Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all 28722 articles
Browse latest View live

Tiga korban nahas dua kenderaan

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KULAI: Tiga maut, manakala tiga lagi cedera selepas dua kenderaan terbabit dalam kemalangan di Kilometer 29.9 Lebuhraya Linkedua, Senai, tengah hari,Selasa.
 
Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Dzulkhairi Mukhtar berkata, kejadian pada jam 12 tengah hari itu mengakibatkan mangsa, Muhammad Assel Habel Akbar, 21, Muhammad Safuan Sazali, 23, dan Mohamad Ridzuan Mohamad, 24, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala serta badan.
 
Katanya, kemalangan turut menyebabkan Nur Syahirah Mohamad Farid, 21, Nur Zaffira Zulkhairi, 25, dan Muhammad Hamirul Ikmal Ishmuddin, 24, cedera dan mereka dibawa ke Hospital Kulai untuk rawatan lanjut.
 
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda Civic dipandu Muhammad Aseel Habel gagal dikawal menyebabkan kenderaan itu terbabas dan melanggar besi tengah pembahagi jalan.
 
"Kereta itu berpusing beberapa kali menyebabkan pemandu dan Muhammad Safuan yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar.
 
"Kedua-dua mangsa meninggal dunia akibat mengalami kecederaan di badan dan kepala," katanya dipetik BH Online.
 
Dzulkhairi berkata, pada masa sama pemandu PERODUA Bezza yang mengekori Honda Civic terbabit, gagal mengawal kenderaan itu lalu terbabas ke kiri jalan dan berpusing serta terbalik ke dalam longkang di kiri jalan.
 
"Pemandunya, Mohamad Ridzuan tercampak keluar dari kenderaan dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya.
 
Menurutnya, kejadian berlaku ketika hujan, selain keadaan persekitaran agak gelap.
 
"Keadaan jalan lurus yang mempunyai laluan dua hala dengan setiap hala mempunyai dua lorong. Setiap lorong dipisahkan garisan putih putus-putus," katanya.
 
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan sehingga menyebabkan kematian.
 
 

Article 4

$
0
0

Roketkini.com

Balik ke asal; pepatah ini mungkin paling sesuai buat Chiong Yoke Kong, 35, calon Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi mempertahankan kerusi DUN N01 Tanah Rata Cameron Highlands pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

Memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains – Biologi Molekular dari Fakulti Sains, Universiti Malaya, anak muda yang mahir menulis dan fasih berbahasa Melayu ini memulakan kerjayanya di sebuah syarikat kajian perubatan di ibu kota.

Bagaimana pun, itu tidak menjadikannya kekok untuk pulang berbakti di kampung halamannya di Cameron Highlands kerana darah petani mengalir dalam tubuhnya.

“Ibu saya berasal dari keluarga petani di Tringkap dan merupakan anak bongsu kesayangan keluarga.

“Walaupun berhijrah ke Kuala Lumpur selepas berkahwin, ibu mengekalkan hubungan baik dengan ahli keluarga di Tringkap,” katanya kepada Roketkini.

Apa yang lebih penting katanya ialah  iltizam dan kesungguhan untuk memastikan perkembangan 
mampan ekonomi Cameron Highlands dan kelestarian alam sekitar kawasan Banjaran Titiwangsa itu.

Beliau ingin membuktikan bahawa politik bukanlah perebutan kuasa tetapi perjuangan untuk menjadikan kehidupan rakyat lebih baik.

Walaupun gelanggang pilihan raya di Tanah Rata ini adalah perlawanan sulung Yoke Kong, beliau bukanlah orang baru dalam arena politik.

Menjelang PRU12 pada tahun 2008, Yoke Kong telah mengambil bahagian dalam pasukan kempen pilihan raya (YB) Teo Nie Ching di Serdang.

Bertitik tolak dari situ, minat dan keazamannya untuk berkecimpung dalam bidang politik semakin membara – perjalanan politik Yoke Kong menjadi semakin jauh dan matang.

Selepas tsunami politik 8 Mac 2008, beliau mengisi kelapangannya mengikuti pemimpin belia DAPSY ke seluruh negara untuk menyelesaikan urusan-urusan parti.

Yoke Kong juga antara individu yang bertanggungjawab menubuhkan cawangan-cawangan parti dan menghidupkan semula bengkel-bengkel pendidikan kefahaman demokrasi.

Keberanian dan kelantangannya menyuarakan kritikan ekoran krisis politik Perak pada tahun 2009 menyebabkan beliau pernah ditahan oleh polis selama empat hari. 

Pada PRU13, DUN Tanah Rata telah dimenangi oleh DAP dengan majoriti 3,144 undi menewaskan calon BN dan Bebas.

Janji dan iltizam Yoke Kong sekiranya berjaya mempertahankan DUN Tanah Rata antara lain melaksanakan langkah untuk menghentikan ancaman dan kemudaratan ke atas kepentingan petani, mendapatkan keadilan isu tanah dana lam sekitar, menaiktaraf sektor pertanian dan menjamin kesejahteraan kehidupan masyarakat orang asli.

Selain itu, kemenangan HARAPAN di Tanah Rata juga akan memastikan isu kesesakan lalu lintas ditangani dengan bijak, memperkasakan keselamatan empangan, mengadakan dialog dengan penduduk dan pihak berkepentingan, membentuk budaya komuniti, memastikan mata pencarian masyarakat setempat dan menawarkan khidmat komuniti. – Roketkini.com


Zahid dedah taktik pembangkang rancang ‘hantar’ Tun M ke hospital

$
0
0
THE MALAYSIAN TIMES
 

Arul Kanda bersimpati dengan Zaid

$
0
0
THE MALAYSIAN TIMES
 


KOTA BHARU: Tindakan Datuk Zaid Ibrahim mengarahkan peguamnya di Australia mengambil kes terhadap ANZ Bank kononnya bagi mendapatkan semula RM2.6 bilion yang didakwa diseleweng daripada dana syarikat 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dilihat cuba mencari publisiti murahan.

Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berkata tindakan Zaid itu juga mungkin akibat kecewa kerana DAP tidak meletakkannya sebagai calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kali ini.

“Saya sebenarnya bersimpati dengan Zaid sebab saya tahu beliau kecewa kerana beliau ahli politik yang tidak berjaya dan dijanjikan untuk dapat kerusi (bertanding pada PRU14).

“Tapi malangnya, DAP mengutamakan calon Cina, jadi pada pendapat saya dia hanya hendak buat publisiti. Saman beliau dah banyak kali dikemukakan termasuk berkaitan 1MDB dan beberapa kali juga ditolak,” katanya.

Arul Kanda berkata demikian kepada pemberita selepas Sesi Pendengaran Awam Barisan Nasional (BN) Parlimen Kota Bharu anjuran Kelab Sahabat N87 Malaysia di Padang Taman Guru, Pintu Geng di sini, semalam.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu Tan Sri Mohamad Fatmi Che Salleh dan Pengarah Komunikasi Strategik Kementerian Kewangan Datuk Lokman Noor Adam.

Zaid dilaporkan mendedahkan peguamnya di Australia bersetuju mengambil kes terhadap ANZ Bank bagi mendapatkan semula RM2.6 bilion yang didakwanya diseleweng daripada dana 1MDB meskipun pihak berkuasa Malaysia menegaskan sebaliknya.

Menerusi blog pada 23 April lalu, Zaid mendedahkan beliau ke Sydney untuk mengarahkan Peguamcara Levitt Robinson meninjau kemungkinan mendakwa ANZ Bank.

Beri peluang Tun M jadi PM sekali lagi – Daim

$
0
0
Muhamad Izwan Mohd Zubit
 
Daim Zainuddin


PENDANG – Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin  secara terbuka menggesa supaya rakyat memberi peluang kepada Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi.

Selepas lama ‘mengunci mulut’ sebelum ini dalam memberi sokongan kepada bos lamanya itu kini beliau membantu kempen Mahathir.

Daim semasa lawatan ke ibu pejabat pembangkang di Pendang berkata, rakyat perlu menyokong Mahathir yang kini berjuang untuk ‘membetulkan’ negara yang didakwanya sudah tersasar jauh landasan.

“Pasal apa dia (Mahathir) balik walaupun umur dah 93 tahun, sudah tentu dia balik ada sebab tertentu.

“Saya minta kali terakhir untuk rakyat menyokong dia (Mahathir) jadi Perdana Menteri balik kerana dia sedang berjuang untuk Malaysia dan demi kepentingan rakyat,” kata beliau hari ini.

Daim berkata, rakyat perlu berkorban kerana Mahathir juga sedang melakukan pengorbanan masa pencennya untuk memastikan masa depan negara terjamin.

“Dia sanggup berkorban, jadi kita pun kena sanggup berkorban,” katanya lagi.

Beliau juga mendakwa hutang kerajaan kini semakin tinggi dan rakyat pula terbeban akibat pengenalan GST yang mengakibatkan kos sara hidup semakin tinggi.

“Dahulu kita dekat 57 tahun tidak ada GST tapi sekarang ini kena GST. Belum beranak kena GST, mati pun kena cukai,” katanya lagi. – MalaysiaGazette


HARAPAN Bukan Miskin Duit Tapi Miskin Ahli – PAS

$
0
0
Ammar Sufian


Harapan miskin ahli

 
Pakatan Harapan (HARAPAN) bukan sebuah parti miskin dari segi dana, namun gabungan itu miskin ahli, kata Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man.

“Bukan parti ia (HARAPAN) miskin (duit) tapi ia miskin ahli, dia tak ada akar umbi,” katanya ringkas dalam sidang media di Marang hari ini.

Tuan Ibrahim diminta mengulas kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa parti itu ‘miskin’ serta tidak mempunyai sumber kewangan bagi menampung perbelanjaan memasang bendera dalam kempen pilihan raya umum ke-14.

Kata bekas perdana menteri itu, keadaan itu berbeza dengan PAS yang didakwa menerima banyak derma daripada pihak tertentu.

Menurut Tuan Ibrahim, PAS memiliki anggotanya yang melakukan gerak kerja bagi memasang bendera atas usaha dan pengorbanan mereka tanpa bergantung sebarang sumber kewangan.

“Untuk makluman ahli parti PAS keluarkan duit sendiri dan beli bendera untuk bahagian atau pun cawangan.

“Sebab itu kita tak ada tempah dari China atau negara luar tetapi ahli parti kita beli dua gulung, tiga gulung dan mana yang mampu beli banyak lagi

“Malah bukan sahaja bendera tetapi dekorasi yang dibuat mengikut kreativiti dan usaha masing-masing seperti wau besar, itu betul-betul dibuat atas kecintaan anggota parti,” katanya.

Sentimen tinggi kalangan ahli

Mengulas mengenai dakwaan bahawa kehadiran banyak bendera tidak menjamin kemenangan, ini jawab Tuan Ibrahim:

“Suatu masa dulu ada yang kata (jumlah) bendera pun kalah macam mana nak menang.

“Tapi sebenarnya bagi kita ini semangat kepada penyokong dan pengundi parti dan saya rasa PAS ini ada sifat lagi kuat ditekan lagi tinggi pengorbanan.

“Dulu kita berdepan dengan BN tapi kali ini dari kedua-dua belah pihak serang kita dan ini menguatkan lagi sentimen ahli parti kita (menjadi) lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu Pengarah Pilihan Raya PAS pusat, Dr Samsuri Mokhtar menempelak HARAPAN berhubung isu itu yang didakwanya bagai duduk di dalam gua.

“Apakah mereka duduk dalam gua masa pilihan raya lepas dengan tidak melihat keadaan yang ada.
“Inilah keadaan yang ada (perang bendera) dan pilihan raya lepas pun macam inilah keadaannya,” tegasnya. Mkini

Pemecatan ahli MCA untuk elak ahli lain terpengaruh - Khaled

$
0
0
MALAYSIAKINI

   

Pemecatan sembilan ahli MCA Johor yang didapati bertanding sebagai calon Bebas serta bertindak sebagai pencadang dan penyokong kepada calon berkenaan baru-baru ini, adalah usaha daripada Barisan Nasional (BN) untuk memastikan tiada lagi ahli-ahli lain akan terpengaruh.

Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dengan pilihan raya yang semakin dekat, MCA dan BN akan melakukan apa sahaja usaha untuk membendung ahli-ahlinya lain daripada terpengaruh dengan tindakan sedemikian.

“Jika ini dapat dibuat, dilakukan maka saya pasti kesan kepada kehadiran beberapa ahli parti yang bertanding sebagai calon Bebas itu dapat dihadkan dan diminimakan.

“Pokoknya, ia juga bukan hendak melihat sama ada, ia memberi kesan dan sejauh mana kesannya tetapi apa yang lebih penting ialah sejauh mana pihak BN termasuklah MCA hendak memastikan bahawa tindakan itu tidak menjejaskan calon parti,” kata beliau kepada pemberita selepas beramah mesra dengan penduduk Rumah Pangsa Laman Tasik, Taman Redang, di Johor Bahru semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemecatan ahli itu yang diumumkan MCA sehari selepas penamaan calon.

Empat daripada mereka ialah Ting Chong Chai dan Lim Yak Hong yang bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa, selain Tee Boon Tsong (Calon DAP DUN Senai) dan Ng Yak Howe (calon DAP DUN Bentayan).

Baki lima lagi ialah Choon Kai Ling, Chew Mui Mui, Ng Lee Chu, Lam Tau Lai dan Thin Meau Guey yang masing-masing bertindak sebagai pencadang dan penyokong kepada calon berkenaan.

Selain mereka, MCA juga memecat tiga lagi ahli di Perak iaitu Chin Kwai Leong dan Chin Kwai Heng yang masing-masing bertanding atas tiket Parti Sosialis Malaysia (PSM) di DUN Menglembu dan Tronoh, serta Yeo Keng Chuan yang menjadi calon PKR di DUN Kulim.

Mohamed Khaled, yang juga menteri besar, berkata pemecatan itu juga disifatkan tepat, wajar dan malah sangat dialu-alukan kerana dapat memberi peringatan kepada ahli-ahli lain bahawa ia adalah satu langkah yang melanggar prinsip dan boleh mengancam parti.

“Ini akan menahan mereka (ahli lain) yang selama ini bersama dengan yang dipecat agar dapat memikirkan antara individu dengan parti, walaupun saya tidak nafikan bahawa ada daripada individu-individu itu (mereka yang dipecat) mempunyai penyokong masing-masing,” kata beliau.- Bernama


Kali ini, siapa bersinar di Kuala Selangor?

$
0
0

 
Kemenangan tipis BN pada PRU lalu mendorong Ahmad Zahid Hamidi memberi peringatan kepada penyandangnya untuk bekerja lebih keras.


Rumah api di Bukit Melawati menjadi mercu tanda Kuala Selangor.


KUALA SELANGOR: Kuala Selangor sinonim dengan rumah api yang dibina sejak zaman British, dan sinaran lampunya memancar sehingga ke hari ini.

Suatu ketika dahulu, cahaya lampu rumah api itu menjadi panduan kepada pelayar Selat Melaka dan menjadi penanda pintu laluan keluar masuk ke perairan Selangor.

Kini, rumah api yang dibuka pada 1907 masih lagi berfungsi dan menjadi tempat untuk mencerap anak bulan bagi menentukan permulaan Ramadan dan Syawal.

Namun, panduan rumah api itu tidak membantu meramal arah politik di sini, menjelang beberapa hari pengundian pada 9 Mei nanti.

Pengundi di sini pernah memilih calon pembangkang, pada 2008, apabila Dr Dzulkefly Ahmad masih bersama PAS.

Calon Parlimen BN Kuala Selangor, Irmohizam Ibrahim (kiri) dan calon negeri Bukit Melawati dari PKR Juwairiya Zulkifli, bertembung di pasar malam Kuala Selangor sewaktu berkempen.

Pada 2013, BN berjaya merampas semula kerusi itu menerusi calon muda, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Pada 9 Mei ini, Irmohizam sekali lagi bertemu Dzulkefly, kali ini sebagai calon Amanah, di samping seorang calon PAS.

Sejak kalah pada 2013, Dzulkefly tidak berhenti berkempen di kalangan penduduk.

Tinjauan FMT mendapati ada kecenderungan pengundi ke arah Dzulkefly, namun masih berbelah bahagi terhadap Irmohizam.

Dzulkefly masih tidak pasti peluangnya kali ini.

“Ketika ini saya fokus kepada pengundi baharu yang pertama kali mengundi dan kawasan yang dahulunya saya tidak dapat undi.

“Rakyat mesti dapat bandingkan antara 5 tahun Irmohizam di Kuala Selangor, dengan saya 5 tahun di Kuala Selangor,” katanya kepada FMT.

Bekas wakil rakyat Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (tengah) berkempen di pasar malam Kuala Selangor, dalam usaha merampas balik kerusi itu.

Bagi Dzulkefly, kawasan “hitam” untuknya ialah di Bukit Badong yang dikenal pasti sebagai kubu kuat penyokong PAS di Kuala Selangor.

“Saya dari PAS dahulu, memang PAS di sana ada kekuatan, tapi kali ini merupakan pilihan raya yang sangat rumit, bukannya satu lawan satu,” katanya.

Irmohizam mempunyai manifesto khusus untuk penduduk di sini, termasuk pembinaan Maktab Rendah Sains Mara di Kuala Selangor serta beberapa pembangunan fizikal yang lain.

“Saya sentiasa terbuka menerima calon dari pihak lawan kerana ini merupakan sebuah negara demokrasi, cumanya dari pertarungan demokrasi ini sudah tentunya saya sebagai anak tempatan Kuala Selangor memahami aspirasi rakyat tempatan,” kata Irmohizam kepada FMT.

Irmohizam menggunakan pendekatan bersemuka dengan pengundi dan menyatakan kaedah ini merupakan amalannya sejak 5 tahun lalu.

“Saya menunjukkan keseriusan diri saya menabur khidmat dan bakti kepada rakyat Kuala Selangor dan dengan kaedah bersemuka ini dan di samping mendengar keluhan rakyat menjadi asas untuk saya berkhidmat,” katanya.

Irmohizam barangkali sedar Kuala Selangor bukan senang dipertahankan.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini meminta supaya Irmohizam memberi tumpuan kepada kawasannya kerana BN pernah kecundang pada PRU 2008.

“PRU12 kita kalah dengan majoriti 862 undi, manakala PRU13 kita menang dengan 460 undi.

“Irmohizam, kerusi ini perlu diberi tumpuan lebih,” kata Zahid.


BN tak kisah dengan calon Bebas mesra Tian Chua di Batu

$
0
0

 
Dominic Lau berkata beliau tetap akan berkhidmat untuk penduduk Batu. 


Gambar Facebook

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai tidak mempunyai masalah untuk berdepan dengan calon Bebas yang berminat meraih sokongan PKR di kerusi Parlimen Batu pada 9 Mei ini.

Ia susulan penolakan pencalonan penyandang kerusi tersebut selama dua penggal, Tian Chua oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ekoran sabitan satu kes mahkamah pada 2013.

Dominic, yang juga naib presiden Gerakan, berkata beliau tidak kisah jika calon Bebas, Datuk V.M. Panjamorthy, 63, atau P. Prabakaran, 22, bertanding atas sokongan PKR selepas permohonan Tian Chua, yang juga naib presiden PKR, untuk mempertahankan kerusi Parlimen Batu ditolak oleh SPR.

“Saya menghormati hasrat calon Bebas jika mahu bertanding atas sokongan PKR kerana Malaysia adalah negara demokrasi,” katanya di Sentul, malam tadi.

Beliau mengulas hasrat calon Bebas untuk meraih sokongan PKR pada PRU14.

Dominic berkata beliau memberi khidmat kepada penduduk di kawasan Batu sejak 8 tahun lalu dan membantu masyarakat di situ menikmati kualiti hidup yang lebih baik menerusi pelbagai inisiatif pembangunan.

“Tidak kira sama ada Tian Chua datang atau tidak, saya masih akan terus melakukan kerja untuk berkhidmat kepada penduduk Batu,” katanya.

Susulan penolakan pencalonan Tian Chua, kerusi Parlimen Batu akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara Dominic, dua calon Bebas dan wakil PAS, Azhar Yahya.

Pada PRU12, Tian Chua menang dengan majoriti 9,455 undi dan pada PRU13, beliau menambah majoriti kepada 13,284 undi.

Calon tampan PPBM menawan hati Bertam

$
0
0

 
Khaliq Mehtab Mohd Ishak muka baru dalam dunia politik tetapi ketampanan dan kebolehan bertutur dialek Hokkien menjadikan beliau kegemaran warga Bertam.


Khaliq sebelum ini tidak berminat dengan politik tetapi menyertai PPBM untuk ‘selamatkan Malaysia’.


BUTTERWORTH: Bertanding buat pertama kali pada pilihan raya umum biasanya sangat mendebarkan, terutama apabila kawasan itu kampung halaman bekas perdana menteri, dan anda pula di pihak lawan.

Bagaimanapun, calon Pakatan Harapan di Bertam, Khaliq Mehtab Mohd Ishaq, 42, dari PPBM berdepan cabaran itu dengan tenang dan sudah pun mengagumkan orang ramai semasa meronda kampung halaman Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Dengan gaya seperti seorang bintang filem, Khaliq memikat masyarakat Cina di kerusi majoriti Melayu itu dengan kebolehan bertutur dalam dialek Hokkien, mungkin lebih fasih berbanding sesetengah ahli politik Cina.

Ketampanan dan kefasihan berbahasa Cina adalah kerana ibu bapanya.

Ibunya berketurunan Cina dan berasal dari Green Lane, Pulau Pinang, sementara arwah bapanya, berketurunan Melayu, dahulu bekerja sebagai jurutrengkas di jabatan kerajaan di Alor Setar, Kedah.

Khaliq beramah mesra dengan pengundi di kedai ubat tradisional Cina dan kedai runcit di pekan lama Kepala Batas.

“Kebolehan menutur dalam dialek Hokkien satu kelebihan buat saya kerana saya dapat berkomunikasi dengan pengundi Cina dan memahami mereka dengan lebih baik,” katanya ketika ditemubual FMT.

Semasa meronda pekan, Khaliq disapa mesra oleh orang ramai, dan bukan sedikit memuji paras rupanya dan ada juga yang mahu mengambil gambar bersama.

Seorang pengusaha kedai ubat Cina tiba-tiba melaung, “Saya akan undi kamu”, sementara beberapa pengunjung yang mengenalinya dari poster yang digantung di lampu jalan, bergegas untuk bersalaman dengannya.

Peguam kes jenayah ini, 18 tahun berkecimpung dalam dunia undang-undang, sebelum ini tidak berminat dengan dunia politik dan tidak pernah menyertai Umno walaupun kakaknya, Azlina Mehtab, pernah menjadi ketua Puteri Umno Pulau Pinang.

Beliau membuat keputusan untuk menyertai PPBM pada Oktober 2016 untuk membawa perubahan.

Khaliq berjanji membantu mereka yang perlukan bantuan untuk memulakan perniagaan.

“Faktor Dr M (pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad) yang membuat saya tersentuh, saya berasa seperti saya perlu lakukan sesuatu untuk menyelamatkan Malaysia.

“Saya memang memandang tinggi Dr Mahathir sebagai idola saya. Itu motivasi saya untuk sertai PPBM,” kata bapa 3 anak itu.

Khaliq mempunyai satu lagi kaitan dengan Dr Mahathir, kedua-dua mereka bersekolah di Kolej Sultan Abdul Halim di Alor Star.

Khaliq akui terkejut apabila dipilih sebagai calon PPBM di Bertam kerana beliau tidak banyak membantu jentera pilihan raya PH di Parlimen Kepala Batas.

Beliau sedar dia masih baru di Bertam yang bukan sahaja kubu kuat BN tetapi juga akan menyaksikan persaingan daripada PAS.

Jalan Padang Kelab di pekan lama di Kepala Batas

“Prinsip saya adalah untuk tidak menyerang musuh lawan secara peribadi. Saya tidak akan merendahkan sesiapa. Saya hanya akan menyampaikan perubahan yang saya mahukan untuk Bertam.

“Saya mahu berpegang kepada nilai budaya Malaysia dan ambil berat tentang hal ehwal semua kaum dan menghormati kepercayaan mereka.

“Pada dasarnya, isu penyatu di Kepala Batas dan Bertam adalah GST. Walaupun ia kawasan separa pedalaman, isu kos sara hidup difahami semua,” katanya.

Khaliq berkata sebagai sebahagian daripada manifestonya, beliau berikrar akan memulihkan bangunan warisan di pekan lama Kepala Batas dan juga membantu mereka yang memerlukan untuk memulakan perniagaan sendiri dan memasarkan produk mereka.

Pada pilihan raya umum ini, Khaliq akan menentang wakil BN, Shariful Azhar Othman yang menyandang kerusi itu selama 1 penggal, dan calon PAS, Mokhtar Ramly.

Menurut daftar pengundi terbaru, DUN Bertam mempunyai 16,621 pengundi di mana 68% Melayu, 23% Cina dan 9% India. Kerusi itu dimenangi BN pada PRU13 dengan majoriti 1,642 undi.

Pemimpin ‘ultra Melayu’ kini disokong Cina

$
0
0

Oleh Kamarul Khairy


Dr Mahathir yang dilabel sebagai 'ultra Melayu' itu kini menerajui kempen PH dan beliau diterima DAP sebagai pemimpin yang akan melakukan perubahan pada PRU14.
 
 
 
Gambar Twitter


Mungkin kita lupa untuk membuat sedikit penelitian mengenai siapa yang digelar “ultra Melayu” dan menyerang Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman pada 1969.

Mengutuk PM ketika itu sebagai menuruti semua kehendak kaum Cina dan meminggirkan Melayu. Menuduh PM sebagai punca 13 Mei 1969 atas sikap bertolak ansur dengan kaum Cina.

Siapa pula yang menulis dalam sebuah buku berkata: “Malays were the ‘rightful owners of Malaya,’ and other races should only be citizens through ‘conditional’ Bumiputera consent”.

Siapa yang sebenarnya taksub pada pendekatan perjuangan bangsa, memastikan kaum Melayu menjadi dominasi menyeluruh dan menolak sebarang toleransi dalam membicarakan mengenai orang Cina. Apa sebenar yang dimaksudkan “ultra Melayu” dan siapa yang dirujuk sebagai “ultra Melayu”.

Tidak lain dan tidak bukan, orang yang diklasifikasikan sebagai “ultra Melayu” hari ini sedang berusaha meruntuhkan Umno.

Orang ini bersekutu dengan pembangkang termasuk DAP. DAP yang dikenali sebagai “cauvinis Cina”, hari ini membela orang tersebut sebagai salah satu senjata untuk menghancurkan Umno.

Orang yang menuduh Tunku Abdul Rahman sebagai pengecut, tunduk pada kehendak Cina dan menyatakan Malaya ini adalah hak orang Melayu dan kaum yang lain hanya menjadi warganegara melalui persetujuan orang Melayu adalah Tun Dr Mahathir Mohamed, pemimpin mereka.

Sekiranya dilihat – tidak ada kepimpinan Melayu sebelum beliau yang nampak “ultra Melayu” dan secara terbuka menuntut hak keseluruhan negara ini sebagai hak orang Melayu dan yang lain hanya bersyarat.

Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn – tidak dilihat sebagai anti kepada perkembangan orang-orang Cina di Malaysia.

Hanya Dr Mahathir yang lahir dengan sentimen “ultra Melayu”. Beliau dalam buku “Dilema Melayu”, amat jelas sikap “ultra Melayu” dan semasa pemerintahannya, DAP adalah target kritikan sebagai parti Cina yang bertunjangkan – PPP – Lee Kuan Yew.

Bagaimana pula hari ini, DAP boleh menerima Dr Mahathir dan menuduh Umno mempergunakan soal perkauman sebagai senjata politik utama. Bukankah ini adalah hasil didikan indoktrinasi Dr Mahathir yang memerintah selama 22 tahun. Adakah Dr Mahathir sudah tidak lagi “ultra Melayu” apabila bukan lagi dalam Umno.

Kita perlu sedar sebenarnya yang berada di kem pembangkang, yang menerajui usaha menjatuhkan Umno adalah orang yang paling banyak membicarakan mengenai perkauman. Orang inilah yang memperjuangkan khusus hak Bumiputera dan beliau adalah orang yang dikatakan “ultra Melayu”.

Mungkin dengan gelaran beliau “ultra Melayu” maka gabungan dalam Pakatan Harapan (PH) merasakan peralihan pengundi Melayu akan menyeluruh kalau kepimpinan “ultra Melayu” ini bergabung sama untuk menjatuhkan BN/Umno.

Adakah kita tidak sedar dalam melihat senario ini secara meluas – PH adalah gabungan yang mempunyai pecahan matlamat yang berbeza.

Apa pun hari ini, orang yang dilabel sebagai “ultra Melayu” menerajui kempen PH untuk PRU14. Beliau diterima oleh DAP khususnya sebagai kepimpinan yang akan melakukan perubahan pada PRU14.

Persoalan beliau “ultra Melayu” tidak lagi diambil dan diingati, mungkin kerana matlamat yang lebih besar. Sama seperti PKR yang hari ini dengan matlamatnya, DAP dengan matlamatnya dan Dr Mahathir dengan matlamatnya, bersama-sama mahu menumbangkan BN/Umno untuk merealisasikan hasrat masing-masing dan kehendak tersendiri.

Apa pun hari ini “ultra Melayu” disokong oleh majoriti orang Cina.

Tsunami Melayu dalam dilema

$
0
0

 
Perubahan Melayu yang diimpikan oleh Dr Mahathir minggu depan kelihatannya sangat bergantung kepada diagnosis 7 'penyakit' Melayu yang beliau jelaskan 48 tahun lalu.
 
 
 



Pada 1970, Dr Mahathir Mohamad menulis sebuah buku bertajuk “The Malay Dilemma”. Edisi bahasa Melayu muncul pada 1982, diterjemahkan oleh Ibrahim Saad.

Kita tidak dapat menafikan, buku tersebut mempunyai pelbagai wacana yang boleh diperdebatkan benar salahnya.

48 tahun kemudian, Dr Mahathir yang kini bertanding untuk pilihan raya umum ke-14 sedang berdepan semula dengan beberapa muatan yang pernah diutarakan dalam “Dilema Melayu”.

Untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh kenyataan ini, saya akan menurunkan beberapa pandangan umum Dr Mahathir mengenai orang Melayu pada waktu itu.

Pertama, Dr Mahathir dalam Dilema Melayu menghujahkan bangsa Melayu bersikap acuh tidak acuh. Dalam hal ini orang Melayu pernah dianggap beliau sebagai tidak mampu bersaing, dan malah bersikap tidak peduli.

Sikap acuh tidak acuh dan sambil lewa ini merupakan antara sebab orang Melayu terkebelakang, tulis beliau, “di samping perasaan tidak suka menghadapi kenyataan hidup yang penuh cabaran, terdapat juga sikap tidak peduli yang sudah lazim di kalangan mereka”.

Kedua, masyarakat Melayu juga didakwa sebagai bangsa yang statik, khususnya masyarakat Melayu di luar bandar.

Dalam tahun 1970, orang Melayu lebih banyak menghuni di kawasan pedalaman, dan terhindar dari proses urbanisasi yang menuntut mereka cergas, berpengetahuan dan berubah. Akibatnya mereka lebih selesa untuk tidak melakukan apa-apa.

Dr Mahathir menulis: “Pentingnya proses urbanisasi dalam kemajuan sesuatu masyarakat terletak kepada organisasi kompleks yang terdapat di bandar-bandar dan di pekan-pekan. Ini menyebabkan penduduk bandar lebih cergas dan berpengetahuan.

“Sebaliknya, penduduk-penduduk luar bandar menjadi terpisah daripada pengalaman-pengalaman ini dan mereka terikat dengan pola hidup lama yang menjadi ciri kehidupan di luar bandar. Tingkat pengetahuan mereka lebih rendah dan keupayaan untuk berubah adalah terhad.”

Ketiga, Dr Mahathir seterusnya menegaskan bangsa Melayu mempunyai satu lagi ciri yang jika tidak diberi perhatian boleh mengakibatkan kesusahan. Ciri yang dimaksudkan itu adalah semberono yang kita kenali sebagai “amuk”.

Meskipun amuk ini dianggap sesuatu yang ekspresif oleh beliau, ia masih lagi sebuah aksi yang “membabi buta” dan satu tindakan yang memutuskan sejarah lalu dan meletakkan masa hadapan dalam keadaan yang kabur:

“Amuk merupakan curahan perasaan jasmaniah mengenai konflik yang terdapat di dalam diri orang Melayu yang timbul disebabkan pematuhan yang terus-terusan terhadap undang-undang dan peraturan dalam kehidupannya.

Mengamuk merupakan akibat daripada kegetiran dalam hatinya yang meluap-luap dan melimpah ruah. Mengamuk merupakan putusnya ikatan yang mengikatnya. Itulah pelepasan diri yang terakhir dan yang selengkapnya dari segi latihan dan pertimbangan akal fikiran.

Tekanan dan kongkongan terhadap dirinya telah dilepaskan, maka dia sudah tidak mempunyai tanggungjawab lagi. Tidak ada suatu apa yang penting. Dia bebas lepas. Ikatan dengan masa lampau sudah putus dan masa depan tidak mempunyai apa-apa makna. Yang pentingnya hanyalah sekarang.

Dengan pengertian biasa dia naik darah. Dalam keadaan tidak sedarkan diri itu dia menyerang secara membabi-buta.”

Perenggan di atas menunjukkan Dr Mahathir menanggapi amuk sebagai sesuatu yang negatif, dan beliau malah menyatakan proses untuk orang Melayu benar-benar mengamuk itu “tersangat perlahan” dan orang Melayu “mungkin akan mati sebelum pergolakan dalam dirinya itu meletus”.

Keempat, sejak 1970 lagi, Dr Mahathir sudah mengenal pasti bangsa Melayu sebagai bangsa yang suka memberi perhatian kepada hal-hal trivia.

Dalam hal ini orang Melayu lebih suka hal remeh berbanding pengisian. Dr Mahathir dikutip sebagai menulis: “Dalam tatasusila tingkah laku Melayu rupa bentuk lebih penting dan lebih disukai daripada isi kandungan yang sebenarnya.”

Kelima, Dr Mahathir juga menulis bahawa orang Melayu adalah sebuah bangsa yang sangat pasrah. Beliau merujuk perangai Melayu ini sebagai “kepercayaan kepada takdir”, yang menyebabkan orang Melayu ini satu bangsa yang “serba mungkin”.

Oleh sebab itu, baik dan buruk “diterima dengan sikap toleran dan sabar sahaja tanpa membantah”.
Sikap pasrah yang negatif ini “tidak menggalakkan usaha besar untuk mengadakan perubahan, kepercayaan ini tidak memberontak”.

Keenam, orang Melayu juga menurut pendapat Dr Mahathir adalah bangsa yang “tidak tegas” justeru “tiada keberanian dan kesanggupan”.

Bekas perdana menteri Malaysia dan calon perdana menteri Pakatan Harapan ini mengarang dalam tahun 1970 sebuah buku untuk menyelar sikap tidak tegas ini: “Ketegasan pendirian untuk melanggar, atau berundur atau untuk bertahan yang dipengaruhi oleh pemahaman yang jelas mengenai sesuatu keadaan, sebagaimana diterangkan oleh Plato, bukanlah sebahagian daripada keperibadian Melayu,

 Sesungguhnya ketegasan sama sekali bukanlah sifat orang Melayu. Oleh sebab itu jenis keberanian yang memerlukan ketegasan dan memegang teguh kepada prinsip jarang ada di kalangan orang Melayu.”

Ketujuh, Dr Mahathir mengharapkan feudalisme yang berfaedah atau feudalisme yang “memudahkan perubahan”. Dalam hal ini “feudalisme positif” yang mana Dr Mahathir merujuk bagaimana raja-raja Melayu menganut agama Islam dan membawa sama seluruh umat Melayu untuk berubah, pernah sahaja berlaku.

Namun beliau juga mengingatkan dalam Dilema Melayu bahawa dalam masyarakat feudal, “jika pemimpinnya gagal, maka tiadalah harapan lagi bagi rakyat jelata”.

Tujuh ciri ini antara lain dapat dikutip dan dibaca dengan jelas di dalam karya Dr Mahathir tersebut. Sikap atau ciri ini dirumuskan sekali lagi adalah, bangsa Melayu itu:
  • acuh tidak acuh
  • statik
  • semberono
  • remeh
  • pasrah
  • tidak tegas
  • berfeudalisme negatif
Beliau menyatakan, jika orang Melayu dapat mengatasi ciri-ciri atau “penyakit” ini, maka perancangan mengubatinya “adalah mudah sekali”.

Tiada malu kolektif

Sekiranya kita mengambil 7 poin di atas sebagai kerangka dan kayu ukur untuk menentukan sama ada orang Melayu masih atau sudah keluar dari perangkap dilemanya, maka 7 hal yang disebutkan oleh Dr Mahathir di atas pada 1970 akan menjadi penentu ada atau tidaknya tsunami Melayu dalam pilihan raya umum minggu hadapan.

Perubahan Melayu yang diimpikan oleh Dr Mahathir pada 2018 kelihatannya sangat bergantung kepada diagnosis atau gejala yang beliau sendiri kesani pada tahun 1970.

Oleh sebab kita sudah mengenali gejalanya, apakah namanya penyakit ini?

Penyakit ini dinamai “penyakit watak tertawan”.

Penyakit ini terjadi oleh antara lain bakteria jahat yang pernah disebutkan oleh Profesor Syed Hussein Alatas dalam sebuah tulisannya yang kurang dikenali orang, “Watak Tertawan di Negara Membangun”.

Alatas dalam makalah itu mengeluh betapa tiada dalam kalangan bangsa Melayu “perasaan malu secara kolektif”.

Malu ini harus ada bukan sahaja pada kekotoran persekitaran tetapi juga pada kekotoran secara rohani: “…Jika perasaan malu kolektif itu hidup, ini akan memberikan pengaruh yang besar kepada pihak perancang dan mereka sendiri akan terpengaruh oleh rasa malu itu.

“Misalnya, seorang pegawai berjawatan tinggi pergi ke pasar, dia tidak akan mencuri di pasar kerana dia berasa malu. Namun, dia tidak berasa malu untuk mencuri atau menggelapkan wang kerajaan melalui rasuah. Dia juga tidak malu negaranya dilanda rasuah.

“Perasaan malu yang kolektif ini yang perlu dibangkitkan, dibicarakan, dan diulas secara berterusan sehingga menjadi penggerak masyarakat. Malangnya perasaan malu seperti ini tidak ditunjukkan oleh watak tertawan.”

Alatas, turut membangkitkan perihal kebertanggungjawaban. Menurut beliau, telus sahaja tidak memadai untuk orang Melayu. Ketelusan itu bertujuan moral dan ia berkait rapat dengan masalah rasuah, dan “penyelewengan berfikir” yang disogokkan demi mempengaruhi pemikiran.

Alatas menyatakan hanya kemerdekaan dapat mengeluarkan kita dari penyakit “Watak Tertawan” ini.

Ubat Doktor Mahathir

Pada 2002, Dr Mahathir melakukan inisiatif untuk merawat penyakit Watak Tertawan ini dalam konferens “Isu dan Proses Pembukaan Minda Umat Melayu Islam.

Satu-satunya penawar yang ada untuk umat Melayu ini adalah “minda yang terbuka”. Hanya minda yang terbuka dapat menjadi ubat dan pembalik kepada minda tertawan.

Sebagai doktor, Mahathir menyatakan: “Minda yang terbuka ialah satu sikap yang baik yang perlu dimiliki oleh orang Melayu Islam. Namun minda yang terbuka harus disampingi oleh keupayaan menilai dan memilih yang jernih dan membuang yang keruh. Yang benar dan nyata harus diakui walaupun pedih dan yang benar dan nyata harus memandu pemikiran yang terbuka.

Akhirnya perubahan perlu diterima jika minda yang terbuka hendak dihasilkan nikmat, termasuk perubahan budaya bangsa tanpa menghilangkan identiti bangsa.”

Keberkesanan reaksi ubat Minda Terbuka inilah yang akan menyaksikan sama ada wujud atau tidak tsunami Melayu, untuk melerai diri dari “Watak Tertawan”.

Apa yang menggoncang perasaan adalah, Dr Mahathir sendiri terpaksa menelan ubat pahit “Minda Terbuka” ini demi merawat penyakit “Watak Tertawan”.

Namun demikian, apakah penyakit ini dapat disembuhkan atau terus membusung menjadi kanser yang membarah dan sudah berada di tahap kritikal hanya akan dapat ditentukan pada 9 Mei 2018.

Oleh sebab itu kita dapat mengatakan, ini adalah eksperimen klinikal paling nekad dan penuh dilema daripada seorang doktor kepada pesakitnya.

*Faisal Tehrani adalah nama pena Dr Mohd Faizal Musa dan penulis 7 buku yang diharamkan kerajaan Malaysia

Daim kempen HARAPAN sebab bantah akta antiberita palsu

$
0
0
Annabelle Lee
   
PRU14 |Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin secara rasmi terlibat berkempen untuk Pakatan Harapan (HARAPAN) menjelaskan sebab beliau berbuat demikian.

"Saya tidak bersetuju dengan persempadanan semula (SPR), saya tidak setuju dengan akta Antiberita Tidak Benar, saya fikir ia tidak perlu.

"Saya telah menasihati kerajaan, 'tolong jangan berbuat demikian, kita sudang ada terlalu banyak masalah, kenapa cipta lebih banyak lagi masalah, orang ramai sudah pun marah kepada kami'.

"Rakyat Malaysia dapat berfikir secara waras, jika anda akui kesilapan mereka akan menerimanya.

"Tetapi jika kamu menafikannya dan menggunakan undang-undang untuk memanipulasi, mereka akan berkata mesti ada sesuatu yang tidak kena," beliau memberitahu pemberita selepas berkempen untuk calon Lembah Pantai Fahmi Fadzil di PPR Kerinchi, Kuala Lumpur malam ini.

Akta itu membawa hukuman penjara sehingga enam tahun atau denda RM500,000 atau kedua-duanya sekali.

Hari ini polis mengesahkan sedang menyiasat Tun Dr Mahathir Mohamad bawah akta itu berikutan mendakwa jet yang sepatutnya dinaiki Jumaat lalu telah disabotaj.

Mengulas perkara itu, Daim mempersoalkan bagaimana polis menentukan dakwaan Mahathir itu sebagai berita palsu.

"Bagaimana anda boleh kata ia berita palsu sedangkan tayar (kapal terbang) ada masalah? Kapal terbang bukan macam basikal atau kereta...nyawa anda di tangan juruterbang.

"Sukar dipercayai mereka mahu siasat Mahathir (berhubung isu ini)," katanya lagi.

Beliau juga mempersoalkan kepakaran polis dalam soal penerbangan.

"Biasanya bukan polis, (siasatan) sepatutnya diketuai oleh Pihak Berkuasa Penerbangan Awam. Ini bawah bidang kuasa mereka," katanya.

LIHAT VIDEO DI SINI


Ezam isytihar sokong Azmin, imbas kenangan Reformasi

$
0
0
Alyaa Alhadjri

 
    PRU14 | Datuk Ezam Mohd Noor bukanlah asing dengan gerakan Reformasi selepas meninggalkan Umno buat kali pertama pada 1998 dan menjadi salah seorang pengasas Parti Keadilan Nasional, nama asal PKR.

Ezam kemudian keluar PKR dan kembali menyertai Umno. Kebelakangan ini, beliau yang kini menjadi pengerusi Hisbah Centre for Reform kembali mendekatkan diri dengan parti itu.

Dalam ceramah Pakatan Harapan (HARAPAN) di Taman Medan malam tadi, Ezam mengisytiharkan sokongan penuhnya terhadap Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri besar Selangor.

"saya hadir malam ini untuk memberi sokongan penuh kepada Azmi kerana saya mahu menjadi rakyat Selangor yang bertanggungjawab.

"Tugas kita adalah menyokong seorang menteri besar yang berkerja keras dan penuh komited.

"Jangan sokong menteri besar rasuah," katanya disambut sorakan kira-kira 1,000 hadirin.

Ceramah itu turut menampilkan Azmin serta calon HARAPAN bagi kerusi DUN Taman Medan, Seri Setia, Bukit Gasing dan kerusi Parlimen Petaling Jaya.

Namun Azmin hanya tiba di ceramah itu selepas Ezam selesai berucap dan beredar.




Dalam ucapannya, Ezam berkata selaku anak jati Selangor sudah menjadi tugasnya mempertahankan menteri besar sementara yang bersungguh-sungguh membangunkan negeri.

Beliau bagaimanapun mengakui terdapat perbezaan pandangan antara mereka berdua.

Menjadi penceramah pertama dalam progarm itu, Ezam mengimbas kembali kenangan menjadi antara pemimpin awal PKR yang melafazkan sumpah keramat di Taman Medan.

Dua puluh tahun berlalu sejak peristiwa itu dan malam ini Ezam kembali di pentas pembangkang.

Bekas anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof yang turut berucap turut mengimbas kenangan sama, bagaimana Taman Medan menjadi antara tempat bermulanya gerakan Reformasi.

"Anda semua ingat Ezam?" tanya Yusmadi dan dibalas sorakan hadirin.

"Perjuangan kita bermula di sini, di Taman Medan," kata Yusmadi.

Bertaubatlah Ayoh Chik, pesan Miqdad

$
0
0
N Faizal Ghazali

   
 
PRU14 | Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang disarankan oleh anak saudaranya sendiri supaya segera "bertaubat".
Kenyataan dibuat Miqdad Zakaria itu dibuat ekoran analogi digunakan Abdul Hadi dalam warkah terbukanya kepada anak-anak bekas pemimpin PAS yang kini tidak lagi bersama parti itu.

Didahului dengan ucapan maaf, kata Miqdad, analogi Abdul Hadi yang memetik peristiwa anak Nabi Nuh yang kufur kepada Allah adalah salah sama sekali untuk menggambarkan kedudukan sebahagian anak-anak bekas pimpinan PAS yang keluar daripada parti itu.

"Minta maaflah, saya terpaksa sebut analogi Ayoh Chik (Abdul Hadi) bawa ini benar-benar salah dan bercanggah dengan agama Islam.

"Sebab dia, (kita) duduk dalam sistem demokrasi, dalam parti, (jadi) bila seseorang keluar parti diibaratkan (pula) seperti tukar iman dan menjadi kufur.

"Itu salah dan Ayoh Chik perlu taubat kepada Allah.

"Saya sendiri doakan agar Ayoh Chik panjang umur, sempat bertaubat minta ampun dengan Allah serta semua orang yang pernah Ayoh Chik kata macam-macam," katanya kepada Malaysiakini di Kota Bharu, malam tadi.

Sebelum itu Miqdad hadir menyampaikan ceramah di pusat daerah mengundi (PDM) Mulong di dewan undangan negeri (DUN) Salor.

Bukan kerana benci

Beliau berkata demikian sebagai mengulas surat terbuka ditulis Abdul Hadi semalam khusus kepada anak-anak pemimpin parti itu yang meninggalkan "perjuangan" bapa masing-masing

Menurut calon PAS bagi parlimen Marang itu, mereka perlu membaca al-Quran dan bukannya asyik "membelek Facebook" sekali gus wajar segera meninggalkan bahtera Pakatan Harapan (HARAPAN).

"Sepatutnya anak-anak pemimpin PAS tidak bersama bahtera HARAPAN yang nakhodanya Tun Dr Mahathir Mohamad dan pembantunya yang menebuk bahtera BN sehingga menjadi bocor dimasuki air dan juga sangat membahayakannya.

"Maka PAS tidak bersama BN dan tidak juga HARAPAN," katanya.



"Al-Quran mengisahkan anak Nabi Nuh yang memperlekehkan bahtera ayahnya, dan lebih yakin kepada bukit yang dapat dilihat gagah boleh menyelamatkan daripada taufan terbesar, maka bahtera ayahnya ditinggalkan.

"Apa yang menarik bahtera HARAPAN mengumpulkan kumpulan DAP yang antiislam secara terbuka.

"Pemimpin utamanya pula pemikir pemutar alam yang dilihat bijaksana tanpa bijaksini, lebih memenangkan akal terhadap nas al-Quran dan tidak yakin kepada kitab-kitab hadis seperti Sahih Bukhari, Muslim dan lain-lain, serta tidak percaya kepada para ulama dalam perkara politik," kata Abdul Hadi lagi.




Sementara itu, Miqdad yang juga ketua Parti Amanah Negara (AMANAH) Marang berkata, nasihat kepada bapa saudaranya itu bukan dibuat kerana perasaan benci, sebaliknya atas dasar kasih sayang.

"Hentikan hal-hal yang mempertikaikan akidah orang kerana parti.

"Bermain (aktif) parti ini patutnya secara subur dan baik. Masing-masing bawa manifesto, cara mentadbir dan kebaikan masing-masing.

"Ayoh Chik jangan halang orang nak buat kebaikan seperti mana orang lain tak halang PAS nak buat kebaikan, jadi bersaing secara baik," jelasnya.



Kenapa Pakar Startegik DAP Suruh SPR Potong Gambar Tun M

$
0
0
 AIDCNews




KUALA LUMPUR – Ramai yang melenting, maki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana bertindak memotong wajah Tun Mahathir Mohamad yang dipaparkan pada papan iklan calon Parlimen Ayer Hitam, Liew Chin Tong dan calon DUN Yong Peng, Chew Peck Choo.

Rata-rata menyalahkan SPR, kononnya zalim kerana memotong wajah Tun Mahathir yang dipaparkan di tengah-tengah dengan diapit oleh Chin Tong dan Peck Choo.

Ada juga mempersoalkan mengapa tidak diturunkan sahaja papan iklan tersebut jika benar-benar ia melanggar peraturan dan undang-undang.

Satu rakaman video yang viral menceritakan apa sebenarnya berlaku.

Rakaman video itu menunjukkan Chin Tong yang sebenarnya meminta wajah Tun Mahathir dipotong apabila pihak berkuasa mahu menurunkan papan iklan tersebut.

Dipercayai taktik yang sama digunakan DAP di seluruh negara semata-mata untuk meraih simpati dan undi Melayu. – theRakyat

LIHAT VIDEO DI SINI

Dr Aziz Bari Dakwa 100 % Pengundi Melayu-Islam Undi Calon DAP

$
0
0
 
 



Calon DAP DUN Tebing Tinggi, Dr Aziz Bari mendakwa 100 peratus pengundi Melayu-Islam menyokong calon Pakatan Harapan (PH) pada PRU 14, 9 Mei ini.

Beliau berkata demikian dalam satu kempen ceramah berdasarkan dapatan temu bualnya bersama pengundi di surau At-Takwa, dalam DUN Tebing Tinggi, Perak yang ditandinginya.

LIHAT VIDEO DI SINI

SU politik Azmin jadi mangsa SMS palsu

$
0
0

 Shuhaimi


KEADILAN DAILY


Calon Pakatan Harapan Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis, Shuhaimi Shafiei menjadi mangsa godaman telefon apabila nombornya digunakan untuk menghantar SMS palsu.

Menurut Shuhaimi, SMS itu menawarkan wang kepada pengundi yang hadir ke program Harapan di Taman Seri Andalas semalam.

Kandungan SMS tersebut adalah seperti berikut:

“Ceramah umum PKR untuk DUN Sg Kandis oleh MB Selangor. Jam 9 malam di Pusat Rakan Muda Taman Seri Andalas.

“Makan minum dan elaun kehadiran disediakan RM100.”

Shafiei berkata SMS berkenaan meawarkan ‘elaun kehadiran’ yang berbeza buat sesetengah penerima – RM1000 dan USD$100.

“Saya dapat panggilan daripada pengundi. Ada yang tanya bagaimana mereka boleh mengutip wang itu, ada juga yang rasa Harapan tak akan buat hal seperti itu,” katanya.

Shuhaimi tidak pasti jumlah pengundi yang menerima SMS itu namun menjelaskan lebih 100 SMS masuk di telefonnya pagi ini dengan kandungan yang mengelirukan.

“Tapi yang menggalakkan, kebanyakan mereka kata mereka sudi hadir ceramah kami tanpa perlu ditawarkan duit,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Beliau akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi untuk menyiasat perkara itu.

Sungai Kandis yang sebelum ini dikenali sebagai Seri Andalas disandang oleh Xavier Jeyakumar pada PRU lalu dengan majoriti undi 15,633 mengalahkan calon BN dan tiga calon bebas lain.

Shuhaimi akan cuba mempertahankan kerusi itu pada PRU kali ini dalam pertembungan empat penjuru.

Tak masuk hospital pun dah ada sokongan – Tun M

$
0
0

mahathir-mohamad

KEADILAN DAILY


Calon perdana menteri Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak perlu berpura-pura sakit dan masuk hospital di saat-saat akhir pilihan raya umum ke-14 untuk meraih sokongan pengundi.

Beliau berkata demikian bagi membidas dakwaan Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mendakwa beliau akan berbuat demikian.

“Saya boleh dapat sokongan tanpa pergi ke hospital.

“Zahid ini seseorang yang pernah datang berjumpa saya selepas dilantik sebagai timbalan untuk mendapatkan pertolongan.

“Jadi, sekarang saya dah tua dan dia tidak fikir saya boleh dapat sokongan,” katanya memetik Malaysiakini.

Zahid yang juga calon BN untuk parlimen Bagan Datuk itu mendakwa Dr Mahathir dijangka akan cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Langkawi serta kawasan lain.

Waspada janji Najib kekal kadar GST

$
0
0
OLEH ZAREEF MUZAMMIL




SHAH ALAM: Rakyat diingatkan supaya lebih berwaspada terhadap janji Datuk Seri Najib Razak untuk mengekalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), pada kadar enam peratus selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengarah Strategi Pusat KEADILAN, Sim Tze Tzin berkata, hal itu kerana Najib berkuasa menyemak semula kadar GST dalam Belanjawan 2019, dengan kemungkinan kadar sekarang hanya kekal untuk tempoh lima bulan sahaja lagi.

“Kami berpendapat pengumuman ini sekadar politik desperado sahaja. Beliau tahu rakyat begitu benci dengan GST dan jaminan Najib tidak pernah ditepati.

“Najib juga tidak mengumumkan kadar GST enam peratus itu akan kekal untuk tempoh berapa lama selepas PRU14.

“Jika beliau berjaya merompak mandat untuk memerintah negara, beliau sebenarnya akan mempunyai kuasa menyemak semula kadar GST dalam pembentangan Belanjawan 2019,” katanya dalam kenyataan.



Tze Tzin yang juga calon P52 Bayan Lepas berkata, rakyat sememangnya tidak boleh mengharapkan kadar GST kekal pada kadar enam peratus sahaja di bawah pentadbiran Najib.

Justeru, katanya, pilihan terbaik kini adalah menghapuskan GST dan memberi undi kepada Pakatan Harapan (PAKATAN) dalam PRU14.

“PAKATAN sendiri menawarkan untuk menghapuskan GST sebagai salah satu daripada 10 Janji dalam 100 hari, justeru pilihannya amat jelas iaitu undi PAKATAN.

“Pangkah KEADILAN untuk hapuskan GST,” katanya.

Viewing all 28722 articles
Browse latest View live