Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Anwar mahu jadikan PRK Kajang landasan pertumbuhan ekonomi

$
0
0

Lyn Nasir


n25_kajangPUCHONG - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau mahu menjadikan Pilihan Raya Kecil DUN Kajang sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Selangor, selain menangkis isu perkauman yang kini menjadi agenda Umno BN.

“Jika ditanyakan kepada saya adakah saya sanggup untuk hadapi risiko dalam politik, ya kerana saya tidak mahu mengorbankan rakyat.

“Saya juga nak jadikan Kajang sebagai landasan perlaksanaan pertumbuhan ekonomi, ada jaminan untuk setiap anak Selangor dan hak dapat dipertahankan.

“Takkan izinkan sesiapa pertikaikan hak sama ada dia Melayu, Cina, India atau orang Asli serta bangsa lain seperti Kristian yakin bahawa kita takkan khianati amanah dan hak mereka,” jelasnya dalam syarahan bertajuk “The Asian Renaissance Courses di Dewan Reformasi Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong hari ini.

Merujuk kepada pemerintahan di zaman Saidina Umar Al Khatab, Anwar berkata tiada makna demokrasi sekiranya pemerintah tidak  berlaku adil kepada semua rakyat.

Beliau merujuk kejadian di mana Saidina Umar melepaskan seorang pencuri daripada hukuman potong tangan, sebaliknya mencari keadilan atas kesalahan tersebut.

“Saidina Umar berkata, kalau kamu (pencuri) mencuri lagi, saya akan memotong tangan orang kaya kerana membiarkan rakyat susah sehingga terpaksa mencuri,” kata Anwar.

Beliau dalam pada itu membidas tindakan kerajaan menaikkan harga barang keperluan harian, sedangkan pendapatan rakyat tidak meningkat, termasuk harga padi bagi golongan pesawah.

“Kita tengok sekarang ni harga barang naik, gula naik, minyak naik, ikan naik, sayur naik kecuali kangkung.

“Mungkin anak muda di KL tidak pernah terfikir akan perkara ini, tapi kalau kita di tempat mereka (pesawah), apa yang kita akan rasa?,” soalnya menambah BN hanya mengkayakan kroni seperti jutawan beras, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

“Sebab itu demokrasi tidak bermakna kalau negara tidak mengamalkan keadilan dan keadilan itu tidak mungkin berlaku jika tidak mengaitkan dengan semua kaum,” ujarnya.

“Tapi apa yang berlaku hari ini, curi balak RM1 juta, kes PKFZ, semuanya dinaikkan pangkat. Yang menjadi mangsa secara berterusan adalah rakyat dan di mana keadilannya?,” soalnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722