Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Daripada kacau DAP, lebih baik ROS bantu polis siasat NGO sembelih ayam – Hannah Yeoh

$
0
0

hannah

KUALA LUMPUR: Wanita DAP Selangor turut menggesa polis menyiasat secepat mungkin kumpulan NGO yang melakukan provokasi melampau, semalam.

Ketuanya, Hannah Yeoh berkata, polis sewajarnya mengambil tindakan segera kerana bukti mencukupi untuk mereka yang terbabit dikenakan hukuman.

“Bukti sudah cukup melalui video, gambar dan dengan jelas mempertontonkan siapa individu yang terbabit melakukan kesalahan jenayah ini.

“Saya berharap, polis akan segera bertindak dengan rasa tanggungjawab menyiasat terhadap perbuatan melampau sedemikian,” katanya pada sidang media di Balai Polis Tun HS Lee, pagi tadi.

Speaker DUN Selangor itu juga menyarankan Pendaftar Pertubuhan (ROS) turut serta menyiasat daripada berterusan menyerang DAP dengan tuduhan palsu.

“NGO seperti ini yang membuat kacau dengan cubaan provokasi membangkitkan sentimen perkauman sepatutnya disiasat ROS daripada asyik mengganggu DAP.

“Buka dokumen dan jalankan siasatan,” tegasnya.

Beliau juga mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membisu tanpa menunjukkan ketegasan berhubung masalah perkauman.

“Sehingga kini tidak ada sebarang kenyataan daripada Perdana Menteri, sampai bila kamu mahu bertolak ansur dan membiarkan perkara ini berlaku?

“Kenapa tidak bersuara dan menyatakan sesuatu sebagai seorang Perdana Menteri?,” soalnya.

Turut hadir ialah ADUN Teratai, Tiew Way Keng; ADUN Kuala Kubu Baru, Lee Kee Hiong, Setiausaha DAP Wanita Selangor, Medaline Chang dan pemimpin lain. -Roketkini.com

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722