HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Pilihan raya kecil (PRK) Dun Kajang merupakan satu exercise yang menguji kematangan politik dan usaha memberikan kesedaran kepada rakyat menjelang Pilihan Raya Umum Ke-14 nanti.
“Kita telah melalui pelbagai episod suka duka sebelum, semasa dan selepas Pilihan Raya ke-13 yang lalu.
“Dari gerakan Lynas, Anak, Bersih, Blackout 505 hingga ke Turun semuanya menunjukkan bahawa momentum perjuangan rakyat masih tidak pernah luntur,” ujar Ketua Pemuda PAS Negeri Sembilan, Nor Azman Mohamad kepada Harakahdaily.
Pun begitu, katanya, kerajaan BN seolah tidak peduli dengan perit jerih rakyat terbanyak sehingga menjadikan 2014 ini merupakan tahun getir buat rakyat.
Menurutnya, belanja dapur terus meningkat, perbelanjaan harian melambung tinggi, rakyat dikenakan kadar kenaikan yang mendadak pada keperluan harian seperti air, tarif elektrik, astro, pengangkutan awam dan harga rumah semakin menaik malahan lebih teruk apabila GST diperkenalkan.
Tambahnya, yang amat mendukacitakan tangga gaji tidak berubah namun kos sara hidup semakin meninggi.
Katanya, demokrasi kita terus diperjudikan, pelbagai tuntutan semasa Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu dipandang sebelah mata seolah tidak berguna.
Namun begitu, ujar beliau impaknya dapat dilihat.
“Segala bantahan dan desakan kita selama ini telah berupaya membuatkan Barisan Nasional berfikir panjang dan menangguhkannya. Percayalah bahawa kini rakyat semakin cerdik,” ujarnya.
Kerusi Dun Kajang telah dikosongkan, justeru apa yang lebih utama pada 23 Mac nanti, Kajang mestilah terus menjadi milik Pakatan Rakyat dengan majoriti yang lebih besar.
“Gelanggang telah disediakan, dalam usaha untuk terus mematangkan proses demokrasi rakyat signifikannya Kajang adalah medan terbaik untuk seluruh rakyat bangkit dan bertindak,” tegasnya.