kumpulan Axiata Berhad.

Pada 2005, Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang menyebelahi Danaharta terhadap Tajudin membabitkan RM589 juta. Setahun berikutnya, Tajudin memfailkan tuntutan balas, menuntut relif berjumlah RM13.36 bilion.

Dalam pernyataan tuntutan, beliau mendakwa dipaksa untuk membeli MAS oleh Mahathir dan Daim, dakwaan yang kemudian dinafikan tokoh pembangkang itu dalam buku biografi peribadi, Doctor in the House atau Doktor Umum.

Mahathir sebaliknya berkata Tajudin konon mahu menukarkan sahamnya dalam Malaysian Helicopter untuk saham MAS, dan menambah Tajudin terpaksa pinjam RM1.8 bilion kerana kerajaan bertegas mahu bayaran secara tunai.

“Oleh itu, dia tidak dipaksa untuk membeli saham itu oleh pihak kerajaan tetapi terpaksa banyak meminjam kerana cagarannya yang agak sederhana,” dalih Mahathir dinukil dalam buku tersebut. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

IKRAM Sudah Jadi Parti Politik

$
0
0
 
 


Mohd Luttfi– Sudah Sampai Masanya Ikram Bertukar Menjadi NGO Politik Sepenuhnya.

Dengan begitu ramai calon-calon PRU14 yang terdiri dari ahli-ahli Ikram (dan bekas ahli Ikram), pertubuhan Ikram dicadangkan mengubah status NGO non-partisan kepada NGO-Politik sepenuhnya.

(Saya teringat satu pesanan daripada Saari Sungip kepada ahli-ahli Ikram (ketika itu masih dikenali dengan nama JIM) di Sungai Petani satu masa dahulu supaya ahli-ahhli JIM membuang pendirian non-partisan mereka).

Ini memandangkan Ikram kali ini telah menghantar begitu ramai ahli/pimpinannya untuk bertanding sebagai calon di dalam PRU14 kali ini. Meskipun “memiliki” parti politik sendiri iaitu PAN, nampak gaya (dan malangnya) ahli-ahli Ikram tidak dapat menampilkan kehebatan dan kecekapan mereka berkempen untuk parti sendiri. Ini kerana parti PKR telah menjadi pilihan utama sebagai logo umum pembangkang bagi menentang Barisan Nasional (dan juga PAS).

Adakah ini kali pertama Ikram menghantar calon-calon tajaannya untuk bertanding?

Tidak. Ikram sudah lama menghantar calonnya untuk bertanding sebagai calon, sejak PRU12 lagi.

Dan ada di antara ahli-ahlinya juga sudah berura-ura untuk bertanding atas tiket DAP, sekiranya terdapat arahan dari kepimpinan pusat Ikram supaya berbuat demikian. Ahli-ahli Ikram akan pasti mengikut arahan.

Apakah tujuan dan matlamat penglibatan Ikram dan ahli-ahli Ikram bertanding di dalam pilihanraya?

Jawapannya telah diberikan oleh Presiden Ikram iaitu Dr. Mohd Parid bin Sheikh Ahmad di dalam satu Perutusan IKRAM kepada semua pengundi:

[Nota: Edaran Dalaman ini (Versi Untuk Ahli IKRAM Sahaja) disebarkan semasa PRU13, ketikamana PAS masih bersama di dalam blok pembangkang, yang turut dianggotai oleh parti rasis cauvinis DAP].

Matlamat utama penglibatan PRU13 ialah untuk memastikan:

1. Parti terbaik menguasai majoriti kerusi parlimen serta menubuhkan kerajaan baru yang bertanggungjawab dan berwibawa. Pemegang tampuk pemerintahan adalah satu kedudukan yang paling tinggi dalam Islam, و ية عامة (wilayah ammah). Lantaran itu, ia sepatutnya diserahkan kepada peribadi-peribadi yang layak dan mempunyai القوى ا مين (kebolehan dan integriti).

2. Penegakan sistem dua (2) parti yang kuat, sistem ‘check dan balance’ yang berkesan.

Sekretariat Ulama Ikram, di dalam satu Edaran Dalaman (Versi Untuk Ahli IKRAM Sahaja) bertarikh 19 April 2013 juga telah memberikan beberapa garispanduan mengenai beberapa isu dalam PRU13. Antaranya ialah:-

Adalah sangat perlu untuk kita membezakan antara syakhsiyah tab’iyah (personal entity / ) الشخصية ا عتبارية / dengan syakhsiyah I’tibariyyah (legal entity )الشخصية الطبيعية parti yang didokong oleh calon tersebut.

Dalam memberi pengundian kepada parti, maka hukum asalnya perlu dilihat kepada status parti itu sendiri seperti UMNO/BN parti apa? Begitu juga PKR, PAS, DAP / PR. Maka, hukum mengundi calon Muslim yang baik juga bergantung kepada parti itu sendiri (ideologinya). Begitu juga isu calon Muslim yang menyertai parti yang terang-terang sekular/kafir seperti DAP maka hukum penyertaannya bergantung kepada iktikad (niat dan pegangan) calon tersebut.

Bagaimana pun dalam kes sekarang, DAP bersama dengan PAS dalam konteks T ahaluf al- Siyasi dengan niat dan tujuan yang jelas ke arah maslahah yang lebih besar (dan tidak merugikan Islam).

Maka realiti (waq’i) kita dalam persoalan politik ini ialah adanya dua aliran, dua (2) pakatan parti- parti politik iaitu BN dan PR. Amat menarik dalam PRU ke-13 ini kerana kita dapat menyaksikan yang kita memang berada di antara dua mafsadah (undi BN pun ada mafsadah, undi PR pun ada mafsadahnya) dan dua maslahah (undi BN ada maslahah, undi PR juga ada maslahah).

Dalam mencari jalan penyelesaiannya, kita perlu mengaplikasikan“fiqh muwazanah”(kaedah: mana yang lebih ringan dhararnya dan mana yang lebih berat maslahahnya).

Sekiranya BN dimenangkan, maka kebatilan dan kezalimannya (yang telah terbukti) akan berterusan. Adapun dari segi maslahah, ianya belum pasti.

SekiranyaPRdimenangkan, maka kebaikan dan keadilan yang diperjuangkan (terbukti dengan melihat Negeri di bawah PR sekarang seperti Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor) akan terus diperkasakan. Adapun dari segi mafsadahnya, ianya masih belum pasti.

Kalau realiti yang ada sudah sedemikian. Kita kenalah menjatuhkan pemerintah BN yang kebatilan dan kezalimannya telah terbukti supaya ia tidak berterusan, serta menaikkan kerajaan baru PR yang kebaikan dan keadilannya telah terbukti di semua negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan
– “ الضرر يزال“ :mereka supaya ia diperluaskan keseluruh Negara. Ia berasaskan kaedah fiqh kemudaratan .itu hendaklah diangkat/dihapuskan”

**************

Ini merupakan “fatwa” untuk PRU13. Saya percaya terdapat “fatwa” terbaru atau yang telah di “update” kan berhubung isu yang sama bagi PRU14 sekarang.

Menarik juga diperhatikan antara petikan dari Ucapan Dasar Perhimpunan Ahli Teras 2016 (PAT 2016) Ikram oleh Presiden Ikram, yang antara lain menyebut:

(a) Menutup jurang hasil perpindahan ahli ke AMANAH:
(i) Penyediaan pimpinan pelapis
(ii) IKRAM terus kuat sebagai “vehicle perjuangan” (enjin perjuangan)

(b) Menggerakkan penglibatan politik berkesan – 20% ahli
(c) Meningkatkan penglibatan masyarakat madani (luaran) – 60% ahli

[Saya masih ragu-ragu tentang peratus 20% penglibatan politik berkesan itu, melihat kepada jumlah besar penglibatan ahli-ahli Ikram di dalam PRU14].

Berikut adalah senarai calon-calon Ikram/tajaan Ikram untuk PRU14:

KEDAH
1. N03 Kota Siputeh Dr. Salmee Said
2. P006 Kubang Pasu & N15 Anak Bukit Dato’ Ir Amiruddin Hamzah
3. N12 Suka Menanti Ir Zamri Yusuf
4. N27 Pantai Merdeka Rosli Yusof
5. N32 Kuala Ketil Mohamad Sofee Razak
6. P014 Merbok Nurin Aina Abdullah

JOHOR
1. P144 Ledang – Syed Ibrahim Syed Noh.
2. P150 Batu Pahat – Datuk Mohd Rashid Hasnon
3. P151 Simpang Renggam – Dr Maszlee Malek
4. N4 Kemelah – Dr Sulaiman Mohd Nor
5. N9 Gambir – Dr Faizul Amri
6. N16 Sungai Balang – Na’im Jusri
7. N35 Pasir Raja – Mohd Abrary Ramly

KELANTAN
1. N08 Tanjong Mas – Hafidzah Mustakim
2. N12 Pengkalan Pasir – Dr Mohd Sharani Mohd Naim
3. P024 Kubang Kerian – Dr Abdul Halim Yusof

PAHANG
P. 083 Kuantan – Fuziah Salleh

PERAK
P. 057 Parit Buntar – Mujahid Yusof
P. 067 Kuala Kangsar – Ahmad Termizi Ramli
N16 Kamunting – Dr Hj Mohd Fadhil Nuruddin
N39 Belanja – Yahanis Yahya

SELANGOR
P. 096 Kuala Selangor – Dzulkefly Ahmad
P. 101 Hulu Langat – Hasanuddin Mohd Yunus
P. 108 Shah Alam – Khalid Abd Samad
N. 18 Hulu Kelang – Saari Sungib
N. 20 Lembah Jaya – Haniza Mohamed Talha
N. 29 Seri Sedang – Siti Mariah Mahmud

Belum ada data bagi negeri-negeri Perlis,Terengganu,Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

[Nota: Data-data dan nama-nama di atas akan dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekiranya para pembaca mempunyai maklumat terkini, boleh dinyatakan di dalam ruang komen].

Berapa jumlah wang yang calon-calon Ikram/tajaan Ikram perlu belanjakan atau cari atau sediakan?

Berdasarkan maklumat mengenai PRU13 yang lalu, kos minima yang diperlukan untuk bertanding di dalam sesuatu pilihanraya adalah seperti berikut:

Deposit kepada Pegawai Pengurus:-
* Kerusi Parlimen – RM10,000.00
* Kerusi Negeri – RM5,000.00

[Calon akan hilang wang deposit sekiranya gagal memperolehi 1/8 atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi di kawasan tersebut.]

Deposit untuk membersihkan bahan yang digunakan semasa tempoh kempen:-
* Kerusi Parlimen – RM5,000.00
* Kerusi Negeri – RM3,000.00

Perbelanjaan yang dibenarkan semasa kempen:-
* Kerusi Parlimen – RM200,000.00
* Kerusi Negeri – RM100,000.00

Semua kos ini tidak termasuk lagi segala perbelanjaan yang diperlukan untuk membayar kakitangan, elaun perjalanan, makan minum, penginapan dan lain-lain.

Secara umum, untuk menjalankan pilihanraya, jumlah purata yang diperlukan adalah seperti berikut:-
* Kerusi Parlimen – RM215,000.00
* Kerusi Negeri – RM108,000.00
*****************************

Tentu ramai pembaca tertanya-tanya: dari mana sumber kewangan itu akan diperolehi?

Di kebanyakan negara, perbelanjaan pilihanraya khususnya bagi parti-parti dalam blok pembangkang, dana pilihanraya biasanya datang dari sumbangan korporat atau pihak-pihak yang mempunyai kepentingan untuk menaikkan sesuatu parti politik atau gabungan partii-parti politik tertentu dalam keadaan suasana politik yang dianggap menekan rakyat atau terlalu berleluasa kuasa dan wewenangnya.

Untuk ahli-ahli Ikram, kita tidak boleh menolak kemungkinan semua wang dan dana mereka datang dari tabungan setiap ahlinya sejak kecil.

Ini tentu merupakan satu pengorbanan besar sebagai harga perjuangan parti politik yang lahir dari sulbi sebuah NGO berwajah “Islam”.

“Lawan Tetap Lawan!”

Husam: PAS pernah tolak Nik Omar, Nik Abduh di Chempaka

$
0
0
N Faizal Ghazali
 
   

Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan Husam Musa mendedahkan Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdulllah pernah menolak pencalonan Nik Abduh Nik Abdul Aziz dan abangnya Nik Omar sebagai calon menggantikan bapa mereka, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka pada 2015.

Husam mendakwa penolakan itu dibuat apabila Mohd Amar berpendapat 'orang di Pengkalan Chepa' bersikap 'anti' terhadap bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Malah katanya, disebabkan itu juga Nik Abduh tewas dalam pemilihan Jawatankuasa PAS Kawasan berkenaan.

"Selepas Allahyarham Nik Aziz meninggal dunia, kita pernah cadangkan Nik Omar menjadi calon PRK DUN Chempaka.

"Tetapi perkata itu ditolak kerana orang (PAS) Pengkalan Chepa ini mereka anti Tok Guru Nik Aziz daripada awal lagi," katanya kepada media selepas berceramah di Kampung Dusun Muda, Kota Bharu, hari ini.

Husam yang juga calon HARAPAN DUN Salor dan Parlimen Kota Bharu berkata, cadangan meletakkan Nik Abduh di DUN Chempaka juga dibincangkan pada PRK tersebut.

Namun katanya Mohd Amar menolak keras atas alasan Nik Abduh sudah mempunyai kerusi di Parlimen Pasir Mas.

"Justeru, saya menasihatkan Mohd Amar supaya tidak bercakap bohong bagi mengelak lebih banyak perkara yang terbongkar," katanya.

Terdahulu, Mohd Amar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan membidas kenyataan Husam yang terus menyalahkan PAS apabila tidak memberi peluang kepada Nik Omar untuk bertanding di Pengkalan Chepa.

Mohd Amar berkata, beliau tidak faham adakah Husam tidak tahu cara organisasi, kerana ADUN Salor itu sebelum ini salah seorang yang terbabit dalam pemilihan calon dan Husam sendiri tidak memilih Nik Omar.

"Bagaimanapun hari ini semua perkara dibangkitkan dan menyalahkan PAS," katanya.

Sebagai rekod Nik Omar kini bersama HARAPAN sebagai calon di DUN Chempaka pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei nanti, manakala Nik Abduh menjadi taruhan PAS bagi mempertahankan Parlimen Bachok.


Melaka United (MU) pecat jurulatih, Almeida

$
0
0
 


Jurulatih kelahiran Portugal, Eduardo Almeida menjadi ketua jurulatih kedua dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) dipecat gara-gara prestasi hambar dan mengecewakan yang ditampilkan skuad Melaka United dalam saingan Liga Super musim ini.

Selepas Sathit Bensoh menjadi jurulatih pertama dipecat oleh Kelantan, Februari lalu, kini pula giliran jurulatih berusia 40 tahun itu atas alasan sama selepas mengharungi lapan perlawanan musim ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Datuk Mohd Yusof Mahadi, berkata keputusan 'merehatkan’ Almeida adalah berkuat kuasa semalam dan tugasnya akan digalas sementara oleh pembantu jurulatih.

Semalam, Almeida tidak berada bersama skuad ketika kalah 2-1 kepada Perak dalam saingan Liga Super.

Selepas lapan perlawanan, bekas juara Liga Perdana musim 2016 itu hanya mengumpul sembilan mata, hasil kemenangan tiga perlawanan dan tewas lima perlawanan, untuk menghuni tangga kesembilan daripada 12 pasukan dalam liga.

MU di zon penyingkiran

Selain itu, skuad tersebut hanya mampu menjaringkan sembilan gol dan bolos 15 gol. Mohd Yusof berkata skuad itu tidak mengulangi nasib sama seperti musim lepas apabila berada di zon penyingkiran sehingga terpaksa memecat ketua jurulatih Eric Williams untuk menyelamatkan keadaan.

Beliau mengumumkan status Almeida kepada pemberita pada majlis perasmian Galeri Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka dan penyampaian penyerahan tajaan MUSA yang disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron, yang juga presiden MUSA.

Mohd Yusof, yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), berkata pihaknya telah menerima cadangan nama jurulatih tempatan dan antarabangsa namun ia memerlukan perkiraan faktor kewangan persatuan.

Bagaimanapun, beliau berkata isu ketua jurulatih pasukan itu diharap dapat diselesaikan sebelum jendela perpindahan kedua berakhir pada 10 Jun ini.

Justeru, beliau meminta penyokong MU sabar dan memberi masa kepada pihak pengurusan untuk memperbaiki kelemahan dan masalah dalam memantapkan semula pasukan tersebut.

Sementara itu, Idris berkata tindakan pihak pengurusan MU merehatkan ketua jurulatih itu adalah keputusan terbaik memandangkan prestasi pasukan tidak seperti yang diharapkan.

“Saya kecewa dengan prestasi MU. Tiada istilah telah bermain dengan baik tetapi kalah,” katanya.
-Bernama

Saya masih calon BN untuk jadi MB Johor - Khaled

$
0
0
MALAYSIAKNI

   
PRU14 | Selepas lebih seminggu dalam keadaan ketidakpastian, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin malam tadi mendedahkan BN memilih beliau kekal sebagai menteri besar Johor jika menang di negeri itu.

Keadaan ketidakpastian itu bermula apabila BN pada 23 April mengumumkan Khaled bukan sahaja akan mempertahankan kerusi DUN Permas, tetapi juga bertanding di kerusi parlimen Pasir Gudang pada pilihan raya umum ke-14.

Ini mencetuskan spekulasi bahawa Khaled akan dipindahkan ke pusat dan calon lain, termasuk eksekutif projek Forest City yang turut bertanding, mungkin menggantikannya sebagai calon menteri besar Johor.

"Pada kali ini saya bukan sahaja jadi calon Permas, tapi juga untuk calon parlimen Pasir Gudang.

"Maknanya bukan sahaja saya membawa suara di peringkat negeri, saya juga kalau berjaya di peringkat parlimen, saya akan bawa suara Johor di dalam parlimen untuk disampaikan kepada Kuala Lumpur.

"Dan memang pihak pembangkang melontarkan soalan sama ada di mana saya selepas ini? Saya hanya boleh beritahu saya masih calon BN utk menjadi MB Johor.

"Dari segi parti, saya adalah calon untuk menjadi MB," katanya

Sebaliknya, kata Khaled, Pakatan Harapan yang tidak jelas tentang pendiriannya.

Dengan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassib bertanding di kerusi DUN Gambir dan kerusi Parlimen Pagoh, Khaled bertanya siapakah calon menteri besar pembangkang.

"Apa matlamat Tan Sri Muhyiddin bertanding di Gambir. Adakah dia nak jadi MB? Kalau nak jadi MB, umum jadi MB," katanya.

Khaled mendakwa bahawa keengganan Muhyiddin untuk mengumumkan niatnya itu, mungkin bermakna dia akan kalah di Gambir.

"Kalau dia umum, maknanya dia sudah habis di (peringkat) persekutuan. Orang persekutuan tolak dia, dia terpaksa cari tempat," dakwanya.

Dr M sedia disiasat di bawah akta berita palsu

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
PUTRAJAYA: Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau bersedia didakwa di bawah Akta Antiberita Tidak Benar 2018 atas dakwaan sebar berita palsu berhubung dakwaan pesawat yang sepatutnya membawa beliau ke Langkawi disabotaj pihak tertentu, Jumaat lalu.
 
Bekas perdana menteri, yang juga calon PKR bagi kerusi Parlimen Langkawi untuk pilihan raya umum ke-14 (PRU14), sekali lagi mempertahankan dakwaan adanya percubaan mensabotaj kapal terbang yang sepatutnya beliau naiki ke Langkawi untuk hari penamaan calon, Sabtu lepas.
 
Dr Mahathir, yang juga pengerusi PPBM, berkata kapal terbang tersebut mengalami kerosakan pada bahagian tayar ketika hendak berlepas dari Subang ke Langkawi, sehari sebelum hari penamaan calon.
 
“Pesawat itu rosak pada hari yang kritikal, hari saya nak pergi ke Langkawi. Saya naik kapal terbang beribu kali tak pernah jadi macam itu,” katanya pada ceramah Kebangkitan Rakyat Pakatan Harapan, semalam.
 
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim sebelum ini dilaporkan sebagai berkata Dr Mahathir kini disiasat mengikut Akta Antiberita Tidak Benar 2018 berhubung dakwaan tersebut.
 
 

Wan Azizah dakwa PAS sengaja pecah undi

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
SUNGAI SIPUT: Presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa tindakan PAS meletakkan calon di kawasan bukan majoriti Melayu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) bertujuan memecahkan undi.
 
Beliau berkata tindakan PAS itu memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
 
Sebagai contohnya di Perak, katanya PAS bertanding di kawasan Parlimen Teluk Intan yang pengundi Melayunya 38% daripada keseluruhan 66,487 pengundi Cina (42%), manakala pengundi India (19%).
 
“Manakala di kawasan Parlimen Sungai Siput, PAS juga meletakkan calonnya yang mana pengundi Melayu hanya 33% (daripada 55,002 pengundi), kaum Cina (39%) dan India 21%.
 
“Ini semua adakah untuk memecahkan undi Melayu bagi memenangkan BN?,” katanya dalam sidang media pada program “Santai Petang Bersama Kak Wan” di Felda Lasah hari ini.
 
Parlimen Teluk Intan akan menyaksikan persaingan tiga penjuru melibatkan calon BN selaku penyandang Datuk Seri Mah Siew Keong yang juga presiden Gerakan, Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang bertanding atas tiket PKR dan calon PAS Ahmad Ramadzan Ahmad Daud.
 
Parlimen Sungai Siput pula membabitkan pertembungan empat penjuru antara calon PKR S Kesavan, Ishak Ibrahim (PAS), Datuk Seri S K Devamany (BN-MIC) dan Dr Michael Jeyakumar Devaraj (PSM) yang juga penyandang kerusi itu.
 
 

Dua ditahan di bilik gerakan ada dadah

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan dua lelaki dan merampas ganja dalam serbuan di hadapan bilik gerakan sebuah parti politik di Permatang Pasir, dekat sini malam tadi.
 
Dalam serbuan jam 7.30 malam itu, dua lelaki masing-masing berusia 25 dan 58 tahun juga didapati positif dadah jenis Tetrahydrocannabinol (THC).
 
Sumber berkata sepasukan polis yang melakukan rondaan pada mulanya melihat dua lelaki terbabit bersama enam lagi lelaki berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan bilik gerakan itu.
 
"Hasil pemeriksaan polis menemui 3.4 gram ganja dalam beg hitam yang dipegang suspek berusia 58 tahun yang juga bekerja sebagai pemandu lori.
 
"Siasatan lanjut turut menemui 4.15 gram kanabis dalam poket seluar suspek berusia 25 tahun itu," katanya dipetik BH Online.
 
Sumber berkata, kedua-dua suspek itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
 
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid mengesahkan kejadian dan penahanan dua suspek terbabit.
 
 

Seremban, Rembau, Port Dickson jadi tumpuan kempen PRU14

$
0
0
Mohd Hisham Abdul Rafar, Bernama

   

PRU14 Perjalanan kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14) di Negeri Sembilan setakat ini dilihat terkawal dengan Barisan Nasional (BN) mahupun Pakatan Harapan (PH) memberi tumpuan kepada tiga kerusi Parlimen - Rembau, Port Dickson dan Seremban.

Walaupun sebelum ini Parlimen Rembau tidak dikategorikan sebagai kerusi tumpuan, namun ia berubah selepas insiden calon PKR Dr S. Streram tidak dapat mengemukakan kertas penamaan calon selepas gagal membawa pas calon seperti disyaratkan SPR untuk membolehkannya memasuki pusat penamaan calon, pada 28 April lepas.

Rentetan insiden berkenaan yang memberi kemenangan mudah kepada Menteri Besar sementara Datuk Seri Mohamad Hasan di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, terdapat usaha untuk memujuk masyarakat khususnya kaum India di kawasan itu untuk menghukum BN di peringkat Parlimen Rembau yang ditandingi Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Selain isu DUN Rantau, isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak turut menjadi sasaran pembangkang dalam setiap ceramahnya.

Bagi mempengaruhi pola pengundian di Negeri Sembilan, pakatan pembangkangyang terdiri daripada PKR, DAP, BERSATU dan AMANAH, turut menampilkan tokoh  mereka iaitu Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, penasihat DAP Lim Kit Siang serta Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam beberapa siri ceramah mereka.

Dua lagi kerusi Parlimen yang menjadi tumpuan pada PRU14 adalah Seremban dan Port Dickson yang masing-masing dikuasai DAP dan PKR pada PRU13.

Di Seremban, pertembungan dua calon ‘heavyweight’ iaitu Ketua Pemuda MCA Kebangsaan Datuk Chong Sin Woon dan Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP yang juga penyandang kerusi itu Anthony Loke Siew Fook antara yang menarik perhatian ramai.

Selain Chong dan Loke, Parlimen Seremban turut ditandingi Sharifuddin Ahmad daripada PAS.

Bagi kerusi Parlimen Port Dickson pula yang disandang PKR selama dua penggal sejak 2008, pilihan raya umum kali ini akan menentukan sokongan masyarakat sama ada kepada BN atau Pakatan Harapan. Pada PRU13, kerusi itu dimenangi PKR dengan majoriti 1,579 undi.

PRU14 kali ini juga menyaksikan siri kempen yang dianjurkan semua pihak yang bertanding termasuk PAS yang lebih menjurus kepada kempen skala kecil dengan pendekatan dari rumah ke rumah serta ceramah kelompok, kecuali dua ceramah mega yang dianjurkan PH di Air Mawang, Johol pada 21 April dan Lukut, Port Dickson pada 1 Mei lepas.

Setakat ini, hampir kesemua kawasan bandar di negeri ini dipenuhi dengan pelbagai poster dan bendera semua parti-parti bertanding namun berbeza di kawasan luar bandar di ceruk-ceruk kampung yang hanya terdapat bendera BN sahaja.

Mohamad Pengerusi BN Negeri Sembilan yang juga pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri berkata di Negeri Sembilan tiada kawasan yang dikategorikan sebagai kawasan hitam dengan pihaknya berusaha keras bagi memastikan kesemua kerusi yang dipertandingkan mampu dikekal dan ditawan BN.

“Kalaupun kawasan hitam, kita cuba kurangkan jumlah undi kepada pembangkang. Kawasan Parlimen seperti Seremban, kita nak menang.

"Di Negeri Sembilan perdana menteri dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dah bantu kita cover lebih awal lagi,” katanya sambil menambah BN mampu mengekalkan kemenangan di negeri ini.

Sementara itu, Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan yang juga pengerusi PKR negeri Aminuddin Harun berkata setakat ini kempen yang dilakukan pakatan itu berjalan lancar dan mendapat sambutan.

“PRU14 ini kami sasarkan untuk berjumpa pengundi sehingga 80 peratus dan sekarang kita sudah ditahap 40 peratus. Keadaan ini berbeza ketika PRU13.

"Kami sekarang berusaha keras dan terus mengerakkan semua jentera di setiap kawasan sama ada bandar atau luar bandar.- Bernama


Perak: Perang poster, bendera kurang menyengat

$
0
0
Bernama 

   

PRU14 l Berbaki lima hari lagi untuk kempen pilihan raya umum ke-14 (PRU14), kehangatan kempen pilihan raya di Perak masih boleh dianggap 'suam-suam kuku' sama ada di pihak Barisan Nasional (BN) atau parti pembangkang.

Perang poster dan bendera khususnya di kawasan bandar daripada parti-parti bertanding agak kurang menyengat jika dibandingkan dengan PRU sebelum ini walaupun ia sebenarnya boleh mempengaruhi psikologi pengundi. Keadaan sama dilihat di kawasan pinggir bandar dan luar bandar.

Mungkin merasakan cara kempen itu semakin kurang berkesan, calon-calon parti bertanding dilihat lebih cenderung mengadakan ceramah walaupun dalam skala kecil selain tinjauan mesra di kawasan umum.

Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik, Dasar dan Pengajian Antarabangsa ,Universiti Utara Malaysia (UUM), Md Shukri Shuib berkata perang poster di sesuatu kawasan boleh memberi petunjuk kepada calon dan parti yang sebenarnya mendapat sokongan.

"Dalam mengatur strategi, tidak terlepas daripada poster dan kain rentang. Jika bendera parti bertanding tidak banyak di kawasan terlibat ia menunjukkan kelompok masyarakat menolak parti terbabit.

"Pemasangan bendera oleh jentera parti sebenarnya satu strategi dan isyarat mengenai penguasaan di sesebuah kawasan dan ia perlu diberi perhatian," katanya kepada Bernama.

Berdasarkan pemerhatian, pemasangan bendera serta poster di Parlimen Ipoh Barat dan Ipoh Timor lebih didominasi oleh DAP yang bertanding menggunakan logo PKR memandangkan kawasan itu merupakan kubu kuat mereka.

Walaupun ceramah pembangkang dilihat lebih mendapat sambutan orang ramai, ia bukan penentu kepada kemenangan seseorang calon, demikian kata Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Bacaan perkembangan yang terus positif dan setiap hari menunjukkan tahap sokongan rakyat bagi BN lebih baik daripada jangkaan kita letakkan sebelum ini," katanya.

Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata kempen Pakatan Harapan (PH) di seluruh negara termasuk Perak kini berjalan lancar dan gabungan itu memilih untuk menggunakan media sosial sebagai kaedah berkempen.

"Zaman sosial media ini mengambil peranan yang penting buat Pakatan Harapan," katanya ketika ditemui di Teluk Intan, semalam.

Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi 'berkampung' di Bagan Datuk sebelum hari penamaan calon berlangsung bagi memastikan kerusi Parlimen itu kekal menjadi miliknya buat penggal keenam.- Bernama


Aktivis muda dari Semporna berdepan timbalan ketua menteri Sabah

$
0
0

 
Calon bebas dan ahli DAP Jufazli Shi Ahmad sepatutnya bertanding di kerusi Musa Aman, tetapi pencadangnya menghilangkan diri.





KOTA KINABALU: Aktivis muda dari Sabah, Jufazli Shi Ahmad, menggunakan jenaka pintar untuk kekal bersaing menghadapi calon lebih berpengalaman.

Pengkritik lantang kerajaan negeri itu pada mula bercadang untuk bertanding menghadapi pengerusi BN Sabah, Tan Sri Musa Aman di kerusi negeri Sungai Subaya, atas janji yang dibuatnya 2 tahun lepas.

Akan tetapi pada hari penamaan calon, kedua-dua pencadang dan penyokong beliau tidak dapat dikesan.

“Saya rasa ia memang dirancang untuk mengenakan saya,” katanya kepada FMT.

Namun begitu, Jufazli menganggap kegagalannya mendaftar di Sungai Subaya ada rahmatnya kerana calon daripada Parti Warisan Sabah akan bertanding di situ.

“Warisan ada peluang menang di Sungai Subaya. Pengaruhnya kini berkembang dan BN bimbang tentang kesannya ke atas pengundi,” katanya.

Jufazli bagaimanapun telah bersiap sedia menghadapi apa-apa kemungkinan.

Dengan berbekalkan 3 set borang pencalonan, beliau mengetepikan rancangan untuk bertanding di Sungai Subaya, sebaliknya menyerahkan borang pencalonan di DUN Tanjong Papat di Sandakan.

Beliau berjaya mendapatkan pencadang dan penyokong bagi membolehkannya bertanding sebagai calon bebas di situ.

Beliau akan menghadapi calon BN, Raymond Tan Shu Kiah dan calon DAP Frankie Poon Ming Fung. Tan yang merupakan timbalan ketua menteri Sabah, memenangi kerusi tersebut mengalahkan Poon pada pilihan raya lepas.

Jufazli berkata, Tan tidak memberi banyak sumbangan kepada pengundi di situ dan jarang turun ke lapangan.

Ketika ditanya kenapa beliau bertanding sedangkan beliau ahli DAP, Jufazli berkata beliau mempunyai jenteranya sendiri, selain mahu menunaikan janji untuk bertanding dalam pilihan raya.

Dua tahun lepas, beliau mengisytiharkan akan bertanding menentang Musa Aman di DUN Sungai Subaya dan menggesa penyokongnya mengumpul dana yang dianggarkan berjumlah RM2 juta untuk tujuan itu.

Beliau dilaporkan berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya RM100,000, tetapi mendakwa menerima lebih banyak sumbangan daripada penderma, termasuk RM30,000 yang disumbangkan oleh seorang penyokong baru-baru ini.

“Penderma ini memuji keputusan saya bertanding di Tanjung Papat kerana ia kawasan bermasalah. Lebih 90% penderma membenarkan saya menggunakan dana tersebut,” katanya.

Jufazli yang berasal dari Semporna menjadi terkenal kerana membuat pelbagai tuduhan terhadap Musa dalam laman Facebooknya.

Tahun lepas, beliau ditahan kerana menaikkan klip video ke laman Facebook miliknya menuduh kerajaan kerajaan dan Majlis Perbandaran Tawau bertanggungjawab ke atas kejadian kebakaran yang berlaku di bandar itu.

Jufazli menyertai DAP Jun lepas, tetapi mengisytiharkan akan “bercuti” daripada semua urusan parti untuk mengambil ijazah PhD dalam sains politik di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, ketiadaan Tan di lapangan memberi keuntungan kepadanya. “Kempen kami semakin baik dan saya yakin mendapat undi masyarakat Cina juga,” katanya.

Viewing all 28722 articles
Browse latest View live