Tan Sri Abdul Taib Mahmud bakal menamatkan kepimpinannya selama 33 tahun di Sarawak dan menamakan penggantinya apabila bertemu dengan gabenor bagi menyerahkan surat peletakan jawatan secara rasmi.
Ketua menteri Sarawak itu akan bertemu Yang Dipertua Negeri (TYT) Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng dalam tempoh "dua atau tiga hari" apabila TYT kembali daripada lawatan ke seluruh negeri bersempena Tahun Baru Cina.
Taib, 78, berkata beliau akan meletakkan jawatan dan mengemukakan nama penggantinya pada mesyuarat ketika menjawab soalan pemberita selepas mempengerusikan mesyaurat majlis tertinggi Barisan Nasional (BN) negeri seperti yang dijangka, beliau diberi mandat untuk memilih penggantinya.
Parti Taib, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) semalam "sebulat suara" memberikan mandat yang sama untuk menamakan penggantinya.
Sementara itu, Bernama melaporkan bahawa kesemua empat komponen parti BN Sarawak hari ini mencapai kata sepakat menerima keputusan Taib berundur dan menyokong sesiapa sahaja yang dipilih beliau sebagai pengganti, kata Setiausaha Agung BN Sarawak Datuk Dr Stephen Rundi Utom.
Beliau berkata, Tan Sri Dr James Jemut Masing (Parti Rakyat Sarawak), Tan Sri William Mawan Ikom (Parti Demokratik Progresif Sarawak) dan Tan Sri Peter Chin (Parti Rakyat Bersatu Sarawak) menyokong keputusan Presiden PBB .
"Para pemimpin bersetuju bekerja keras bagi persediaan pilihan raya negeri pada 2016," katanya selepas menghadiri mesyuarat tertutup antara Taib dan pemimpin-pemimpin serta ahli majlis tertinggi kerajaan BN di ibu pejabat PBB di Kuching.
Kata Rudi, Taib membayangkan salah seorang daripada tiga pemimpin PBB – Timbalan Presiden Datuk Abang Johari Tun Openg, Naib Presiden Kanan Datuk Awang Tengah Ali Hasan dan anggota majlis tertinggi Tan Sri Adenan Satem – akan menjadi penggantinya.