Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tidak perlu buang budaya selepas masuk Islam, kata mualaf

$
0
0
OLEH DIYANA IBRAHIM


Joannes Lukas dan isterinya, Asiah Hasanah Aizuddin pada majlis perkahwinan mereka.Joannes Lukas dan isterinya, Asiah Hasanah Aizuddin pada majlis perkahwinan mereka.
































Mengenakan samfu berwarna merah, pakaian tradisional Cina manakala pengantin perempuan menyarungkan busana jubah yang sedondon, pasangan Joannes Lukas dan Asiah Hasanah Aizuddin tampil unik pada majlis perkahwinan mereka.

Tema pakaian pasangan pengantin tersebut  juga dianggap kena pada masanya ketika masyarakat Cina menyambut Sambutan Tahun Baru Cina.

Joannes yang merupakan seorang mualaf tidak menganggap memilih pakaian tradisional Cina sekadar suka-suka kerana ia sebenarnya bermaksud lebih daripada itu.

"Sebahagian daripada tetamu bukan Islam yang hadir pada majlis tersebut pada mulanya hairan dengan penampilan saya yang tidak berbaju Melayu seperti kebiasaan.

"Mereka kemudian menghargai mesej yang saya cuba sampaikan  bahawa memeluk Islam bukan bermaksud masuk melayu seperti tanggapan sebahagian anggota masyarakat," katanya dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Beliau yang pernah muncul di radio Institut Kemajuan Islam Malaysia (Ikim) memeluk Islam lebih 13 tahun  lalu iaitu pada 2000 di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais)  di Subang Jaya, Selangor.

Katanya, apa yang penting ialah pendekatan yang unik begitu dapat menyerlahkan keindahan Islam dan secara tidak langsung memberikan pemahaman kepada kaum bukan Melayu.

"Apabila memeluk Islam, kaum bukan Melayu tidak perlu membuang kebudayaan dan tradisi mereka selagi ia tidak bertentangan dengan ajaran Islam," katanya.

Lulusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dari Universiti Putra Malaysia (UPM) itu berkecimpung dalam aktiviti dakwah melalui penglibatan dengan Hidayah Centre iaitu sebuah institusi yang memberikan sokongan dan perlindungan kepada saudara baru.

Anak jati Tawau, Sabah itu juga aktif memberi bimbingan kepada saudara baru, malah mempunyai pengalaman luas memberi latihan dan bimbingan kepada golongan remaja dan belia melalui Raudhatus Sakinah Master Training and Consultancy

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722