Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tol tidak naik untuk senangkan pengundi BN Kajang

$
0
0
HARAKAHDAILY 


KUALA LUMPUR: Pengumuman Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa Kabinet tidak akan mengenakan sebarang kenaikan tol dalam tahun 2014 adalah satu taktik oportunis yang jelas digunakan oleh BN untuk menyenangkan hati pengundi BN di Kajang pada 23 Mac depan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Barisan Nasional hanya berubah nada, namun tidak pada kata-katanya dalam hal pembekuan kenaikan kadar tol selama setahun dan membuat bayaran RM400 juta kepada syarikat konsesi tol.

“Walaupun mereka berjanji dalam manifesto pilihanraya pada tahun 2013 untuk mengurangkan kadar tol antara bandar, Kerajaan Persekutuan BN telah mengumumkan bahawa akan terdapat banyak kenaikan kadar tol pada tahun ini,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar pernah memberitahu bahawa mereka yang tidak bersetuju dengan kenaikan kadar tol boleh menggunakan jalan alternatif yang tidak bertol, meskipun tidak ada sebarang jalan alternatif untuk sesetengah laluan.

Justeru, kata beliau BN jelas sekali hanya menukar nada, tetapi tidak mengubah kata-katanya apabila syarikat konsesi lebuhraya tidak rugi sedikitpun malah masih mengaut untung dengan bayaran pampasan sebanyak RM400 juta daripada Kerajaan Persekutuan.

“Ini bukanlah jalan penyelesaian yang tepat memandangkan RM400 juta tersebut akhirnya akan ditanggung dan dibayar juga oleh rakyat.

“Kenapa mesti beberapa syarikat konsesi tol mendapat faedah hasil kerugian 28 juta rakyat biasa?” tanya beliau.

Baginya, penyelesaian jangka pendek ini hanyalah untuk tahun ini, kadar tol pastinya akan naik juga pada tahun 2015 kecuali seandainya Kerajaan Persekutuan BN membekukan kenaikan tersebut juga dan membayar pampasan RM400 juta sekali lagi.

Menurutnya lagi, langkah taktikal demi pilihanraya kecil Kajang ini menunjukkan bahawa BN sudah sama sekali terlupa bagaimana untuk mentadbir dan hanya melakukan pendekatan memerintah sehari demi sehari hanya berdasarkan ketergesaan politik dan bukan prinsip kepentingan umum.

Ahli Parlimen Bagan itu menambah, reformasi sebenar terhadap kontrak lebuhraya yang begitu berat sebelah hanya dapat dilaksanakan apabila tidak ada keperluan untuk menggunakan wang rakyat bagi membuat bayaran pampasan kepada syarikat tol oleh Kerajaan Persekutuan apabila kenaikan kadar tol ditunda atau dimansuhkan.

Lagipun, ujarnya kebanyakan operator lebuhraya bertol sudahpun mendapat faedah dan pulangan modal asal (operator Jambatan Pulau Pinang telah mengutip lebih RM2 bilion, dengan kos asal RM1.3 bilion); apa yang mereka perolehi sekarang adalah keuntungan bersih semata-mata.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722