Image may be NSFW.
Clik here to view.
Lim Guan Eng
Clik here to view.

SHAH ALAM – Adun Pas Pulau Pinang, Datuk Mohd Salleh Man akan kekal sebagai wakil tunggal Pas di Pulau Pinang, meskipun PR tidak lagi berfungsi sebagai sebuah kerajaan campuran.
Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menerusi laporan sebuah portal hari ini.
Menurut Guan Eng lagi, perkara tersebut diputuskan menerusi sebuah mesyuarat semalam.
"Kerajaan PR di Pulau Pinang sudah tidak ada tetapi dia (Mohd Salleh) sebahagian daripada kerajaan negeri.
"Mesyuarat itu telah diadakan petang semalam,” katanya ketika ditemui pada sidang media di ibu pejabat DAP di Georgetown, hari ini.
Menurut Guan Eng lagi, keputusan tersebut dipersetujui sebulat suara oleh Adun PR yang hadir bermesyuarat pada petang semalam.
"PR sudah mati, mati ... tetapi manifesto yang masih hidup supaya kita terikat dengan manifesto itu," katanya, sambil menambah bahawa manifesto PR kini menjadi mandat negeri tersebut.
Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail seperti yang dipetik menerusi kenyataan semalam mengesahkan bahawa perikatan PR yang dibina berlandaskan perhubungan PKR, Pas dan DAP telah berkubur.
Wan Azizah berkata, gabungan ketiga parti itu kini tidak lagi berfungsi secara formal.