MALAYSIAKINI
Hilang kira-kira dua jam, status Instagram putera Johor Tunku Idris Sultan Ismail berhubung perjanjian negeri itu dan Malaysia kembali di muat naik.
Sebelum itu, status yang menegaskan Johor terkeluar daripada Malaysia jika syarat perjanjian 1946 dilanggar, hilang sebentar semalam selepas Malaysiakini melaporkannya.
Syarat-syarat itu, menurut tulisan itu, Islam menjadi agama negeri, air dan tanah negeri menjadi hak mutlak Johor serta askar timbalan setia tidak boleh dibubarkan.
Selain itu, perlembagaan negeri Johor tidak boleh diusik dan kuasanya terletak pada tangan sultan.
Tulisan itu juga menyebut, Johor dikenali sebagai negeri yang merdeka dan berdaulat ketika menandatangani Perjanjian Setia 1885 dengan British.
Kali pertama posting dalam Instagram dimuatnaik pada Ahad, sehari selepas kekandanya, Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dikritik oleh Menteri Pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Susulan laporan media mengenai posting itu semalam, imejnya ditarik keluar tanpa penjelasan dibuat.
Bagaimanapun, semakan Malaysiakini menunjukkan status itu telah dimuatnaik kembali dan telah mendapat lebih daripada 200 komen baru daripada pelawat daripada pelbagai pihak.
Tiada sebarang pindaan dbuat dalam status terbaru.