Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Anwar mahu Khalid, Azmin berhenti bergaduh secara terbuka berhubung pemecatan 22 pekerja PKNS

$
0
0
OLEH SHERIDAN MAHAVERA


Pergaduhan berterusan antara Abdul Khalid dan Azmin Ali dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan hubungan mereka, kata Anwar. – Gambar fail.Pergaduhan berterusan antara Abdul Khalid dan Azmin Ali dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan hubungan mereka, kata Anwar. – Gambar fail.



 Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta dua pemimpin parti itu – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Mohamed Azmin Ali, untuk berhenti bergaduh secara terbuka berhubung pemecatan 22 pekerja anak syarikat kerajaan negeri Selangor.

Anwar berkata, pergaduhan berterusan di antara Abdul Khalid yang merupakan menteri besar Selangor dan Azmin, pengerusi PKR Selangor, dimanipulasi media pro-Umno, dan ini mengeruhkan lagi hubungan mereka.

"Saya sudah nasihati Khalid dan Azmin bahawa kita tidak perlu perbesarkan lagi perkara ini. Khalid sudah mengatakan beliau sedang melihat mengenai perkara itu," kata Anwar dalam satu sidang akhbar di Puchong hari ini.

Kedua-dua pemimpin itu bertukar-tukar kritikan melalui media selepas 22 pekerja PKNS Holdings Sdn Bhd (PHSN) dipecat. ‎Sebelum ini, Azmin mengecam Abdul Khalid kerana menggunakan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) sebagai senjata politik bagi melawan musuh politiknya.

Timbalan presiden PKR itu yang sebelum ini digugurkan sebagai ahli lembaga pengarah PKNS berkata, Abdul Khalid tidak berperikemanusiaan dan tindakannya memecat 22 kakitangan PHSB itu menyalahi undang-undang.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan pengakuan Abdul Khalid yang berkata, pihaknya akan mendedahkan kepada umum hasil siasatan yang mengaitkan Azmin.

Anwar, beberapa hari lalu menafikan isu pemecatan pekerja kontrak PKNS akan mengganggu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang kerana menganggap ia bukan isu politik.

"Ini soal pentadbiran. Saya kini lebih menumpukan kepada soal kebajikan kakitangan tersebut," katanya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722