Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jadikan PRK Kajang referendum umum, kata Karpal

$
0
0

OLEH V. ANBALANGAN





























Putrajaya dan Shah Alam boleh menggunakan pilihan raya kecil (PRK) Kajang sebagai undi bagi meraih pandangan umum mengenai isu penting yang menjejaskan rakyat, kata DAP.

Pengerusinya, Karpal Singh (gambar) berkata ia adalah masa terbaik bagi kerajaan persekutuan dan Selangor didedahkan dengan penelitian serta mempertahankan dasar kedua parti tersebut.

Katanya, apa sahaja isu yang menyentuh mengenai penduduk tempatan, kerajaan negeri mahupun persekutuan boleh melaksanakan debat semasa dalam tempoh kempen bagi memberi ruang rakyat untuk menghakimi.

"PRK kali ini adalah medan terbaik bagi menguji kedua-dua parti sebagai institusi perlembagaan yang mewakili populasi berbilang kaum di Semenanjung," katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, sudah semestinya PR akan membangkitkan isu seperti kenaikan harga barang, pengenalan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta  perbalahan agama yang semakin keruh di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

"Saya yakin Putrajaya dan Barisan Nasional (BN) akan mengambil peluang ini untuk menyerang kerajaan Selangor dan kepimpinan PR. Kami bersedia menangkis tuduhan mereka dan menerima keputusan pengundi," katanya.

Selangor diterajui oleh PR yang melibatkan pakatan antara PKR, PAS dan DAP berjaya mengekalkan kemenangan sekaligus mempertahankan hak memerintah di negeri paling kaya di Malaysia selepas pilihan raya umum lalu (PRU13).

PR meraih 44 kerusi iaitu lebih daripada majoriti dua pertiga manakala BN hanya berjaya memenangi 12 kerusi.

PRK Kajang yang bakal berlangsung menyaksikan Datuk Seri Anwar Ibrahim ditampilkan sebagai calon PR dan BN dijangka  akan menghantar calon dari MCA.

Kajang mempunyai sebanyak 38, 965 pengundi dimana kaum Melayu memegang peratus pengundi paling tinggi iaitu 49%, Cina 41% dan India 10%.

Populasi kaum Cina  tertumpu di kawasan Sungai Chua sementara Melayu pula  berdekatan lokasi Sungai Sekamat, Sungai Kantan dan kampung di Jalan Cheras.

Kaum India pula mempunyai jumlah populasi yang tinggi di Sungai Jelok.

Pada PRU13, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang daripada PRK, Lee Chin Cheh meraih 19,571 undi mengalahkan Lee Ban Seng BN dengan undi sebanyak 12, 747.

Calon bebas, Mohamad Ismail pula mendapat 1,014 undi.

Karpal berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan tuduhan menyatakan PRK Kajang sebagai pembaziran wang awam atau suatu pengkhianatan oleh PKR.

"Selepas hari penamaan calon, kami akan menerangkan secara terperinci kepada pengundi dan rakyat. Mereka boleh menilai sendiri mengapa pilihan raya diadakan di luar keperluan," katanya.

Katanya, RM2 juta yang diperuntukkan bagi mengadakan PRK Kajang adalah berbaloi bagi menguji sama ada Pakatan atau BN yang mendapat sokongan rakyat selepas PRU13.

Karpal berkata, rakyat Selangor juga tidak harus melupakan tahun 1997apabila Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Abu Hassan Omar ketika itu melepaskan jawatan bagi menggantikan Tan Sri Muhammad Taib sebagai Menteri Besar Selangor.

Ia berlaku apabila Muhammad berdepan dengan tuduhan Mahkamah Australia kerana kegagalannya mengisytiharkan wang tunai sebanyak RM2.4 juta ketika meninggalkan Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada Disember 1996.

Selain melepaskan jawatannya di cabinet, Abu Hassan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor turut meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Kuala Selangor dan bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang sekaligus melayakkan beliau untuk menjadi menteri besar.

Pada PRK 29 Mei 1997 itu, BN berjaya mengekalkan kedua-dua kerusi di mana Jamaluddin menang kerusi Parlimen Kuala Selangor dan Abu Hassan dilantik menjadi Menteri Besar pada 6 Jun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722