Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PRK Kajang: PSM Akan Putuskan Tentang Calon Khamis Depan

$
0
0



Dr Nasir Hashim.


PETALING JAYA: Parti Sosialis Malaysia (PSM) akan memutuskan pada Khamis depan sama ada akan menamakan calon atau tidak untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

"Kami akan membuat keputusan pada 6 Februari, selepas berbincang dengan pemimpin-pemimpin tertinggi dan akar umbi jika terdapat keperluan untuk bertanding," kata Pengerusi PSM, Dr Nasir Hashim kepada The Star Online pada Sabtu.

Nasir juga menolak khabar angin yang mengatakan beliau telah didatangi oleh beberapa penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang memujuk pihak sosialis untuk tidak menyertai pilihan raya kecil itu.

"Tidak, tidak ada perkara seperti itu," katanya yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kota Damansara.

Sebelum ini dilaporkan bahawa PSM berhasrat untuk bertanding pada PRK Kajang, berikutan peletakan jawatan Adun PKR, Lee Chin Cheh.

Setiausaha agungnya, S Arutchelvan berkata, banyak pihak telah menggesa parti itu untuk menyertai pada pilihan raya bagi "memberi pengajaran kepada PKR".

Nasir bagaimanapun berkata, perkara itu lagi dimuktamadkan.

"Dalam mesyuarat itu nanti, kita akan membincangkan dengan panjang lebar tentang mengapa PKR memaksa supaya pilihan raya kecil diadakan, apakah krisis dalaman mereka, dan apa reaksi rakyat kepada perkara ini. Hanya selepas itu, barulah keputusan akan dibuat," katanya.

PKR mengumumkan penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bertanding bagi kerusi berkenaan, dilihat sebagai satu percubaan yang didakwa untuk menjadi Menteri Besar Selangor seterusnya, menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang berada di bawah tekanan supaya meletakkan jawatan itu.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722