MSTAR ONLINE
KUALA LUMPUR: Pergerakan trafik dari ibu negara ke arah utara dan selatan di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) setakat 10 pagi Ahad dilaporkan agak perlahan ekoran pertambahan kenderaan.
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad ketika dihubungi Bernama berkata trafik bergerak perlahan menuju ke utara dari Slim River ke Sungkai.
Di bahagian selatan pula, trafik dilaporkan perlahan dari Nilai menuju ke Seremban dan dari Tambak Johor menuju ke Singapura.
"Tetapi kenderaan masih boleh bergerak di kedua-dua arah tanpa melibatkan apa-apa kesesakan," katanya.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik bergerak lancar di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur, begitu juga dengan keadaan trafik di plaza tol Gombak dan Bentong masih lancar dari kedua-dua arah.
"Namun aliran trafik sedikit perlahan di Lebuhraya Persekutuan dari Sungai Rasau ke Kuala Lumpur," katanya.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik. - BERNAMA