SHAH ALAM – Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) kini mengambil alih operasi menyelamat kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu.
Panglima Wilayah Laut 1 TLDM, Laksamana Muda Datuk Azahari Rashid yang mengesahkan menemui kapal tersebut lokasi 210 batu nautika utara Pulau Redang berkata, operasi menyelamat kini sedang dilaksanakan.
“Operasi menyelamat kini telah diambil alih oleh TLDM memandangkan ia melibatkan isu keselamatan perairan negara.
“… Bagaimanapun, koordinasi operasi menyelamat masih dilaksanakan Di Maritime Rescue And Coordinating Centre (MRCC) DI Putrajaya,” katanya lagi.
[ARTIKEL BERKAITAN: MT Orkim Harmony dikesan di perairan Kemboja]
Mengulas lanjut, beliau percaya bahawa kapal tersebut dicat di beberapa bahagian badan kapal bagi tujuan penyamaran.
“Tinjauan udara oleh pesawat P3C Orion milik Tentera Udara Diraja Australia yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth telah menjumpai sebuah kapal disyaki MT Orkim Harmony.
“Kapal yang telah menukar nama 'Kim Harmon' itu dipercayai telah dicat di bahagian serombong dan pada tanda nama di badan kapal sebagai taktik penyamaran,” katanya lagi.
Kapal MT Orkim Harmony yang membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta dilaporkan hilang pada 8.57 malam pada Khamis lepas ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.
Kapal yang dimiliki oleh Syarikat Magna Meridian Sdn Bhd itu membawa 22 anak kapal termasuk 16 rakyat Malaysia. Anak kapal lain terdiri daripada rakyat Indonesia dan Myanmar.