Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Saya bertanding di Kajang kerana mahu pertahan Pakatan – Anwar

$
0
0
Oleh: Nazar Hashim

KUBANG SEMANG - Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Ibrahim berkata, keputusannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, kerana mahu menangkis serangan Umno terhadap Pakatan Rakyat dan Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Anwar Ppinang

“Saya tidak gila kuasa. Sanggup bertanding Dun Kajang bagi menangkis serangan melampau Umno Selangor, khususnya Pengerusi Perhubungan yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib.

“Umno-BN memantau dengan serius kekuatan yang ada pada Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor bersama-sama dengan pimpinan PR.

“Jika dibiarkan, pimpinan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid akan terus diserang habis-habisan selama 4 tahun lagi walaupun banyak yang telah beliau lakukan untuk kebajikan rakyat,” katanya ketika menyampaikan ceramah penerangan beliau di Yayasan An-Nadhoh, Kubang Semang , semalam.

Menurut ketua pembangkang itu, Umno kini tidak lagi melihat kepada keperluan dan kebajikan rakyat Selangor, sebaliknya berterusan menyerang Pakatan.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Mudir Yayasan An-Nadhoh, Ustaz Mutalib Maarof, Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, Badrul Hisham Shaharin serta kepimpinan KEADILAN, PAS dan DAP Pulau Pinang.

Anwar juga berkata, serangan yang dilemparkan kepadanya, termasuk daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan betapa gerunnya Umno-BN terhadap kekuatan Pakatan Rakyat.

“Mahathir juga kata saya tidak layak jadi PM, tapi hanya jadi MB saja. Kasihan pada Mahathir juga, sudahlah jalan tidak kuat lagi, tapi digunakan Umno untuk menyerang saya lagi sehingga kini.

“Pakai baju jersi Selangor pun dah jadi kontroversi bagi pimpinan Umno,” tambah Anwar.

“Strategi kita menjadi. Oleh kerana itu diharapkan semua jentera akan turun padang bagi memastikan Kajang tetap pada PR. Umno-BN mesti dikekang dari terus memanipulasi kebenaran,” katanya lagi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722