Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jakim ulangi kalimah Allah eksklusif untuk umat Islam

$
0
0
OLEH MD IZWAN


Jakim sekali lagi menegaskan bahawa kalimah Allah eksklusif untuk umat Islam. Gambar fail.Jakim sekali lagi menegaskan bahawa kalimah Allah eksklusif untuk umat Islam. Gambar fail.

























Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan kalimah Allah eksklusif untuk umat Islam, memandangkan wujud usaha mengancam akidah umat Islam.

Dalam teks khutbah Jumaat hari ini, agensi agama kerajaan itu membayangkan kedudukan agama Islam ketika ini dalam keadaan bahaya.

"Berdasarkan kepada pemerhatian mimbar yang mulia ini, terdapat usaha yang dilakukan oleh pihak tertentu yang sengaja kelihatan mahu menggugat keharmonian serta toleransi antara agama," kata khutbah tersebut.

Jakim berkata, umat Islam juga diserang dan diancam oleh pelbagai ajaran sesat yang muncul kebelakangan ini.

"Umat Islam hari ini diserang dan diancam dengan pelbagai isu akidah.

"Seperti ada yang mendakwa dirinya diangkat menjadi rasul, memiliki kerajaan yang memerintah dari langit, mendakwa dirinya sebagai Tuhan, solat sempurna boleh dengan niat sahaja, solat wajib untuk tiga waktu sahaja," katanya.

Jakim juga mengecam tindakan sesetengah pihak dan parti politik pembangkang walaupun tidak menyatakan secara khusus yang mahu membenarkan penggunaan kalimah Allah kepada penganut agama lain.

"Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam," katanya.

Mengenai tuntutan untuk menggunakan kalimah Allah oleh agama lain, Jakim berkata, ia cubaan untuk mengelirukan umat Islam yang membentuk majoriti masyarakat di Malaysia.

"Matlamat utama mereka menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan kemudiannya mendakwa bahawa semua agama adalah sama," katanya.

Jakim menekankan supaya bukan Islam supaya tidak mempertikaikan hak ekslusif agama Islam yang sudah termaktub dalam Perlembagaan.

"Mimbar ingin menyeru kepada semua pihak agar usahlah mempertikaikan perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan dan dipersetujui bersama serta mempertikai hak eksklusif orang Islam," katanya.

Teks khutbah tersebut juga menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan ke atas pihak yang cuba memporak-peranda negara dengan memainkan isu kalimah Allah demi kepentingan sendiri.

"Mimbar juga menggesa pihak berkuasa menangani isu ini dengan penuh berhikmah agar mereka yang cuba memporak-perandakan pegangan dan akidah umat Islam akan menyedari dan insaf bahawa usaha mereka itu sebenarnya tidak akan membawa kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup dalam sebuah negara yang berdaulat,” katanya.

Minggu lalu, ketegangan kemelut isu kalimah Allah berada pada kemuncak setelah Gereja Church of the Assumption di Lebuh Farquhar, Pulau Pinang diserang bom buatan sendiri.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Islam mencetuskan perbalahan apabila umat Islam yang membentuk sejumlah besar populasi di negara menganggap perkataan berkenaan adalah hak eksklusif mereka.

Penganut Kristian membentuk 9% daripada 29 juta rakyat di negara ini.

Isu kalimah Allah meletus pada 2009 apabila Kementerian Dalam Negeri mengugut membatalkan permit Herald menggunakan perkataan Allah untuk merujuk kepada Tuhan.-

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722